Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

15 May 2016

Tangan Budak Tersepit di Eskalator



PETALING JAYA: Dr Dalvinder Singh, 29, baru sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 dari Kuching pada Jumaat apabila beliau melihat seorang bapa sedang memegang anaknya yang berusia dua tahun di bahagian bawah eskalator.

"Mula-mula saya ingatkan kanak-kanak itu terjatuh sehinggalah saya melihat tangan kanak-kanak itu tersepit di eskalator sehingga paras lengan.

"Kanak-kanak itu menangis dan saya tidak melihat sesiapa pun yang cuba untuk membantu," katanya.

Beliau juga terkejut apabila mendengar bahawa bapa kanak-kanak itu telah menunggu bantuan selama 15 minit.

"Orang ramai yang melihat kejadian itu mengeluarkan telefon dan mengambil video tetapi tidak ada yang membantu."

Selepas memeriksa kanak-kanak itu di mana lengannya sudah kelihatan 'biru', beliau mula bertindak dengan membantu dua kakitangan penyelenggaraan lapangan terbang yang cuba membuka bahagian eskalator itu.

Lengan kanak-kanak itu akhirnya berjaya dilepaskan selepas beberapa minit, tetapi ia mengalami pendarahan dan luka.

Mangsa segera diberikan pertolongan cemas dan selepas terburu-buru mengucapkan terima kasih, budak lelaki itu segera dibawa ke klinik berdekatan untuk rawatan lanjut.

Bagi doktor itu yang berkhidmat dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, beliau gembira dapat membantu kanak-kanak tersebut, namun kejadian itu juga telah meninggalkan sesuatu yang pahit buat dirinya.

"Apa gunanya menyiarkan gambar kejadian itu dan menulis 'oh sedihnya'? Mengapa tidak membantu?" soal beliau.

"Tidak ada orang yang boleh membantu semua orang tetapi semua orang boleh membantu seseorang."

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan bahawa panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.48 malam dan operasi menyelamat dibuat pada pukul 9.40 malam.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Klinik Perubatan Menara di KLIA.
Baca Lagi

14 May 2016

Angry Birds The Movie



KETIKA permainan digital, Angry Birds mula dikeluarkan dan boleh dilayari oleh pengguna Android dan iOS (pengguna iPhone) serta beberapa pelayar lain, ia menjadi antara permainan popular kegemaran ramai.
Atas populariti itu, Rovio Entertainment dan Sony Pictures Imageworks mendapat idea untuk mengadaptasi permainan digital itu ke layar perak.
Bagaimanapun, bagi anda yang tidak pernah bermain permainan yang memperlihatkan beberapa jenis burung dilastik untuk terbang dan menyerang kubu sekumpulan babi, jangan bimbang, ia tetap menjadi sebuah naskhah menarik untuk ditonton.
Karya yang diberi judul The Angry Birds Movie ini membawa penonton ke sebuah pulau tropika yang didiami oleh pelbagai jenis burung.
Dan salah seekornya adalah Red, seekor burung tidak boleh terbang yang tinggal di Bird Island, tidak mampu menahan dirinya dari kemarahan sehingga menyebabkan dia dihantar ke kelas untuk mengawal sikap pemarahnya.
Di sana, dia bertemu dengan burung yang mempunyai masalah sama iaitu Chuck dan Bomb.
Suatu hari, hidup di pulau itu menjadi huru-hara dengan kedatangan kapal lanun Pig yang diketuai oleh kapten Leonard.
Dek kerana masalah itu, Red, Chuck dan Bomb cuba meminta bantuan lagenda, Great Eagle untuk menyelamatkan pulau.Adaptaso
Bagaimanapun mereka mendapati usaha mereka sia-sia dan Red akhirnya merancang untuk menyerang Piggy Island.
Bagi anda yang pernah bermain permainan ini, filem ini dilihat dapat menjelaskan mengapa burung-burung itu terlalu bermusuh dan marah dengan sekumpulan babi berwarna hijau.
Filem ini menjelaskan setiap karakter burung-burung yang terlibat di dalam permainan digital itu.
Namun filem ini juga bukan sekadar menjelaskan karakter dan jalan cerita, tetapi mesej-mesej sinis yang diselitkan pengarah, Fergal Reilly dan Clay Kaytis menerusi filem arahan mereka kali ini.
The Angry Birds Movie juga menyampaikan mesej kepada mereka yang bersikap panas baran, bahawa tidak salah sesekali seseorang itu menjadi pemarah/tegas pada tempat dan waktu yang bersesuaian.
Lebih-lebih lagi dalam mempertahankan sesuatu yang menjadi milik kita.
Perkembangan plot yang disulami dengan warna warni, gelak ketawa membuatkan penonton akan merasa terhibur menonton filem ini.
Pendek kata, jika anda sedang tertekan atau inginkan hiburan yang santai, maka anda harus menonton filem ini!
Filem ini juga menyaksikan bahawa tiada jalan ringkas dalam perjuangan dan kita harus berjuang sendiri tanpa mengharapkan pihak lain datang membantu.
Pelakon kelas A!
Bukan itu sahaja, penulis juga melihat pelakon-pelakon seperti Jason Sudeikis, Josh Gad, Danny McBride, Bill Hader, Maya Rudolph dan Peter Dinklage banyak membantu mencantikkan lagi filem ini.
Mereka yang meminjamkan suara untuk setiap watak di dalam filem ini berjaya menyampaikan karakter dan intonasi suara mereka dengan baik sekali.
Lebih-lebih lagi yang Josh Gad yang membawakan karakter sebagai Chuck. Ada sahaja keletahnya yang membuatkan anda ketawa tidak kering gusi.
Penulis tidak mahu terus memberi 'spoil' buat anda dan jika anda ingin ketahui kesudahan filem ini, jangan lupa menyaksikan filem adaptasi ini di pawagam.
The Angry Birds Movie
PENGARAH : Fergal Reilly & Clay
 Kaytis
PELAKON : Jason Sudeikis, Josh Gad,
Danny McBride, Bill Hader, Maya
Rudolph & Peter Dinklage.
GENRE : Animasi
DURASI : 1jam 37minit
KLASIFIKASI : U
TAYANGAN : 12 Mei
Keseluruhan : BEST (4 bintang)
Baca Lagi

13 May 2016

Kronologi Krisis Yazit dan SEARCH




Media industri dikejutkan dengan satu berita menyedihkan di mana sebuah kumpulan rock yang disanjung ramai oleh netizen iaitu Search, difahamkan sedang berbalah antara Yazit dan kumpulan Search.
 
1. Kes bermula apabila difahamkan Yazit Dram telah membuat satu laporan polis mengenai kes pecah amanah yang berlaku dalam kumpulan Search. Menurut Yazit, dia masih tidak menerima bayaran pertama yang sepatutnya sudah diberikan kepadanya pada bulan Disember lalu.
 
2. Berhubung dengan laporan yang dibuat itu, Yazit turut menyatakan bahawa dia sudah menghubungi Amy Search bagi mendapatkan penjelasan tersebut. Bagaimanapun, isteri Amy Search iaitu Norhasniza Hassan atau dikenali sebagai Nourish, telah memarahi dan memakinya hanya kerana soal bayaran.
 
3. Menurut Nourish, dia berbuat demikian selepas  Yazit mula melemparkan kata-kata kesat dan menuduh suaminya penipu dan ahli kumpulan Search pecah amanah.
 
4. Seterusnya, Yazit sekali lagi tampil memberitahu dia enggan memohon maaf dan menarik balik semula laporan yang mendakwa berlakunya pecah amanah di dalam kumpulan rock berkenaan. Malah,Yazit akan membuat satu lagi laporan polis atas beberapa penyelewengan lain sebelum ini.
 
Persembahan yang dinantikan oleh peminat rock Malaysia hanya tingal tiga bulan sahaja, apakah yang bakal terjadi selepas ini? Adakah konsert 35 Tahun Search masih akan diteruskan? Pun begitu, menurut AF Jets selaku penganjur, di dalam artikel terdahulu ada menyatakan bahawa konsert akan diteruskan dan sekiranya masalah ini berlarutan mereka akan melihat situasi ini dahulu.
Baca Lagi

Surat PU Rahmat kepada Mira Filzah




Baru-baru ini kita dikejutkan dengan cerita mengenai surat terbuka kepada pelakon popular Mira Filzah daripada Pencetus Ummah Rahmat. Sejak tersebarnya surat tersebut di laman sosial, kini ia menjadi spekulasi netizen kononnya PU Rahmat meluahkan rahsia hatinya atau memikat secara islamik.

Walau bagaimanapun, Nur Amirah Filzah Badioezaman atau dikenali sebagai Mira Filzah, 23, berkata, surat terbuka itu bukanlah salah satu cara untuk memikat dirinya.

“Sebenarnya surat terbuka PU Rahmat itu tidak dihantar kepada saya secara langsung. Saya mendapat tahu apabila surat terbuka itu mula tersebar luas di laman sosial.

“Saya rasa itu bukanlah cara luahan cinta PU Rahmat kepada saya. Sebenarnya tujuan PU Rahmat adalah untuk meuarkan ataupun mengajak orang ramai bagi membantu kebajikan di Syria, tapi cara dia menggunakan nama saya mungkin dengan cara itu orang akan lebih tertarik untun baca dan share. Bukan tujuan untuk memikat, surat itu adalah bertujuan untuk sama-sama membantu ke arah kebajikan.

“Perasaan saya sebenarnya bila baca balik, surat itu lebih kepada mengajak orang ramai untuk membuat kebajikan di negara Syria. Jika saya diberikan peluang dan kesempatan untuk terlibat sama seperti yang dinyatakan dalam surat berkenaan, saya memang mahu. Tapi saya masih di bawah tanggungjajwab ibu dan bapa, masih lagi muda, tambah lagi saya ini perempuan. Jadi pergerakkan agak terbatas. Apa yang saya boleh lakukan sekarang ini antaranya seperti menderma dan buat kebajikan lain di sini,” jelas Mira ketika dihubungi.  

Dalam perkembangan lain, Mira masih lagi terlibat dengan penggambaran drama terbaru berjudul Meh Sandar Pada Aku.
Baca Lagi