Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

8 Mar 2014

Malaysia Airlines, MH370 Disyaki Terhempas Selepas Terputus Hubungan


Malaysia Airlines hari ini mengesahkan bahawa penerbangan MH370 yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang membawa 239 penumpang dari 14 negara yang berbeza.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata penumpang-penumpang tersebut adalah dari negara-negara yang berikut:

China: 152 orang termasuk seorang bayi
Malaysia: 38 orang
Indonesia: 12 orang
Australia: 7 orang
Perancis: 3 orang
Amerika Syarikat: 3 orang termasuk seorang bayi
New Zealand: 2 orang
Ukraine: 2 orang
Kanada: 2 orang
Rusia: 1 orang
Itali: 1 orang
Taiwan: 1 orang
Netherlands: 1 orang
Austria: 1 orang

Ahmad Jauhari berkata juruterbang pesawat tersebut adalah Kapten  Zaharie Ahmad Shah, 53, yang mempunyai pengalaman jumlah masa penerbangan sebanyak 18,365 jam.



mas

“Zaharie berkhidmat dengan Malaysia Airlines sejak 1981. First officer pesawat tersebut adalah Fariq Ab.Hamid yang berusia 27 tahun.

“Beliau mempunyai pengalaman jumlah masa penerbangan sebanyak 2,763 jam dan beliau berkhidmat dengan Malaysia Airlines sejak 2007,” katanya semasa suatu sidang media.

Pesawat itu dilaporkan turut membawa 12 anak kapal.

Pesawat yang berlepas pada pukul 12.41 pagi Sabtu itu sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, pesawat Boeing 777-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada pukul 2.40 pagi.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.

Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 08, 2014 11:56 (MYT)
Tag: malaysia airlines, MH370

Baca Lagi