Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

20 Aug 2011

Gambar perkahwinan Siti Sarah dan Shuib Sepah


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Sarah Raisuddin, 27, kini sah bergelar isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhahamad (Shuib), pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jeumpa D’Ramo, Bangsar, di sini, Sabtu.



Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 5.45 petang oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizar Mohd Nadzir, yang juga merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Sarah kelihatan anggun dengan busana rekaan Hatta Dolmat berwarna salmon peach menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan berbalas tujuh dulang.


Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.

Ditemui selepas majlis berakhir, Sarah yang kelihatan gembira sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin selama enam bulan itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.
“Alhamdulillah, segala perancangan berjalan dengan lancar. Sepanjang saya mengenali Shuib, dia seorang yang jujur dan telus.

“Kami seperti mempunyai satu hala tuju yang sama,” tutur Sarah.
Sementara itu, Shuib juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Sarah.

“Saya harap hubungan ini berkekalan hingga akhir hayat. Sarah merupakan wanita pertama yang membuka hati saya untuk lebih serius dalam hubungan.

“Dia seorang yang sangat istimewa dan bukan mudah untuk saya dapatkannya. Pernah sekali saya sanggup berhentikan kereta di tepi lebuh raya semata-mata untuk memberitahu saya cintakan dia.

“Kalau nak tahu dia memang susah nak sebut perkataan sayang atau I Luv U. Sepanjang setahun tiga bulan perkenalan, hampir setahun saya terpaksa menunggu untuk dengar perkataan sayang daripada mulutnya,” tutur Shuib sambil mengukir senyuman.

Bercerita tentang percutian bulan madu, Sarah dan Shuib ingin bercuti ke negara Ireland, tetapi masih belum tahu tarikh sesuai untuk ke negara tersebut.

Beralih kepada soal anak, Sarah tidak menolak untuk mempunyai anak pada bila-bila masa memandangkan suaminya juga sangat menyukai kanak-kanak.

Sementara itu, bagi majlis resepsi pula, pasangan itu masih lagi mencari tarikh sesuai untuk meraikan hari bahagia mereka. Sumber mediamalaya.com
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment