Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

18 Feb 2012

Penting! Kepentingan Memanaskan Enjin Kereta


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Kepentingan Memanaskan Enjin Kereta | Antara faktor utama kereta kita mudah mengalami kerosakan serius yang memakan kos ribuan ringgit untuk membaikinya, adalah kegagalan kita dalam menjaganya dengan baik. Khususnya pada bahagian enjin. Perkara ini kita sering memandang remeh kerana tidak mengetahui mengenai betapa pentingnya memanaskan enjin kereta sebelum bergerak. Maka, sebelum kita mahu menggunakan kereta, pastikan enjin telah dihidupkan terlebih dahulu dan dibiarkan dalam masa beberapa minit.


Bahagian enjin itu ibarat nyawa kereta.

Justeru itu, adalah penting untuk kita tahu bagaimana hendak menjaga enjin kereta pada peringkat awal lagi.

Iaitu peringkat sebelum memulakan perjalanan.

Kebanyakan pemilik kereta akan hidupkan enjin kereta dan terus jalan. Tindakan ini adalah berisiko, dan memberikan kesan yang buruk terhadap tahap kesihatan kereta untuk jangka masa panjang.

Jadi Berapa Lama Perlu Tunggu Enjin Dipanaskan?

Jawapan yang tepat adalah sekitar 2 hingga 3 minit selepas enjin dihidupkan.

Apa yang ingin ditekankan di sini adalah, enjin kereta mesti berada dalam keadaan panas sebelum memulakan perjalanan. Walaupun tempat yang kita mahu tuju itu hanya beberapa kilometer dari rumah.

Ini kerana, minyak pelincir akan mengalir ke semua bahagian enjin, apabila proses pemanasan berlaku. Jika kita teruskan pemanduan ketika enjin tidak cukup panas, enjin terpaksa bekerja lebih keras dan memikul beban yang banyak.

Ini yang akan menyebabkan beberapa masalah jangka masa panjang pada kereta, seperti:

    Bahagian enjin akan mengalami kehausan akibat geseran yang berat.
    Enjin kereta cepat rosak.

3 Minit Selamatkan Nyawa Enjin Kereta Anda

Justeru itu, amalkan tip memanaskan enjin kereta selama 2 hingga 3 minit selepas ia dihidupkan.

Dengan ini, kesihatan enjin kereta kita terjamin, duit poket pun tidak melebur begitu sahaja.

Moral - Sebagai perkongsian, anda boleh menggunakan alarm control yang boleh menghidupkan kereta tanpa perlu membuka pintu kereta. Maka, jika anda bersiap-siap untuk ke tempat kerja, anda boleh menghidupkan enjin kereta tanpa perlu membuka pintu kereta. Secara tidak langsung, ia sangat menjimatkan masa kan.Sumber autoviq.com
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment