Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Tolong Ingatkan Aku' ini menegaskan keputusan diambil bukan atas desakan sesiapa namun keinginan itu lahir atas kesedaran diri sendiri. Tanpa berselindung Ana juga menjelaskan dirinya semakin tenang walaupun kini sibuk menguruskan majlis perkahwinannya yang berbaki dua minggu sahaja lagi.
Ana juga menjelaskan tiada sebarang keraguan yang bermain dalam fikiran untuk bertudung malah bersyukur keinginan itu mendapat sokongan ramai terutama daripada keluarganya. Ibu bapa Ana turut gembira melihat anak perempuan mereka berubah menjadi lebih baik.Sumber :zulkbo.com
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
No comments:
Post a Comment