Gambar Proton Perdana Fuga Kenderaan Rasmi Kerajaan | BEBERAPA GAMBAR PROTON PERDANA FUGA| Menurut Berita harian PROTON Holdings Bhd akan melancarkan model gantian Proton Perdana menggunakan platform Nissan Fuga dengan kapasiti enjin 2.5 liter untuk kenderaan rasmi pegawai tinggi kerajaan dan ahli politik. Sebanyak 150 unit akan diimport dari Jepun dan ia dibawa masuk khusus untuk kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan, tetapi jika mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pasaran, PROTON akan menimbangkan untuk memasarkannya secara komersial.
Fuga adalah kereta mewah Nissan yang menggunakan platform Nissan FM. Ia mula diperkenalkan di Jepun pada Oktober 2004. Fuga bersaing dalam pasaran kereta mewah eksekutif seperti Toyota Crown, Honda Legend, Mercedes-Benz E-class, Audi A6, BMW 5 series dan Jaguar XF.
Penggunaan Nissan Fuga juga menandakan permulaan kerjasama antara PROTON dengan Nissan Motor Company Ltd, iaitu firma automotif yang berpangkalan di Nishi-ku, Yokohama, Jepun. Kerjasama dengan Nissan adalah susulan pengambilalihan kepentingan dalam Renault F1 Team yang dibuat PROTON menerusi anak syarikatnya, Group Lotus plc daripada Nissan yang dimuktamadkan awal Disember lalu. Sumber: www.nescafeais.com
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
1 comment:
wah.....mesti mahal lah sparepart lepas ne...sebab unit hanya terhad tu. kalo rosak gerenti kena repair kat luar negara
Post a Comment