Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

18 Feb 2012

Melia Aimellia kata "Itu bukan saya!"


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Melia Aimellia kata  "Itu bukan saya!"| Selepas blog-blog hiburan tempatan hangat memperkatakan tentang sebuah video seks berdurasi 30 saat dan gambar bogel yang tersebar membabitkan aktres "Karipap-Karipap Cinta", Melia Aimellia, dia akhirnya tampil menafikan perkara tersebut.

Dipetik daripada Harian Metro, Melia atau nama sebenarnya Noor Melia Aimellia Zaidi memberitahu akibat dakwaan tersebut, dia telah diugut oleh saudara-mara yang mahu mencederakannya jika mendapati gambar bogel dan video seks itu adalah dirinya.

"Saya tidak tahu tentang perkara tersebut sehinggalah ada pihak produksi memberitahu mereka enggan mengambil saya berlakon kerana bimbang digam stesen televisyen gara-gara gambar bogel dan video seks berdurasi 30 saat itu tersebar.

"Kebetulan saya baru sahaja menamatkan penggambaran drama untuk RTM, sudah tentu kenyataan 'digam' itu cukup membimbangkan," ujar Melia.

Gadis berusia 18 tahun ini memberitahu dia sudah melihat gambar tersebut tetapi belum menonto video seks yang dihebahkan itu. Malah Melia turut menunjukkan gambar tersebut kepada ibu bapanya.

"Itu bukan saya. Jika dilihat daripada bibir, buah dada dan lengan, ia langsung tidak menunjukkan diri saya. Saya juga tidak pernah memakai cincin berwarna hitam seperti kelihatan dalam gambar tersebut. Ibu bapa saya sendiri tahu perkara sebenar," jelas Melia lagi.

Melia yang sebelum ini pernah bergandingan dengan aktor Gambit Saifullah dalam filem "Karipap-Karipap Cinta" arahan Othman Hafsham turut menyatakan kekesalannya dengan dakwaan yang cuba memburukkan namanya dan keluarga. Sebelum ini, Melia pernah dikhabarkan sebagai seorang bohsia, perampas suami orang dan pernah menggugurkan kandungan luar nikah.

"Saya tidak tahu di mana silapnya atau angkara siapa. Jika saya pernah menyakitkan hati sesiapa, saya meminta maaf tetapi menabur pasir dalam periuk nasi dengan cara begini sangat kejam," akhirinya.Sumber my.entertainment.yahoo.com
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment