Tips Elak Kerosakan Kereta (Menarik!) | Sama ada kereta baru ataupun lama, sebagai seorang pemilik kereta, kita tidak akan terlepas dari mengeluarkan kos membaiki segala kerosakan yang berlaku. Kerosakan adakalanya berpunca daripada kecuaian pemilik kereta sendiri dan ia bergantung kepada tahap ketahanan sesebuah kereta.
Anda perlu mengetahui beberapa tips bagaimana untuk memastikan beberapa komponen kereta terpakai yang akan dibeli berada dalam keadaan elok dan boleh terus digunakan selepas membeli tanpa rasa ragu akan kerosakan dalam kadar segera. Hal ini kerana kebiasaanya kereta terpakai sering mengalami kerosakan berbanding kereta baru. Namun jika pemiliknya bijak menjaga kereta, Insha Allah kerosakan boleh dikurangkan.
Kereta yang telah terpakai sebenarnya banyak jenis iaitu kereta terpakai boleh terus guna dan kereta terpakai boleh guna tetapi rosak selalu. Olehkerana nama pun kereta terpakai jadi masalah ini memang biasa untuk sesebuah kereta yang dibeli dari penjual kereta terpakai.
Kereta pada kebiasaannya pembeli akan meneliti sekitar dalaman kereta samada elok atau tidak dari kerusi, lekap pintu, dashboard dan juga luaran seperti enjin, body serta roda. Kita tinggalkan dulu berkenaan dalaman kereta kerana ini semua telah sedia maklum dan mungkin ramai yang pandai menilai keadaan dalaman kereta sebelum membelinya. Kita terus pergi kepada bahagian enjin kereta dan roda.
Kereta selalunya pejual kereta akan memastikan beberapa perkara yang wajib mereka kemaskan sebelum menjualnya iatu termasuklah menukar beberapa komponen enjin kereta serta komponen roda supaya ia boleh digunakan terus tanpa mengalami kerosakan serta merta. Pembeli boleh memastikan komponen yang telah ditukar ataupun tidak tersebut ini dalam keadaan baik dengan cara seperti di bawah dan antara komponen yang selalu dikemaskinikan adalah:-
1.Timing belt atau talisawat
2.Brake pad atau cekam brek
3.Minyak enjin dan penapis minyak
4.Minyak gear auto dan
5.Klac
Kereta akan berkeadaan baik jika pembeli dapat memastikan komponen tersebut telah ditukar iaitu dengan memeriksa sendiri beberapa komponen yang boleh dipastikan penukarannya. Seperti talisawat atau timing belt caranya mudah iaitu dengan membuka penutup talisawat dan pastikan tulisan atau tanda jenama talisawat tersebut masih dalam keadaan elok atau baru.
Manakala untuk brek adalah dengan menekan pedal brek beberapa kali dan pastikan setiap kali ditekan pedal pada enjin dihidupkan dan pastikan tiada terasa terdapat gap atau selang antara cengkaman dan pengepaman(pressing). Jika keadaan ini berlaku bermakna pad brek telah ditukar.
Kereta juga kadangkala mempunyai label baru untuk komponen yang telah ditukar seperti pencatat kilometer di talisawat dan juga pada setiap kali servis dilakukan. Pastikan label tersebut telah disematkan pada kereta yang akan dibeli.
Kereta gear manual dan automatik klac adalah komponen penting yang harus dipastikan sebelum membeli sebuah kereta terpakai. Untuk kereta manual carnya amat mudah iaitu dengan meletakan gear pada kedudukan gear 4 dengan handbrake ditarik dan menekan pedal minyak perlaha-lahan. Jika kereta terus bergerak ini bermakna klac tersebut telah haus dan perlu diganti. Manakala kereta gear automatik pula jika semasa test drive pastikan kereta tidak melonjak semasa gear automatik sedang berfungsi dan ini akan mencegah kereta yang akan dibeli mengalami kerosakan segera selepas pembelian.
Apa yang paling penting adalah sentiasa memastikan kereta dalam keadaan yang baik. Buat satu jadual untuk proses maintenance kereta dari segi servis minyak hitam, tayar, minyak gear, aircond dan sebagainya. Jika anda membuat jadual berkala, insha Allah kerosakan kereta akan berkurang.
Sumber : kerosakankereta.blogspot.com
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
1 comment:
kerosakankereta.blogspot.com telah ditukar ke mekanikkereta.blogspot.com
Post a Comment