Tips Elak Kerosakan Kereta (Menarik!) | Sama ada
kereta baru ataupun lama, sebagai seorang pemilik
kereta, kita tidak akan terlepas dari mengeluarkan kos membaiki segala kerosakan yang berlaku. Kerosakan adakalanya berpunca daripada kecuaian pemilik
kereta sendiri dan ia bergantung kepada tahap ketahanan sesebuah
kereta.
Anda perlu mengetahui beberapa tips bagaimana untuk memastikan beberapa komponen
kereta terpakai yang akan dibeli berada dalam keadaan elok dan boleh terus digunakan selepas membeli tanpa rasa ragu akan kerosakan dalam kadar segera. Hal ini kerana kebiasaanya
kereta terpakai sering mengalami kerosakan berbanding
kereta baru. Namun jika pemiliknya bijak menjaga
kereta, Insha Allah kerosakan boleh dikurangkan.
Kereta yang telah terpakai sebenarnya banyak jenis iaitu
kereta terpakai boleh terus guna dan
kereta terpakai boleh guna tetapi rosak selalu. Olehkerana nama pun
kereta terpakai jadi masalah ini memang biasa untuk sesebuah
kereta yang dibeli dari penjual
kereta terpakai.
Kereta pada kebiasaannya pembeli akan meneliti sekitar dalaman
kereta samada elok atau tidak dari kerusi, lekap pintu, dashboard dan juga luaran seperti enjin, body serta roda. Kita tinggalkan dulu berkenaan dalaman
kereta kerana ini semua telah sedia maklum dan mungkin ramai yang pandai menilai keadaan dalaman
kereta sebelum membelinya. Kita terus pergi kepada bahagian enjin
kereta dan roda.
Kereta selalunya pejual
kereta akan memastikan beberapa perkara yang wajib mereka kemaskan sebelum menjualnya iatu termasuklah menukar beberapa komponen enjin
kereta serta komponen roda supaya ia boleh digunakan terus tanpa mengalami kerosakan serta merta. Pembeli boleh memastikan komponen yang telah ditukar ataupun tidak tersebut ini dalam keadaan baik dengan cara seperti di bawah dan antara komponen yang selalu dikemaskinikan adalah:-
1.Timing belt atau talisawat
2.Brake pad atau cekam brek
3.Minyak enjin dan penapis minyak
4.Minyak gear auto dan
5.Klac
Kereta akan berkeadaan baik jika pembeli dapat memastikan komponen tersebut telah ditukar iaitu dengan memeriksa sendiri beberapa komponen yang boleh dipastikan penukarannya. Seperti talisawat atau timing belt caranya mudah iaitu dengan membuka penutup talisawat dan pastikan tulisan atau tanda jenama talisawat tersebut masih dalam keadaan elok atau baru.
Manakala untuk brek adalah dengan menekan pedal brek beberapa kali dan pastikan setiap kali ditekan pedal pada enjin dihidupkan dan pastikan tiada terasa terdapat gap atau selang antara cengkaman dan pengepaman(pressing). Jika keadaan ini berlaku bermakna pad brek telah ditukar.
Kereta juga kadangkala mempunyai label baru untuk komponen yang telah ditukar seperti pencatat kilometer di talisawat dan juga pada setiap kali servis dilakukan. Pastikan label tersebut telah disematkan pada
kereta yang akan dibeli.
Kereta gear manual dan automatik klac adalah komponen penting yang harus dipastikan sebelum membeli sebuah
kereta terpakai. Untuk
kereta manual carnya amat mudah iaitu dengan meletakan gear pada kedudukan gear 4 dengan handbrake ditarik dan menekan pedal minyak perlaha-lahan. Jika
kereta terus bergerak ini bermakna klac tersebut telah haus dan perlu diganti. Manakala
kereta gear automatik pula jika semasa test drive pastikan
kereta tidak melonjak semasa gear automatik sedang berfungsi dan ini akan mencegah
kereta yang akan dibeli mengalami kerosakan segera selepas pembelian.
Apa yang paling penting adalah sentiasa memastikan kereta dalam keadaan yang baik. Buat satu jadual untuk proses maintenance kereta dari segi servis minyak hitam, tayar, minyak gear, aircond dan sebagainya. Jika anda membuat jadual berkala, insha Allah kerosakan kereta akan berkurang.
Sumber :
kerosakankereta.blogspot.com
Baca Lagi