Gempar !!Angkara Rokok Penerbit Filem dibelasah | Seorang penerbit filem Hazil Izham dibelasah oleh 20 orang lelaki sehingga patah tulang pipi dan terseliuh bahu bersenjatakan botol kaca dan kayu di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail.
Dia diserang oleh sepasukan yang mendakwa petugas keselamatan kerana merokok di zon larangan merokok. Dia dikatakan tiba di pusat hiburan itu pukul 5.30 pagi untuk membincangkan hal penggambaran dengan 4 krew jurukamera.
Dia dibelasah dari belakang dan dihentak dengan botol . Krew jurukamera telah membawa dia pulang ke rumah isterinya , pelakon Nadia Mustafa, dan membawa ke hospital pakar di Bangsar.
Dia tidak tahu motif sebenar kejadian itu dan menyerahkan kepada polis setelah laporan dibuat di Balai Polis Dang Wangi. Selain patah tulang pipi dan terseliuh bahu , kepalanya juga perlukan pemeriksaan lanjut.
p/s: apa motif pun tak tau , tapi beringatlah , kalau dah lewat malam tu tak payah la keluar rumah pi kelab malam , bahaya tu , ramai gangster.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
No comments:
Post a Comment