Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

3 Feb 2012

Perodua Alza Smart Ride (Alza SR) Baru ( 3 Gambar)


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Perodua Alza Smart Ride (Alza SR) Baru ( 3 Gambar) | PERODUA telah memperkenalkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak yang dipertingkatkan, Alza Smart Ride (Alza SR) baru dengan harga atas jalan antara RM53,013.50 dan RM56,513.50 seunit. Model ini disasarkan kepada golongan muda berkeluarga yang mahukan MPV yang fleksibel dengan ciri-ciri model sedan.





Alza SR adalah sesuai untuk mereka yang mahukan ruang lebih besar untuk kegunaan harian serta untuk perjalanan jarak jauh berkeluarga. Pengenalan varian baru ini akan meningkatkan keupayaan dan keselesaan pengguna di Malaysia yang berhasrat mendapatkan kenderaan lebih luas dan selesa.

Model Alza SR  kini ada dipamerkan di 178 bilik pameran PERODUA seluruh negara dan boleh ditempah bermula hari ini. Ianya juga didatangkan dengan tiga warna pilihan menarik iaitu Glittering Silver, Ivory White dan warna baru Mystical Purple.

Selain itu, model baru yang dipertingkatkan ini juga ditawarkan dengan ciri transmisi yang boleh didapati dalam varian automatik, selain turut menawarkan jenis tempat duduk hadapan berasingan berbanding jenis yang bercantum sebelum ini.

Pada anda yang berminat bolehlah ke bilik pameran PERODUA berhampiran anda dan mendapatkan gambaran serta penerangan yang lebih jelas di sana. Setahu saya melalui pengalaman rakan-rakan yang menggunakan model Alza terdahulu, mereka benar-benar berpuas hati.-Sumber zulkbo.com Gambar dari anastasyea.com
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment