Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

11 Mar 2013

Apakah Pengumuman PM pada 11 Mac 2013, elaun rumah naik ?


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Apakah Pengumuman PM pada 11 Mac 2013, elaun rumah naik ? Elaun rumah tak naik lah , cuma , gaji naik satu anak tangga , jadilah janji naik , penjawat awam  kontrak nampaknya selamat lagi setahun , paling bertuah ATM dan PDRM , naik gaji lagi , petikan dari Ammboi.com  , baca bawah ni , tak tau dia petik dari mana ....

Untuk Warga ATM dan Polis (PDRM):

    Berkuat kuasa 1 Januari 2013, kerajaan setuju pangkat anggota di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan gred perkhidmatan awam lain.  Perdana Menteri berkata, ia mencakupi skop tugas, struktur pangkat dan kelayakan ATM dan PDRM.
    Gred jawatan dan gaji mejar dalam ATM dan timbalan superintendan PDRM dalam Gred 41, disetarakan dengan gred 46A dalam perkhidmatan awam.
    Gred jawatan dan gaji sarjan dalam ATM dan PDRM yang kini dalam Gred 17, disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam. Datuk Seri Najib berkata, melalui penyelelarasan gred itu, gred jawatan dan gaji koperal dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam.
    Jawatan Kapten ATM dan Superintendan PDRM dalam Gred 41 kini disetarakan dengan Gred 44 perkhidmatan awam.
    Gred jawatan dan gaji kolonel ATM dan Asisten Komisioner (ACP) polis yang kini dalam Gred 48, disetarakan dengan Gred 52 perkhidmatan awam

Untuk Kakitangan Awam Berstatus Kontrak:

    Kakitangan awam yang kontraknya tamat pada 31 Disember 2013 akan disambung selama setahun lagi.
        Kira-kira 50,000 kakitangan kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember tahun ini akan disambung setahun lagi sementara kajian menyeluruh dilaksanakan.

Untuk Semua Penjawat Awam:

    Kerajaan setuju beri kaedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan yang diawalkan pada 1 Julai 2013 kepada semua penjawat awam.
    Semua struktur gaji maksimum diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak 3 kenaikan berkuatkuasa 1 Jan 2013. Kenaikan itu membabitkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati KGT.

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

hainom OKje said...

Mintak apa apa mesti dpt punya sekarang ni

Post a Comment