Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

5 Mar 2013

Tips SEO : Cara tingkatkan ranking Alexa


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Hampir semua blogger tahu apa itu Alexa . Bagi yang tidak tahu , Alexa merupakan satu site yang  menghitung dan memaparkan ranking trafik dan backlink bagi sesebuah blog . Bagi kebanyakan pengiklan , bayaran pengiklanan  dan tahap populariti sesebuah blog dinilai pada ranking di Alexa. Dan saya sendiri masih bereksperimen lagi tentang cara nak naikkan ranking blog ini di Alexa . Ada juga blogger-blogger yang sudah berjaya dalam menaikkan ranking Alexa dan juga mengekalkan ranking itu  sebab mereka ada cara mereka sendiri . Jika ada blogger yang berjaya menaikkan ranking Alexa , sudi-sudi lah berkongsi ilmu di sini , anda boleh tinggalkan komen di bawah ini .

Bagaimana Alexa berfungsi ? Alexa akan memaparkan ranking  berdasarkan trafik yang masuk ke sesebuah blog . Jadi, adakah blog yang mempunyai trafik yang tinggi dah tentu akan mempunyai ranking Alexa yang tinggi ? Tidak juga . Jangan anda terlalu seronok kalau anda mempunyai trafik yang tinggi , jangan terlalu leka dengan trafik yang datang ke blog anda . Kerana , Alexa cuma menghitung trafik dari browser yang memasang Alexa Toolbar !!! Kalau trafik yang datang ke blog anda datang dari browser yang tidak dipasang Alexa Toolbar , trafik anda adalah sia-sia dan langsung tidak memperbaiki ranking Alexa 

Sekarang kembali kepada tajuk utama , Cara Tingkatkan Ranking Alexa , bagaimana caranya ?

Pertama sekali anda mesti daftar dan claim blog anda di Alexa , kerana Alexa akan lebih yakin dengan anda kerana blog anda telah di claim , dan segala maklumat diri anda ada di sana . Claim ini dilakukan kerana Alexa memerlukan pengesahan tentang pemilik blog atau website tersebut . sama juga jika anda nak daftar apa-apa dalam internet , pengesahan email diperlukan , sebabnya mereka nak sahkan sahaja . Ok, jika anda belum claim blog anda , lakukan perkara itu dahulu , barulah kita pergi ke langkah seterusnya . Bagaimana nak claim site anda ? Anda lihat gambar di bawah ni sebelah kanan dalam bulatan, kalau tak nampak juga , klik dua kali untuk besarkan gambar itu , anda klik saja 'claim your site ' dan ikut langkah seperti diarahkan .

Kedua , anda perlu memasang widget Alexa , kerana widget ini membantu menaikkan ranking anda jika Alexa terjumpa script ini dalam blog anda , dan jangan lupa setiap outbound atau external link perlu disetkan nofollow , nanti bila ada masa lapang anda baca artikel ini Tips SEO : Internal link dan External Link . Seterusnya , bagaimana nak pasang widget Alexa ? Anda tengok gambar bawah ini nampak tak saya bulat merah itu , klik situ dan ikut saja arahan yang diberikan .

Claim sudah , pasang widget pun sudah , yang ketiga , Install Alexa toolbar . Seperti yang saya katakan pada awal artikel ini , Alexa merupakan satu site yang  menghitung dan memaparkan ranking trafik dan backlink bagi sesebuah blog , bagaimana Alexa mengesan trafik itu ?. Tentunya kena pasang  Alexa toolbar. Bagaimana nak pasang Alexa Toolbar? Tengok gambar di bawah ni dalam bulatan itu . Ikut arahan sampai selesai , saya sarankan anda guna browser Mozilla Firefox sebab mudah nak pasang berbanding browser lain .

Bilangan trafik yang masuk ke blog anda akan dicatatkan ke dalam Alexa JIKA , PENGUNJUNG BLOG ANDA MEMASANG ALEXA TOOLBAR SEPERTI ANDA !! . Bulan lepas saya dapati ranking Alexa blog saya turun mendadak , puas saya kaji kenapa ? Kenapa boleh jadi begitu ?  Rupanya hari ini saya dapat jawapan , saya kurang dapat visitor dari visitor yang  pasang Alexa Toolbar pada browsernya .

Cara yang keempat, blogwalking ke blog lain selalu kerana , biasanya mereka akan membalas kunjungan anda dan kalau mereka memasang Alexa Toolbar pada browser mereka , trafik untuk ranking Alexa anda akan bertambah.  Dari pengalaman saya blogwalking  dan berkenalan bersama-sama blogger terkenal , saya dapati ranking Alexa mereka juga tinggi, bawah 100,000 pun ada  , dah tentu mereka juga memasang Alexa Toolbar , kan ?

Cara yang Kelima , update blog anda selalu ,  Alexa amat suka kalau anda update blog anda sekerap mungkin , ini menunjukkan blog sentiasa ada entri yang baru dan fresh , Google spider robot pun amat suka pada blog yang selalu diupdate . Pastikan artikel anda adalah unik dan tidak sama dengan artikel lain di internet . Jika anda hendak ambil idea dari artikel lain , pastikan anda tidak salin atau copy sama macam artikel asal , ubah dan olah ayat itu supaya menjadi artikel anda sendiri . Tetapi, kadang-kadang , walaupun anda update blog anda selalu , tapi rank Alexa masih tidak turun , ada sebabnya , pelawat yang datang ke blog anda tidak memasang Alexa Toolbar , itulah puncanya. Pastikan anda mempunyai rakan blogger yang blogwalking , yang memasang Alexa Toolbar pada browser masig-masing , barulah trafik anda akan dikira di Alexa.

Cara yang ke enam , berpakatlah sesama blogger lain untuk review blog di Alexa , dan kesannya blog anda akan cepat turun rankingnya . Anda review blog kawan anda dan sebagai balasan kawan anda review blog anda . Jika ramai review blog anda dengan memberi empat atau lima bintang , blog anda akan popular di kaca mata Alexa. Jika anda sudi , anda boleh review blog saya Review Blog araublogger.com .

Editted
Cara yang ketujuh , review blog anda sendiri di Alexa dan link balik ke Alexa . Bagaimana caranya ? Dalam kotak komen review itu , pastikan anda letak link dalam bentuk text  seperti ini, http://www.alexa.com. Cara ini baru saya cuba saja dan belum nampak hasil lagi  , tetapi kebanyakan maklumat yang jumpa dalam internet cadangkan buat macam itu mengikut pemahaman saya,  samada betul atau salah , anda boleh cuba juga.


Sebagai balasan saya akan review juga blog anda di Alexa , pastikan anda letak link blog anda dalam kotak komen di bawah ini , sama-sama lah kita tolong-menolong memperbaiki ranking blog di Alexa. Moga ranking blog akan menurun dalam masa yang singkat. Begitulah serba sedikit , maklumat tentang cara tingkatkan ranking Alexa.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

14 comments:

Eca Dwinky Asha said...

eca punya rank alexa masih teruk......kecewa sgt :(
nasib la baru2 ne PR blog naik ke PR2....terubat rasa kecewa.hehehe.

buat segmen review kat alexa la...mesti ramai yg akan join :)

Zainal said...

sama-sama kita membantu review blog di Alexa dan perbaiki ranking

Eca Dwinky Asha said...

in sha allah :)

Mia Liana said...

bagus ni.. tapi ada lagi yang boleh ditambah supaya lebih kuat sedikit... tq atas perkongsian ini.

Ramli Johor said...

Kenapalah..aku tak tengok hang punya site..bagus dan menarik.....

Zainal said...

ada tambahan lagi ke kak mia ?

puteri kasih said...

puteri ada masalah masa buat review blog di alexa..hari tu banyak kali juga review satu blog..tapi review tu tak muncul-muncul juga

Zainal said...

ada bahagian yang bertanda * wajib diisi

Dhiyas kn said...

Udah coba alexa toolbar yang pro? Salam kenal bloger. Mampir.

Zainal said...

dengar kata kalau cobe alexa toolbar pro , lagi cepat ranking turun , betul ka ?

Dhiyas KN said...

Memang saya akui trik di atas yang paling mencolok sangat berpengaruh adalah aktifnya ber posting usahakan 1hari 2 posting jadwalkan pada jam 00. Dan pasang alexa toolbar +blogwalking.

Zainal said...

selalu juga buat posting , tapi kekadang tu malas , copy saja

Eddy Wijaya said...

Selain blogwalking, sering-sering juga aktif di komunitas atau forum blogger.. Karena mayoritas member forum adalah blogger dan pastinya memasang alexa toolbar pada browser mereka..

Jadi berpromosi blog anda disana juga berpotensi meningkatkan alexa rank.

kamarularnizam.blogspot.com said...

Terima kasih

Post a Comment