Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

13 Mar 2013

10 cara berkesan hilangkan perut buncit


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Perut buncit memang menjadi masalah utama kepada semua  orang , baik lelaki mahupun perempuan .Katakan seorang lelaki tu muka hensem tapi bila tengok perut , buncit , katakan seorang perempuan , muka cantik , tapi bila tengok perut , macam orang mengandung, maaf cakap , saya cuma nak bagi tips . Menurut seorang pakar kesihatan , kebuncitan perut seseorang terdiri dari 2 jenis lemak  iaitu yang  pertama, lemak yang disimpan oleh tubuh di bawah kulit atau yang biasanya dipanggil lemak subkutaneus.  Kedua, lemak yang disimpan oleh tubuh di rongga perut dan mengelilingi organ-organ di dalam perut, yang dikenali sebagai lemak viseral.

Lemak viseral yang berada di sekeliling perut adalah sumber asid lemak bebas yang terus masuk ke hati melalui vena portal (vena besar yang membawa darah dari usus ke hati). Lemak ini tahan dengan kesan insulin (hormon yang mengawal metabolisme karbohidrat).  Semakin tinggi jumlah lemak viseral ini, maka semakin buncitlah orang itu.

Semakin buncit perut seseorang, semakin tinggilah kemungkinan dia mengalami ketahanan insulin. Keadaan ini boleh membawa kepada beberapa penyakit.  Antara penyakit yang mudah hinggap ialah sakit jantung, strok, beberapa jenis kanser, diabetes jenis 2, serta kekebalan insulin. Memang orang buncit berisiko besar mendapat pelbagai penyakit. Sebab itulah perut buncit adalah perkara yang perlu dirisaukan.

Bagaimana nak mengatasi perut buncit ?, berikut adalah beberapa tips :

1.   Makan lemak sihat 
Berhenti makan nasi dan makanlah makanan rendah lemak seperti  roti gandum murni . Makanlah avokado dan minyak zaitun . Susah juga nak berhenti makan nasi , tapi kena pandai gantikan nasi dengan makanan lain  seperti roti , jagung, sagu dan sebagainya. Itulah pemakanan untuk diet yang berkesan , bolehkah anda stop makan nasi ? Itulah cara pemakanan diet yang saya saran kan , diet dan pemakanan memang berkait rapat.

2.  Turuti keinginan tubuh 
Makanlah makanan  yang anda teringin nak makan sebab dengan cara begini anda akan makan dalam kuantiti yang sedikit , berbeza situasinya kalau anda terlalu berpantang , lama-kelamaan jika anda berpeluang makan  makanan kesukaan anda , anda akan makan dalam kuantitit yang banyak .

3.  Kurangkan saiz hidangan 
Kalau biasanya anda makan nasi dan tambah nasi tu  , makan kurangkan kepada sepinggan saja tak perlu tambah , kajian menunjukkan bahawa , kalau anda berjaya , berat badan anda akan turun .

4.  Senaman sit-up tidak menghilangkan lemak 
Memang senaman sit-up tidak akan menghilangkan lemak di perut , ia cuma membantu menguatkan otot perut sahaja , tapi lemak tak hilang pun . Cara nak menghilangkan  lemak di perut adalah membuat senamam berat secara keseluruhan otot badan anda seperti tangan dan kaki  , seperti mengangkat beban di gymnasium. Dengan cara ini pembakaran lemak di perut akan berlaku secara optimum .Membakar lemak di perut dan mengurangi lemak di perut boleh dibuat dengan kaedah perubatan cara pantas , caranya adalah jumpa doktor dan buat sedot lemak perut, tapi saya tidak sarankan anda buat begini , kerana agak bahaya.




5.   Banyakkan senaman cardio 
Apakah senaman kardio ? Senaman cardio adalah senaman yang melibatkan seluruh badan dan jantung anda akan berdegup dengan laju. Bila latihan mengangkat  beban dapat menguatkan otot anda , lakukan pula senanam cardio , seperti jogging , berbasikal , untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak . Cara senaman kardio yang lain seperti berlari dan senamrobik dapat membakar lemak berlebihan dengan syarat , anda mesti hentikan pengambilan lemak . Untuk melihat tips jogging , tengok entri saya di bawah ni ...


Jogging adalah cara terbaik nak kuruskan berat badan ? Buktinya mana ?......


6.  Jangan kurang / lebih tidur
Kurang tidur akan menyebabkan kadar metabolisme menurun dan sukar bagi badan anda membakar lemak manakala terlebih tidur akan menyebabkan badan anda menjadi pasif , dan kurang bergerak . Anda perlukan tidur yang cukup untuk membakar lemak dalam badan anda. Akibat kurang tidur , degup jantung akan laju, darah anda akan tinggi, bagaimana mengatasi kurang tidur ? Senang saja , amalkan tidur awal .



7.   Berhenti minum minuman bersoda (termasuk soda berlabel "Diet")
Minum minuman soda akan menyebabkan anda gemuk dengan cepat kerana  pemanis tiruan dalam soda akan membuatkan perut anda buncit dan cepat terasa  lapar , gantikan air soda dengan air kosong atau pun lemon .

8.  Bertafakur untuk hilangkan stress
Sebagai orang Islam , kita digalakkan banyak solat dan bertafakur ,  seperti berdoa dan bertasbih . Tahukah anda, ketika berdoa dan bertafakur, pengeluaran hormon stres kortisol akan berkurangan? Ya, inilah hormon yang menyebabkan perut buncit. Jadi, hindarilah stres, perbanyakkan berdoa dan bertafakur untuk menenangkan fikiran dan jiwa. Walaupun hanya 15 minit setiap hari, ia sudah cukup membantu. Ada juga manusia yang akan makan dengan banyak bila stress. Jadi , hindarilah stress.

9.  Gula yang sihat 
Makan makanan manis sudah menjadi budaya orang Malaysia, namun biarlah manis yang sihat. Buah-buahan mengandungi gula semula jadi, begitu juga madu. Apabila makan makanan yang mengandungi gula seperti kerepek dan nasi putih, sebahagian besar kalori yang dimakan akan berubah menjadi lemak di perut.

10. Bersenam secara bijak, bukan secara keras   
Apabila lemak di perut kian berkurangan, maka tibalah masanya untuk memulakan senaman  perut. Bersenamlah sehingga terasa regangannya dan janganlah berlebihan melakukannya.  Otot perut yang mantap akan membantu seseorang  tampil lebih sihat dan segar.
 
 
 
 
 
 

Itulah 10 cara berkesan yang dapat saya cadangkan kepada anda untuk menghadapi masalah perut buncit, semoga anda yang buncit akan dapat mengatasi masalah kebuncitan dengan berkesan .Semoga masalah kebuncitan pada diri anda tidak menghalang anda melakukan kerja seharian , dan ingatlah , kesihatan anda adalah tanggungjawab anda , anda yang mementukannya ,  sama-sama kita berusaha untuk mengatasi masalah  perut buncit , tengok juga artikel pasal Tips kempiskan perut




Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

4 comments:

izan mama mia said...

ada pendapat kata,...suami berperut buncit tu suami yang bahagia dan seksi gitu..hiihh

abg cik said...

ye ke , geli !! tersangkut perut !!

Teacher Basariah said...

hehe..sakit perut dan macam orang tak betul plak bila ketawa sorang-sorang sambil baca artikel ni..apa2 pun info yang bagus ni..(^_^)

Farah Waheda Wahid said...

x suka perut yang buncit...say no to perut buncit... thanks for sharing abang cik...

Post a Comment