Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

11 Mar 2013

Sampai bila nak buat entri copy paste ?


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Memang sebelum ni blog ni ' kaya' dengan entri copy paste . Malas nak buat entri guna ayat sendiri . Nak mudah copy saja mana-mana akhbar , letakkan sumbernya , sampai ada yang komen , baca blog ni macam baca online newspaper saja. Memang dulu saya amat malas nak menaip , tapi rajin pula nak copy paste, nak kejar trafik lah katakan , tapi niat berblog sebab nak kejar trafik , jadi blog ni tak boleh pergi jauh langsung . 

Dan setelah membuat kajian demi kajian , pasal apa blog ni agak merosot sedikit , maka adalah sikit kemajuan , dan ranking Alexa pun semakin menurun dan tengok entri ini saya terangkan cara perbaiki ranking  Alexa ...

Tips SEO : Cara tingkatkan ranking Alexa

Walaupun trafik tak banyak , yang penting kepuasan saya berblog , ada cara penulisan tersendiri , tidak terikut-ikut penulisan orang lain , gaya penulisan yang saya amalkan di sini lebih kepada SEO , Sebelum saya buat sesuatu entri saya akan buat kajian tentang keyword yang akan digunakan , adakah keyword itu popular ? Kalau popular , harap dapat banyak trafik organik dari Google dan enjin carian yang lain .

Nak copy paste pun boleh juga tapi hargailah kerja pemilik blog asal , bagi lah link kredit padanya , jimatkan masa , sebab tak perlu fikir panjang untuk buat sesuatu entri , kesalahan ejaan pun minimun . Tetapi , di manakah etika kita sebagai pemilik blog , tak ada entri sendiri ke , pendapat sendiri ? Tak kan asyik nak promosi pendapat orang lain saja ?.

Sekarang ni pun ada juga saya copy paste entri , tapi sekali-sekala saja , trafik tak naik tinggi sangat pun sebab copy paste , baik saya tumpukan kepada SEO . Untuk jangka masa panjang , tumpukan kepada trafik organik dari Google , Walaupun tak banyak tapi konsisten , kalau  anda nak tengok cara buat entri yang mesra SEO tengok ni ....

Tips SEO : Cara buat tajuk entri mesra Google

Bila anda copy paste entri orang lain , anda sebenarnya tidak mencungkil bakat anda , anda pun ada bakat menulis juga , cuma kurang teknik , ilmu dan latihan . Jika hari-hari anda buat karangan , anda juga boleh jadi wartawan sambilan untuk akhbar tempatan. Wartawan dengan blogger lebih kurang sama saja , cuma , wartawan perlu ikut format , blogger tak perlu , ikut suka hati saja .  

Artikel di atas tadi  membantu anda menulis entri yang mesra enjin carian , tapi kalau malas tahap melampau , terpaksa juga copy paste , dan ketak link sebagai kredit kepada tuan yang asal , selamat mencuba .
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

Mia Liana said...

lebih baik entri sendiri.... walaupun simple tapi itu hasil sendiri... ;)

Aiyang disayang said...

saya pun terfikir perkara yg sama..... insyaallah nak bertukarrrr jugak....doakan ye..

Post a Comment