Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

14 Apr 2012

ASMARA MAT NIGERIA DENGAN JANDA KAYA ' KEKASIH CYBER ' AKHIRNYA POLIS BUAT TANGKAPAN (TERKINI)


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Polis Diraja Malaysia telah mengekstradisi seorang lelaki Nigeria ke Singapura kerana dipercayai menjadi anggota sindiket penipuan internet antarabangsa menerusi laman sosial dengan menjadikan lebih 60 wanita republik itu sebagai mangsa membabitkan kerugian S$3.2 juta.

Menurut sumber lelaki berusia 32 tahun itu telah diekstradisi ke negara jiran berkenaan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang kelmarin.

Lelaki itu ditahan anggota polis di Jalan Raja Laut, di sini pada Isnin lepas hasil maklumat Polis Singapura, yang sedang mengesan suspek dan anggota lain sindiket itu yang dipercayai beroperasi sejak dua tahun lepas di Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Sumber itu berkata modus operandi sindiket itu ialah dengan menjalin hubungan dengan wanita berstatus janda dan kaya yang berusia antara 30 dan 50 tahun menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Tagged.

Selepas mangsa dapat diyakinkan, katanya suspek akan membuat temu janji untuk datang dan bertemu mangsa di Singapura.

Pada hari temu janji, suspek akan menghubungi mangsa dan menyatakan dia ditahan dalam pemeriksaan di pintu masuk negara sama ada di Singapura atau di negara transit sebelum meminta mangsa memasukkan sejumlah wang yang kononnya sebagai bayaran denda atau suapan bagi membebaskannya.

Sumber itu berkata mangsa tanpa ragu memasukkan wang ke dalam akaun suspek sebelum menyedari tertipu selepas ”kekasih sibernya” tidak muncul.

Berdasarkan siasatan, beliau berkata suspek itu sudahpun memikat enam wanita di republik berkenaan dan telah menipu sebanyak RM180,000 hasil laporan polis oleh enam wanita terbabit kepada pihak berkuasa di negara itu.

"Saya percaya sindiket ini aktif di Malaysia dan Singapura,” katanya.  — BERNAMA
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment