Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

14 Apr 2012

MANGSA BANJIR DI KAMPAR, PERAK TERUS MENINGKAT TAK TU BILA AIR NAK SURUT


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

KAMPAR - Jumlah mangsa banjir di Kampar meningkat kepada 1,225 orang petang ini berbanding 1,145 orang pada sebelah pagi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir berkata daripada jumlah itu seramai 338 mangsa di tempatkan di dua pusat pemindahan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar dan Dewan Pulau Bergading, manakala selebihnya tinggal di rumah keluarga dan sahabat mereka.

Antara kampung terlibat banjir ialah Kampung Melayu, Kampung Baru, Kampung  Pasir, Kampung Nyior, Jeram, Kampung Mesah, Kuala Dipang, Changkat Jering dan Kampung Batu 20.

Hujan lebat pada Rabu menyebabkan air Sungai Kampar melimpah dan membanjiri kampung terlibat.

Tinjauan Bernama mendapati hujan lebat kira-kira sejam petang ini menyebabkan air masih bertakung di kawasan terlibat. – Bernama
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment