Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

14 Apr 2012

OPERASI ROMPAKAN TERBANTUT APABILA PEROMPAK MENGGELUPUR DISERANG SAKIT JANTUNG (LAWAK)


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
 Di restoran makanan laut inilah salah seorang daripada dua suspek yang menyamar sebagai pegawai Imigresen untuk melakukan peras ugut menemui ajal akibat serangan jantung dalam kejadian di Kampung Atas tinggi, Pasir Mas Kelantan Isnin lalu.

PASIR MAS – Kedatangan dua lelaki berwajah bengis yang menyamar sebagai pegawai Imigresen untuk memeras ugut seorang pengusaha restoran makanan laut berakhir dengan kejadian tidak diduga apabila salah seorang suspek mati mengejut akibat diserang penyakit jantung.

Kejadian mengejutkan pukul 8.30 malam Isnin lalu di Kampung Atas Tinggi di sini itu mengakibatkan rakannya turut diberkas selepas dia gagal melarikan diri akibat ‘menggigil’ melihat mangsa yang tidak sedarkan diri selepas melakukan penyamaran dan peras ugut.

Difahamkan, kedua-dua suspek belum sempat mengambil wang tersebut kerana kejadian berlaku ketika mereka sedang melakukan peras ugut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian, suspek telah datang ke restoran itu untuk memeras ugut pemilik dan pekerja premis itu.

Katanya, belum sempat wang diambil, salah seorang suspek kemudian rebah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian hingga membuatkan pemilik dan pekerja restoran serta rakan suspek panik.-kosmo
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment