Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

14 Apr 2012

(TRAGEDI PESTA SONGKRAN) 7 PENUMPANG BAS DITEMBAK KETIKA DALAM PERJALANAN KE PESTA ITU (KEJAM)


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Seramai tujuh penumpang dalam perjalanan untuk menyambut Pesta Songkran cedera apabila bas yang mereka naiki ditembak oleh dua pemboceng motosikal bersenjatakan pistol di Pattani hari ini.

Ketua Polis Daerah Pattani Mej Jen (Polis) Pichet Pittisetchapan berkata dua pembonceng lelaki melepaskan tembakan ke arah bas yang sedang dalam perjalanan di Saiburi, Pattani, pada pukul 10.30 pagi.

Pembantu pemandu, Muhamad Syukree berkata, dia terpaksa tunduk dalam bas sebaik sahaja mendengar bunyi tembakan.

Katanya, pemandu bas berkenaan tidak berani untuk menghentikan kenderaan walaupun beberapa penumpang meraung kesakitan.

"Pemandu meneruskan perjalanan sehingga sampai ke pusat pemeriksaan keselamatan di Manangdalam Saiburi bagi mendapatkan bantuan," katanya.

Bas tersebut membawa 50 penumpang dalam perjalanan dari Pattani ke Narathiwat bagi menyambut Pesta Songkran, iaitu perayaan menyambut Tahun Baru mengikut kalendar Thai.

Pesta Songkran dikenali dengan jolokan pesta mandi di mana mereka akan saling menyimbah air di antara mereka.

Pichet percaya kejadian itu bermotifkan balas dendam berikutan dua penduduk ditembak mati di hadapan sebuah masjid di Pattani, semalam. – Bernama
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment