Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

14 Apr 2012

' SADDAM KINI PELAT ' DIA CEDERA DISEBABKAN KENA REMBATAN BOLA PEMAIN LAWAN.


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

“Saddam kini pelat,” kata Sarimah Abdullah, 49, ibu kepada Saddam El Hafidz Shaari, 16, yang cedera selepas rahang dan giginya beralih akibat hentaman bola hasil rembatan pemain lawan, di Stadium Mersing di sini, Sabtu lalu.
Saddam yang juga penjaga gawang Sekolah Menengah Kebangsaan Anjung Batu, Mersing cedera dalam perlawanan ketika menentang satu lagi pasukan bola sepak pada kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Mersing (MSSDM).

Akibatnya, Sarimah berkata, anak kelima daripada enam beradik itu mengalami kesukaran bercakap dan mengunyah makanan.

“Saddam menjaga gawang pada perlawanan jam 11 pagi itu apabila terkena bola berkenaan. “Rahang Saddam beralih manakala giginya pula berkemungkinan perlu dicabut dan ditanam semula,” katanya, semalam.

“Kini, saya sedih setiap kali memikirkan keadaan Saddam dan kos rawatan serta perjalanan kerana perlu berulang dari Mersing ke Johor Bahru setiap minggu untuk rawatan susulan,” katanya.

Katanya, sekolah ada memberi bantuan RM300 hasil kutipan daripada pelajar sekolah itu dan ia sedikit sebanyak meringankan beban saya.


Sementara itu, jurucakap Jabatan Pelajaran Johor berkata, pihaknya menyiasat dakwaan terbabit sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

“Kami akan mengumpul maklumat diperlukan sebelum memastikan sama ada pelajar berkenaan layak menerima bantuan kewangan atau keperluan lain yang bersesuaian,” katanya.-METRO
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment