Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Showing posts with label TERKINI. Show all posts
Showing posts with label TERKINI. Show all posts

21 Jun 2012

WARGA AFRIKA BUKA KEDAI MAKAN !! WUEEK TAK LALU !!





KUALA LUMPUR - Pendedahan Kosmo! mengenai kegiatan segelintir warga Afrika yang membuka gerai makan di Jalan Desa 1/2, Desa Aman Puri, Kepong bagaikan tidak membawa sebarang erti apabila mereka tetap meneruskan aktiviti tersebut.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati, gerai tersebut terus dikunjungi pelanggan warga Afrika yang datang secara berkumpulan untuk membeli makanan seawal pukul 5 petang hingga awal pagi.

Apa yang menghairankan, walaupun perbuatan tersebut nyata menyalahi undang-undang, mereka masih berani menjalankan perniagaan bersama-sama pengusaha gerai makan yang lain.

Manakan tidak, dua gerai warga Afrika itu terletak hanya bersebelahan beberapa gerai milik warga tempatan yang kelihatan tidak kisah dengan kehadiran Awang Hitam berkenaan.

Situasi itu secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada penduduk Desa Aman Puri yang berasa bimbang dengan kehadiran ramai warga Afrika di situ.

Araublogger-apa agaknya mereka masak yea , mereka ni ada yang beragama Islam dan ada juga bukan Islam ,  halal ke tak halal itu diragui , apa yang pasti kegiatan mereka tu salah kerana mereka masuk negara ini atas visa pelajar atau lawatan sosial , mana boleh meniaga betul tak !!

Sumber dari kosmo.com.my
Baca Lagi

10 Jun 2012

NO PLAT WWW1 DIPASANG PADA SATRIA NEO


Nomber plat kereta WWW1 yang dibeli baru2 ni oleh Sultan Johor dangan harga RM520,000 memang mengundang kontroversi .

Mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai kereta kenderaan apakah yang akan menggunakan nombor plat WWW1, iaitu nombor plat paling mahal ini. Ini berikutan Sultan Johor memiliki banyak koleksi kereta-kereta mewah termasuk supercar termahal di dunia.


Menurut sumber, Teka-teki mengenai kereta manakah yang bakal menggunakan nombor plat termahal itu akhirnya terjawab apabila ia dilihat terpasang pada sebuah kereta buatan Malaysia, Proton Satria Neo!!!..ya diulang Nombor plat WWW1 dipasang pada satria neo !!!..bayangkan,harga no plat boleh beli kira-kira 10 Proton satria Neo - nescafeais.com

AB-  harga no plat WWW1 boleh beli 10 kereta neo !!


Baca Lagi

BAYI CEDERA KENA SETERIKAN PANAS SEBAB SUAMI ISTERI BERGADUH




Ayah dan ibu bergaduh, seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan yang menjadi mangsa apabila terkena seterika panas dibaling ayah ke arah ibunya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Seri Kemendor, Jasin, Melaka.

Kejadian jam 4.30 petang, Rabu lalu itu menyebabkan bayi terbabit meraung kesakitan apabila bahagian kiri badannya melecur selain mukanya bengkak. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, insiden itu turut membongkar status ibu bapa mangsa yang tidak berkahwin, tapi bersekedudukan hingga memperoleh tiga anak.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa tidur di ruang tamu, manakala ibunya berusia 26 tahun yang juga pengawal keselamatan menggosok baju.

“Berlaku pertengkaran antara ibu dan bapa mangsa sebelum keadaan bertukar tegang. Bapa mangsa berusia 35 tahun yang juga penoreh getah merentap seterika digunakan pasangannya dan membaling ke arah wanita itu.-METRO

AB- sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri

Baca Lagi

3 Jun 2012

KONVOI MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI : DUA BERADIK MAUT DI IPOH #ILikeYouBut




IPOH - Dua beradik yang menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 271.3 Lebuh raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gunung Lang di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Mohammad Noor Nazmin Mohd. Norzri, 20, dan adiknya, Mohammad Noor Nazufiq, 18, maut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki yang mereka tunggangi terbabas sebelum merempuh belakang sebuah lori.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, semasa kejadian kedua-dua beradik itu yang berasal dari Melaka sedang mengikuti konvoi 20 buah motosikal berkuasa tinggi yang menuju ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur.
"Sewaktu kejadian, motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang Mohammad Noor Nazmin yang merupakan seorang anggota tentera dipercayai terbabas selepas gagal memotong sebuah lori di hadapannya.
"Motosikal mangsa terlanggar penjuru kanan belakang lori berkenaan hingga membuatkan mereka terpelanting ke pembahagi jalan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.-METRO
AB-motor kuasa tinggi boleh capai top speed 300 kmh  laju wooo !!Kalau terpelanting tu tak dapat nak bayangkan !!

Baca Lagi

30 May 2012

SYED ZAINAL SAH LETAK JAWATAN PENGARAH URUSAN KUMPULAN PROTON !!




Proton Holdings Bhd mengesahkan peletakan jawatan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkuatkuasa 4 Julai ini.

“Syed Zainal sudah bersama Proton lebih enam tahun dan kami menghargai sumbangannya kepada syarikat. Beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Proton bagi meneruskan cita-citanya dan kami menghormati keputusan itu,” kata syarikat pengeluar kereta negara dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Syarikat itu turut mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangannya, Azhar Othman berkuatkuasa 6 Julai.

Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif Proton, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil akan menyambung tugas menerajui syarikat itu. - BERNAMA
Baca Lagi

WWW 1 SAH JADI MILIK SULTAN JOHOR




Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sah menjadi pemilik bagi nombor pendaftaran baharu kenderaan WWW 1 yang berjaya dibida pada harga RM520,000.

Keputusan itu diketahui melalui pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam dan boleh dilayari di laman portal agensi tersebut.

Keputusan tersebut turut dipamerkan di tiga buah pejabat cawangan JPJ Wilayah Persekutuan-Kuala Lumpur masing-masing di Wangsa Maju, Maju Junction dan Bandar Sri Permaisuri.

Bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Ibrahim itu mengatasi nombor pendaftaran termahal yang dicatatkan sebelum ini iaitu MCA 1 dengan harga RM300,100 diikuti TAY 1 (RM220,000) dan WVW 1 (RM202,000).

Selain WWW 1, turut mencatat rekod menerima bidaan tertinggi ialah WWW 3.

Nombor tersebut dibida pada harga RM360,000 oleh syarikat One Power International Sdn. Bhd.

Nombor pendaftaran siri WWW lain yang mencatat nilai bidaan ketiga tertinggi ialah WWW 9 yang dimiliki oleh Aspen Sunrise Sdn. Bhd..

Harga WWW 9 ialah RM350,000.-KOSMO
Baca Lagi

25 May 2012

KEMENTERIAN HARAMKAN BUKU IRSHAD MANJI




Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penerbitan buku tulisan Irshad Manji bertajuk ”Allah, Kebebasan dan Cinta” dan versi Bahasa Inggeris ”Allah, Liberty and Love” kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.

Timbalan menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya ”boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.” Buku itu diharamkan selepas kementerian menerima laporan dan ulasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), katanya.

"Antaranya, pandangan terhadap perkahwinan campur antara Muslim dan bukan Muslim sebagai sesuatu yang harus dan pemahaman ini boleh menjurus kepada pluralisme,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata buku itu juga mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang digambarkan dalam keadaan yang boleh mencemar kesucian agama Islam.

Selain itu, katanya buku itu juga mempertahankan fahaman sekularisme dengan mencampuradukkan dengan nilai-nilai akidah.

"Ia turut memberikan penerangan terhadap pelaksanaan kewajipan solat fardu lima waktu yang boleh didirikan dalam pelbagai pergerakan dan bahasa malah lebih dari lima kali sehari,” katanya.

Abu Seman berkata kenyataan ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang awam terhadap kewajipan menunaikan solat fardu lima waktu.

Buku ini juga menyeru kepada logik akal semata-mata dalam ijtihad dan penolakan konsep ijmak yang dikhuatiri akan menggalakkan interpretasi hukum-hukum agama yang tidak berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-hadis. — BERNAMA

AB-nampaknya buku ini buat akidah umat Islam terpesong , haramkan terus !!
Baca Lagi

( KES MAT AFRIKA LAGI !! )' JANDA TUA KAYA ' RUGI 5 JUTA DEMI CINTA PADA ' JENERAL TENTERA AMERIKA '




Demi cinta terhadap seorang 'Jeneral Tentera Amerika Syarikat' yang dikenali menerusi internet, seorang janda tua sanggup menjual harta dan menyerahkan wang miliknya yang kesemuanya berjumlah RM5 juta kepada kekasihnya itu yang merupakan ahli sindiket penipuan.

Ibu tunggal warga tempatan berusia 63 tahun itu mengenali suspek pada 2010 menerusi satu ruangan sembang sebelum mangsa dijerat dengan kata-kata manis warga asing itu yang dipercayai didalangi oleh warga negara Afrika.

Mangsa yang memiliki sebuah firma audit di ibu negara dipercayai turut tergoda dengan ahli sindiket itu selepas suspek menunjukkan gambar-gambar wajahnya yang kacak dan mendakwa berusia 50-an.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, dalam perkenalan itu, suspek mengambil kesempatan menawarkan peluang pelaburan di luar negara kononnya menjanjikan pulangan berlipat ganda.

Mangsa yang teruja untuk mendapat kekayaan segera telah menyerahkan wang walaupun tidak pernah menemui suspek.

"Kesemua wang tersebut dimasukkan secara berperingkat sebanyak 30 kali ke dalam beberapa akaun sebelum wang itu dipindahkan ke akaun sindiket," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Izany, kali terakhir mangsa membuat transaksi sebanyak RM50,000 ke dalam akaun suspek adalah pada Ahad lalu.-KOSMO

AB-biar betul, bagi kat orang sampai 5 juta !!
Baca Lagi

( EDISI PANAS !!) GADIS SEKOLAH SAMSENG BELASAH PELAJAR PEREMPUAN SAMPAI MASUK HOSPITAL




KLANG: Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cedera di dada dan bahagian badan selain trauma selepas dibelasah sekumpulan gadis ‘samseng’ yang juga rakannya di sebuah sekolah menengah di sini, baru-baru ini.

Mangsa, Siti Nor Lela Muhammad Zambri, 17, tidak hadir ke sekolah dan membuat tiga laporan polis selepas dia sudah tidak tahan dipukul sekumpulan 10 pelajar perempuan sejak tiga minggu lalu.


Dalam kejadian pertama jam 11 pagi tiga minggu lalu, Siti Nor Lela berada dalam kelas bersama rakan lain sementara menunggu kedatangan guru sebelum didatangi sekumpulan pelajar terbabit dan memukulnya tanpa sebab.

“Tanpa bertanya apa-apa mereka menendang dan menumbuk saya berkali-kali di bahagian badan, tengkuk dan perut. Menurut Siti Nor Lela, selepas kejadian itu, dia mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan terpaksa memakai alat pendakap leher akibat cedera.


“Saya tidak hadir ke sekolah selama empat hari kerana tengkuk sakit,” katanya yang membuat laporan kali ketiga di Balai Polis Pandamaran, semalam.


Dalam kejadian kedua pada Isnin lalu, jam 1.15 tengah hari, Siti Nor Lela dan rakannya menunggu bas di hadapan sekolah sebelum didatangi lima pelajar perempuan dan bertanyakan namanya.

Apabila dijawab, pelajar itu menyepak dan menumbuknya beberapa kali selain perutnya dipijak seorang daripada mereka.

Katanya, akibat kejadian itu, tisu dadanya terkoyak selain sukar bernafas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Muhammad Mat Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.-metro


AB-samsengnya pelajar tu !!


Baca Lagi

23 May 2012

GADIS CARI BEG DUIT DAPAT PENUMBUK DARI BEKAS KEKASIH




AMPANG: Beg duit yang dicari, penumbuk yang dapat. Itulah hadiah yang diterima seorang gadis daripada bekas kekasihnya dalam kejadian di sebuah bengkel di Ampang Jaya, di sini.

Sebelum kejadian, gadis berusia 22 tahun itu pergi ke bengkel tempat bekas kekasihnya bekerja kerana mengesyaki beg duitnya tercicir di bengkel berkenaan.


Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Ahad lalu, mangsa yang sedang mencari beg duitnya tiba-tiba didatangi bekas teman lelakinya lalu memarahinya.

“Mangsa tidak puas hati dengan tindakan itu menyebabkan berlaku pertengkaran. Lelaki terbabit kemudian menumbuk muka mangsa bertubi-tubi,” katanya.


Sumber berkata, mangsa bernasib baik kerana sempat menghubungi rakannya bagi meminta bantuan sebelum dibawa pulang.


Keesokan paginya, mangsa dikatakan terpaksa pergi semula ke bengkel berkenaan kerana mahu mencari beg duitnya itu.

“Bekas kekasih mangsa yang berada di bengkel dan masih tidak berpuas hati kemudian bertindak mengugut mangsa supaya membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku malam sebelumnya.


“Mangsa kemudian bertindak membuat laporan polis kerana bimbang dicederakan lagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.-METRO
Baca Lagi

21 May 2012

( EDISI TERHANGAT !! ) ISTERI BALUN SUAMI KERANA MEMPERSOALKAN CARA ISTERI URUSKAN WANG BELANJA HARIAN




KUCHING: Hanya kerana mempersoalkan cara isteri menguruskan wang perbelanjaan harian, seorang suami menerima nasib malang apabila kepalanya dihentak dengan botol oleh wanita itu yang berang, menyebabkan tempurung kepala mangsa retak dalam kejadian di rumah mereka di Jalan Matang, di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian pada jam 11 malam, mangsa yang berusia 32 tahun dikatakan berbual dengan isterinya yang berusia 20-an di rumah, sebelum timbul isu wang perbelanjaan harian mereka, menyebabkan wanita itu mula naik angin.

Menurut sumber, berasakan suaminya tidak mempercayainya lagi, wanita itu tiba-tiba berang dan bergegas ke dapur sebelum keluar semula ke ruang tamu sambil memegang botol.

“Tanpa diduga, dia menghentak belakang kepala suaminya dengan botol itu menyebabkan tempurung kepala mangsa retak serta darah banyak keluar.


“Bukan itu saja, isteri muda itu dikatakan hanya melihat suaminya meraung, sebelum seorang jiran yang menyedari jeritan itu datang ke rumah mangsa bagi memberikan bantuan,” katanya.-METRO
Baca Lagi

20 May 2012

( EDISI TERKINI !! ) 60 PENIAGA AKAN BUKA GERAI DI KAWASAN RUMAH AMBIGA




KUALA LUMPUR 20 Mei - Sekumpulan 60 peniaga merancang untuk berniaga di kawasan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara pada Khamis dan Jumaat ini.

Menamakan tindakan mereka sebagai “Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3", peniaga terbabit berbuat demikian bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan yang bertukar ganas yang dianjurkan Ambiga di ibu kota pada 28 April lepas.

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md. Yunus berkata, mereka akan berniaga pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam pada hari terbabit.

"Kami berharap dapat memperoleh kembali kerugian akibat perhimpunan itu. Dianggarkan setiap peniaga boleh mendapat antara RM300 hingga RM500 sehari jika berniaga di kawasan itu (kediaman Ambiga)," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini. - BERNAMA
Baca Lagi

( TERKINI ) BLOGGER HANIS ZALIKHA DAPAT ANUGERAH NAIB CANSELOR PADA KONVO UITM




Kesibukan menulis blog peribadi dan terlibat dalam dunia seni peragaan bukan penghalang bagi Hanis Zalikha Zainal Rashid, 22, untuk menggenggam segulung diploma pada majlis Konvokesyen ke-76 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.

Malahan gadis jelita yang mempunyai ketinggian 168 sentimeter itu berjaya merangkul Anugerah Naib Canselor dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.9.

Hanis yang memperoleh Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, anugerah tersebut merupakan pencapaian terbaiknya di institusi pengajian tinggi kerana ia tidak pernah diimpikan sebelum menjejak kaki ke UiTM Segamat, Johor.

Menurutnya, resipi kejayaannya cukup mudah dengan memberi tumpuan sepenuhnya di dalam dewan kuliah selain berbincang bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan bijak membahagi masa.

"Semasa di sekolah, saya tidak pernah mendapat gelaran pelajar cemerlang namun apabila masuk ke UiTM, keputusan peperiksaan saya pada setiap semester adalah cemerlang," katanya di sini semalam.

Hanis yang terkenal dengan laman blog http://inibelogsaya.blogspot.com juga bercadang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda pada tahun hadapan selain membuka perniagaan produk kecantikan selepas tamat pengajian.

Sementara itu, penyanyi dari kumpulan Flava yang pernah memasuki pertandingan akhir Geng Starz, Ed atau nama sebenarnya, Nasnoor Zulfadhli Mohd. Nasiruddin, 22, turut menerima Anugerah Naib Canselor.

Dia yang mendapat keputusan cemerlang dengan PNGK 3.78 berpendapat, gelaran sebagai artis tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan tumpuan perhatian dalam bidang akademik.-kosmo

AB- tahniah Hanis sebab cemerlang dalam pelajaran , gambar hiasan je atas tu!!
Baca Lagi

19 May 2012

' SAYA MAHU MEMBANTU KAUM PENAN ' KATA NAK PENAN YANG BERJAYA MASUK UNIVERSITI SELEPASA DPAAT BIASISWA




KUCHING : “Saya mahu menjadi pakar psikologi bagi membantu masyarakat Penan dan membuktikan orang Penan juga mampu cemerlang seperti kaum lain,” kata Lerroy Lemen, 18, daripada kaum Penan yang menerima biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB), semalam.

Penganugerahan itu diberikan selepas Lerroy mencatatkan keputusan cemerlang iaitu 6A, 1B dan 1C dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini. Lerroy antara 15 pelajar Bumiputera Sarawak mendapat biasiswa YPPB yang jumlah keseluruhannya bernilai RM158 juta.


Berasal dari satu komuniti kecil Penan di Long Lamai, Marudi, iaitu kira-kira 200 kilometer (km) dari Miri dan 30 km dari sempadan Indonesia, bukan penghalang kepada Lerroy meraih keputusan cemerlang SPM, sekali gus layak menerima biasiswa itu.

Mengimbas kisah di sebalik kejayaan diraihnya, Lerroy berkata selepas tamat sekolah rendah, dia terpaksa meninggalkan kampung untuk melanjutkan pelajaran di sekolah menengah di Bario sehingga tingkatan tiga.


Dia kemudian menyambung pengajian tingkatan empat dan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi.


Dalam keputusan SPM baru-baru ini, Lerroy memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah, Perdagangan, Sains dan Moral, manakala B untuk Matematik dan Bahasa Inggeris C.

“Bagi memenuhi cita-cita saya, langkah pertama ialah mendaftarkan di Kolej Taylor di bawah program prauniversiti Kanada yang bermula Julai ini. Saya dibesarkan dalam kehidupan ‘survival’, berdikari demi kelangsungan hidup dan memahami betapa sukarnya kehidupan di kampung.


“Mempunyai kehidupan survival adalah baik, tetapi tidak cukup untuk hidup di dunia moden ini dan saya bertekad mengubah cara hidup demi kesejahteraan masyarakat Penan,” katanya ketika ditemui pada Penyampaian Biasiswa YPPB, semalam.

Biasiswa itu memberi peluang kepada pelajar SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang meraih keputusan cemerlang dari kawasan pedalaman melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang pilihan masing-masing.


Penyampaian biasiswa itu adalah kali keempat membabitkan 225 pelajar terpilih selepas Melaka, Kelantan dan Sabah. Majlis disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Turut hadir, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Len Talif Salleh yang mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif YPPB, Raja Azura Raja Mahayuddin.


Terdahulu dalam ucapannya, Raja Azura berkata, objektif YPPB ialah menyediakan pendidikan berkualiti dan peluang pekerjaan lebih baik kepada pelajar cemerlang Bumiputera yang berprestasi tinggi.


“Kami bukan saja menawarkan biasiswa, malah memberi bimbingan serta kemahiran diperlukan dalam persekitaran kerja pada masa akan datang kepada pelajar terpilih,” katanya.


Sementara itu, Nor Mohamed berkata, kerajaan menyedari kesukaran pelajar luar bandar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi disebabkan masalah kewangan.-METRO
Baca Lagi

18 May 2012

EDISI PANAS !!! ' DEMI AYAH SAYA SANGGUP KAHWIN ' WALAUPUN BARU USIA 16 TAHUN




BACHOK: “Walaupun pernikahan ini bakal menjadi buah mulut penduduk kampung, saya sanggup menghadapinya. Jodoh saya sudah tiba dan saya melakukannya demi keluarga,” kata seorang gadis berusia 16 tahun yang bergelar ‘pengantin remaja’ selepas bernikah dengan pasangannya berusia 18 tahun, malam tadi.

Gadis yang mahu dikenali sebagai Ekin itu berkata, dia yang berasal daripada keluarga miskin sanggup menjadi isteri kepada rakan sekampungnya yang dikenali sebagai Izat pada usia yang masih mentah walaupun sedar bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran.

“Saya anak sulung lima beradik dan adik bongsu saya baru berusia dua tahun.

“Demi keluarga, saya sanggup berkahwin pada usia muda supaya bebanan terpaksa ditanggung ayah lebih ringan apatah lagi dia sudah berkahwin baru selepas kematian ibu pada 2008,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, biarpun mengambil keputusan berkahwin, dia dan suaminya bakal berjauhan kerana suaminya itu kemungkinan melanjutkan pelajaran ke Perak selepas mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.-METRO

AB-orang susah kebanyakannya bagi anak kahwin awal supaya ringan sikit beban mak bapak nak tanggung. Gambar hiasan Tasha Shila atas tu !!

Baca Lagi

17 May 2012

E-PANGKAT : CARA SEMAK SISTEM KENAIKAN PANGKAT BAGI GURU



Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan mengenai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dinaikan pangkat mulai Jun hingga hujung tahun ini. Guru terbabit boleh menyemak status kenaikan pangkat di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Sistem Maklumat Guru – Aplikasi Kenaikan Pangkat guru secara online.Cara semak sistem e-pangkat ini adalah klik pautan kat bawah untuk pergi ke sistem e-pangkat.

                                             <<SEMAKAN ONLINE KENAIKAN PANGKAT GURU DI ePANGKAT >>






Masukkan Daftar dulu seperti gambar di atas dan ikut arahan seterusnya , selamat mencuba
Baca Lagi

15 May 2012

' SAYA GONCANG BADAN DIA DAN BAGI BANTUAN KECEMASAN TAPI DIA TERUS KAKU ' SUSULAN LORI CURI LANGGAR POLIS




ALOR GAJAH: “Saya goncang seluruh badan dan cuba memberikan bantuan kecemasan, namun terkilan kerana dia terus kaku,” kata Koperal Hamidi Daud, 49, rakan Koperal Rasul Tumin, 47, yang terbunuh dirempuh lori di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Melekek Dalam, Simpang Ampat, di sini, pagi semalam.

Hamidi berkata, beliau yang ketika itu masih di dalam kereta bergegas keluar untuk membantu selepas melihat Rasul terbaring di atas tanah akibat dirempuh lori berkenaan.

Menceritakan detik cemas itu, Hamidi berkata, dia bersama Rasul menerima maklumat sebuah lori dicuri jam 6.40 pagi dan kenderaan itu dikesan mereka di Kawasan Perindustrian Kelemak lalu mengejarnya.

“Pemandu lori yang menyedari kami memecut kenderaan itu ke arah Masjid Tanah melalui Kampung Kelemak.

“Rasul mengeluarkan lebih 20 arahan kepada pemandu lori terbabit supaya berhenti, namun dia sebaliknya memandu kenderaan itu secara melulu termasuk tidak berhenti di lampu isyarat merah serta masuk ke laluan bertentangan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.
Baca Lagi

14 May 2012

LELAKI ' GILA ' MATI TERJUN POKOK



KUALA SELANGOR – Jika kawasan Ijok kecoh dengan demonstrasi penduduk yang tidak mahu kuil dan pondok komuniti dirobohkan pemaju, lain pula ceritanya di Jalan Budi, Sungai Buloh-Jeram di sini apabila ketenangan penduduk diganggu pekikan seorang lelaki yang mengugut mahu terjun dari pokok kelapa, semalam.

Lelaki terbabit terjun dari pokok kelapa dengan ketinggian enam meter jam 10.45 pagi semalam.
Ketua Kampungnya, Hashim Mansor, 63, berkata, selepas penduduk kampung, imam masjid dan anggota polis gagal memujuk, lelaki berasal dari Sabah itu nekad terjun selepas dipercayai
berada di atas pokok lebih lima jam.

Ketika kejadian, Hashim sekeluarga dikejutkan dengan jeritan meminta tolong jam 7 pagi semalam sebelum keluar melihat lelaki tidak dikenali berada di atas pokok kelapa di belakang rumahnya.

“Jeritan lelaki itu menimbulkan tanda tanya penduduk dan kawasan belakang rumah saya menjadi kecoh selepas dipenuhi orang ramai. Ramai datang melihat kerana tidak percaya apa berlaku.

“Saya tidak faham tindakan lelaki itu yang meminta pelbagai perkara tidak munasabah termasuk mahu anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Aman datang,” katanya.

Beliau berkata, anggota polis cuba memujuk lelaki itu supaya turun sendiri dan berbincang mengenai masalahnya, namun sia-sia. - BERNAMA
Baca Lagi

' HADIAH PENUMBUK ' SEMPENA HARI IBU APABILA GAGAL MEMBERIKAN WANG DIMINTA OLEH ANAK



CHUKAI: Sambutan Hari Ibu tidak bermakna buat seorang wanita apabila dia dihadiahkan satu tumbukan di muka oleh anak lelakinya dalam kejadian malam kelmarin.

‘Hadiah’ daripada anak berusia 20 tahun itu menyebabkan ibu berusia 49 tahun terbabit terpaksa menanggung kesakitan apabila lebam di bahagian kanan mukanya, selain bengkak pada bahagian kiri lengan selepas dibaling dengan topi keledar.

Kejadian menimpa ibu malang itu berlaku apabila anak lelakinya meminta wang RM40 ketika berada di rumahnya di Kampung Titian Berayun, di sini, jam 10.30 malam.

Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan bersendirian di rumahnya sebelum anaknya itu pulang dan meminta wang berkenaan.

Bagi mengelakkan anaknya melakukan perkara tidak diingini, mangsa tidak berfikir panjang apabila memberikan anak lelakinya wang yang diminta.-METRO

Araublogger-sampai hati anak ' hadiah pemunbuk ' kat ibu dia !!

Baca Lagi

10 May 2012

PESAWAT SUKHOI SUPERJET 100 TERHEMPAS DI TEBING CURAM GUNUNG SALAK BOGOR INDONESIA




JAKARTA - Cuaca buruk dan kesukaran untuk sampai ke tebing curam tempat pesawat buatan Russia jensi Sukhoi Superjet 100 terhempas Rabu lepas, memaksa pasukan mencari dan menyelamat menunda operasi mengeluarkan mangsa nahas itu ke pagi Jumaat.

Ketua Penyelaras Badan SAR Nasional (Basarnas) Ketut Purwa berkata operasi terpaksa dihentikan petang ini akibat cuaca buruk dan akan disambung semula pada pukul 6 pagi esok.

"Cuaca tidak bagus, mendung, kabut dan banyak petir," kata Ketut Purwa di Pusat Operasi Desa Cipelang, Bogor, Jawa Barat hari ini.

Nasib 45 penumpang pesawat itu masih belum diketahui setelah pasukan penyelamat mengesan dari udara serpihan bangkai pesawat itu di tebing curam, Gunung Salak, Bogor, pagi ini.

Angka terbaru jumlah penumpang itu diumumkan oleh pihak berkuasa setelah syarikat ejen Sukhoi mengesahkan lima orang yang terdaftar dalam senarai 50 penumpangnya, tidak menaiki pesawat malang itu pada Rabu.

Belum dapat dipastikan sama ada kumpulan pertama pasukan penyelamat yang terdiri daripada 72  anggota telah sampai ke tempat kejadian lewat petang ini sebagaimana yang dijangkakan, namun cuaca gelap dan cerun curam menyulitkan usaha menyelamat pada hari ini.

Ketut Purwa berkata tempat kejadian di lereng gunung itu berada di ketinggian 5,800 kaki di atas paras laut.

Lapan warganegara Russia dari syarikat Sukhoi adalah antara penumpang pesawat itu selain warganegara Indonesia termasuk beberapa orang wartawan.

Pesawat itu yang berlepas dari Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma, Jakarta pada 2.12 petang Rabu, dilaporkan hilang sekitar pukul 2.50 petang apabila ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara.

Sejurus sebelum itu juruterbang pesawat itu telah meminta izin dari menara kawalan udara untuk menurunkan pesawat itu dari ketinggian 10,000 kaki ke ketinggian 6,000 kaki, namun belum ada penjelasan mengapa juruterbang itu bertindak sedemikian.     -- Bernama

Baca Lagi