Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

16 Apr 2012

TERKINI NATASHA HUDSON SELAMAT DIIJABKABUL (ARTIS)


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

KUALA LUMPUR 15 April - Selepas hampir lima tahun menjanda, pelakon jelita Natasha Hudson, 29, selamat diijabkabulkan dengan ahli muzik, Khalid Kamal, 33, di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz sahaja, Khalid bergelar suami kepada Natasha di hadapan 200 orang tetamu termasuk keluarga dan teman terdekat yang turut hadir menyaksikan penyatuan bersejarah kedua mempelai itu.

Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh jurunikah Shahirman Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM80.

Walau bagaimanapun, kedua pihak pengantin memutuskan untuk tidak menyediakan wang hantaran.

Ketika ditemui selepas majlis pernikahannya, aktres itu memanjatkan kesyukurannya kerana segala doanya dimakbulkan oleh Allah SWT.

Biarpun keputusan yang diambilnya untuk mendirikan rumahtangga hanya dilakukan sewaktu mengerjakan umrah pada penghujung Mac lalu, namun Natasha yakin dengan pilihannya.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment