Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Showing posts with label ARTIS. Show all posts
Showing posts with label ARTIS. Show all posts

4 Jul 2012

SYARIFAH SOFEA PULA BERTUDUNG PENUH , SYUKUR



Semakin hari semakin ramai artis M'sia bertudung . Mereka berhijrah dari tidah berhijab kpd berhijab . Baguslah tu kan . Tutup aurat sikit . Nak cari makan di dunia hiburan pun carilah tapi tutuplah aurat tu .

Terkini Syarifah Sofea  buat keputusan bertudung . Utk makluman dia adalah kakak kepada penjaga gol Syed Adney . Mereka ni kacukan Melayu-Inggeris , tu yg muka nak mcm mat salleh tu. Ahaaaa gambar kat bawah ni pula adalah artis2 yg dah bertudung diambil dari nescafeais.com. Ok cantik tak mereka bertudung ?


Ibu kpd sorang anak ni bukan nak cari publisiti utk menghebohkan berita dia bertudung ni , tapi mmg dia yg nak bertudung . Bismillah.........harap kekal terus bertudung ye !!

sumber

Baca Lagi

26 Jun 2012

ZIZAN RAZAK HADKAN WAKTU BEKERJA SAMPAI 12 MALAM SAJA


Ini cerita pasal Zizan Razak yang tengah meletop sekarang ni dengan watak Mael Lambong .Dulu dia pernah dimasukkan ke wad kerana radang otot kerana berkerja tanpa henti sampai tak cukup tidur.

Sampai rancangan Melodi pun kena cari orang lain sebagai hos pengganti  iaitu Awal Ashaari.  Sekarang ni dia menghadkan wantu bekerja sampai 12 tengah malam saja.




"Sejak dimasukkan ke hospital akibat keradangan otot pada 29 April lalu, saya menyedari penjagaan kesihatan amat penting.
"Alhamdulillah, sejak keluar daripada hospital, doktor menasihatkan supaya mengehadkan waktu bekerja dan kini, setiap kali menerima tawaran berlakon, saya menetapkan syarat untuk bekerja sehingga pukul 12 tengah malam sahaja.
"Mujurlah setakat ini, tiada produksi yang merungut dan mereka sangat memahami dengan keadaan saya ini," katanya.
Araublogger - Aku pun tak leh kerja sampai tak cukup tidur nanti jantung aku berdegup kuat rasa macam nak tercabut. Maklum lah ada anak kecil sebab anak kecil ni kerap terjaga malam. Aku yang selalu bangun bancuh susu. Lepas tu nak tidor tak leh . Apa lagi mengadap komputer le . 

Baca Lagi

25 Jun 2012

SAIFUL APEK BEBAS DARI TUDUHAN HISAP KANABIS


Tahniah bro Saiful Apek  kerana dibebaskan oleh mahkamah tanpa perlu membela diri . Kesalahan yang dia lakukan adalah kerana memasukkan kanabis ke dalam badan.

Dia dibebaskan kerana terdapat percanggahan bukti dalam pendakwaan. Apa keraguan tu  iaitu air kencing dia didimpan terlalu lama sehingga menimbulkan keraguan. Sebab tu dia terlepas.

Tarikh air kencing diambil tu pun perlainan tarikh  dan ini menimbulkan keraguan. Pihak pendakwa pula tak ada bukti lain cuma air kencing tu je  jadi kes ini agak lemah.

Kalau tidak dia dah tentu kena penjara dua tahun dan denda RM5000. Nasib baik mereka mengaku tidak bersalah November tahun lepas.

Apa pun tahniah dan syukur Araublogger ucapkan kepada Saiful Apek.

Sumber dari mstar


Baca Lagi

24 Jun 2012

MEMANG SAH !! AARON AZIZ KINI RAKYAT MALAYSIA



Teka teki tentang kelulusan MyPR Aaron Aziz dah lulus  terjawab dengan pengakuan dari dia sendiri kepada wartawan kosmo .

"Saya minta maaf kepada semua pihak kerana dari awal lagi tidak menghebahkan kelulusan permohonan PR saya kepada umum. Saya fikir, perkara itu tidak perlu dikecoh-kecohkan. Tetapi, apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengirimkan salinan dokumen sulit saya itu kepada umum, barulah saya rasa perkara itu perlu dijelaskan.
"Saya sudah memegang kad MyPR sejak awal Jun. Saya harap pengakuan saya ini akan menjelaskan segala persoalan semua pihak,"   
Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz turut meluahkan rasa syukur kerana berbekalkan bakat seni yang dimiliki, dia kini boleh bekerja dan menjadi sebahagian daripada penduduk Malaysia. Dia berterima kasih kepada semua pihak atas rezeki dan penerimaan semua terhadap kehadirannya menjadi salah seorang pelakon di Malaysia.

Ini ucapan terima kasih Aaron kepada rakyat Malaysia ...

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada anda dan Kosmo! disebabkan berusaha mendapatkan pengesahan daripada saya sendiri dan tidak menyiarkan gambar kiriman e-mel tersebut tanpa kebenaran daripada saya." 

Araublogger- tumpang gembira atas kejayaan Aaron dan yang penting kita bersaudara sesama Islam , orang Islam itu bersaudara kan !

Sumber kosmo.com.my
Baca Lagi

23 Jun 2012

' KAMI MASIH TIDOR SEKATIL ' UJAR ENGKU EMRAN BILA DISOAL KISAH RUMAHTANGGA



Engku Emran mengakui masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil dengan Erra .

Selepas berbulan berdiam diri, akhirnya suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin tampil menjelaskan mengenai desas-desus kononnya dia berkahwin dua dan menafikan segala cerita itu.

“Demi Allah, isteri saya hanya Erra seorang. Kalau betul saya kahwin lagi, mestilah sekarang sudah ada gambar-gambar upacara itu dikeluarkan di Internet.

“Saya pernah dengar pasal gosip ini sejak tahun lalu, tetapi saya anggap ia tidak serius dan sebahagian mainan dunia hiburan.

“Tetapi lama-kelamaan ia semakin besar dan saya ingin jelaskan yang gosip saya menduakan Erra sama sekali tidak betul. Yang penting Erra, keluarga saya, keluarga mentua tahu perkara sebenar.

“Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil,” kata Emran.

Araublogger- jadi artis mesti terima gossip le 

Baca Lagi

22 Jun 2012

JALAN JALAN CARI MAKAN VERSI IQRAM (ARTIS)



Pelakon Iqram Dinzly yakin berat badannya tidak akan naik secara mendadak berbanding sesetengah pengacara sebelum ini apabila memikul tanggungjawab mengendalikan musim terbaru program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM).

Iqram berkata, sebagai pengacara baru program itu, dia sentiasa memastikan pemakanannya seimbang dengan mengambil banyak air suam, buah-buahan dan makanan tambahan bagi memudahkan lawas.

"Saya memang seorang yang suka makan dan hampir setiap satu jam saya akan mengambil makanan dan sejak dulu saya akan memastikan mengambil banyak air suam, buah-buahan dan makanan tambahan.

"Malah jika ada penggambaran JJCM saya akan memastikan hanya memakan makanan yang disediakan semasa penggambaran," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.

Iqram menggantikan dua pengacara terdahulu iaitu Iqbal Mazlan dan Shiha (Mentor). JJCM terbaru bakal menemui peminat bermula 1 Julai depan pukul 12 tengah hari, setiap hari Ahad.

Dalam pada itu, Iqram berkata, dia mengakui agak gusar dengan penerimaan penonton terhadap cara penyampaiannya dan berharap peminat akan memberi sokongan.

Iqram berkata, tanggungjawab sebagai pengacara JJCM bukan mudah tambahan pula ia telah menjadi program yang diminati oleh penonton.

"Bagi saya jika bukan saya pun yang menggalas tugas ini orang akan tetap membandingkan cara penyampaian saya dengan pengacara terdahulu terutamanya Maria Tunku Sabri.

"Saya rasa tiada siapa dapat menyainginya (Maria) dan apa yang penting sebagai pengacara baru kita perlu buat yang terbaik," ujarnya.

Tambah Iqram, dia juga ada bertemu sendiri dengan Maria untuk mendapatkan nasihat dan tip bagi menjayakan program itu.

"Maria banyak memberi panduan dan paling penting dia mahu saya menjadi diri sendiri dan bukannya meniru gayanya atau orang lain," katanya.

Sementara itu, Iqram memberitahu dia telah merakamkan tiga episod JJCM dan berpuas hati dengan persembahannya selepas menjalani uji bakat bersama TV3 pada Mei lalu.

Iqram berkata, walaupun untuk episod pertama dia agak kaku tetapi dia semakin selesa mengacarakan program itu dan berharap penonton akan menyukainya.

"Mula-mula memang gelabah sebab masih belum dapat momentum sebagai pengacara sebuah program makanan tetapi semakin selesa kerana telah mula mesra dengan krew dan konsep program," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Iqram baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Legenda Budak Setan 2 (LBS2) selain beberapa drama iaitu Menantu VS Menantu dan telefilem berjudul Ayah gandingannya bersama pelakon Jalil Hamid.

Araublogger - boleh kawal makan , cuma makan makanan di set penggambaran dah le , balik rumah tak payah le makan yang berat2 lagi , steady iqram !! 

Sumber dari mstar.com.my
Baca Lagi

20 Jun 2012

' SAYA MASIH HIDUP BELUM MATI LAGI ' KATA REMY ISHAK



“Saya masih hidup. Dakwaan banyak pihak memperkatakan saya sudah meninggal dunia hari ini (semalam) tidak benar dan ia mungkin hanyalah salah faham,” kata pelakon terkenal, Mohammad Zalimei Ishak atau Remy Ishak, 30.

Itu penjelasan diberikan Remy yang menjadi bahan bualan di laman twitter, semalam selepas ada pihak menyebarkan fitnah kononnya pelakon berkenaan dikatakan meninggal dunia.

Menurut Remy, penyebaran dakwaan itu bermula daripada laporan sebuah stesen radio tempatan yang dikatakan menyiarkan berita kematian seorang lelaki menyamai namanya sehinggakan perkara itu terus dikaitkan dengan dirinya.

“Selepas saja bangun daripada tidur petang tadi (petang semalam), saya dikejutkan dengan berita kurang enak sejurus ada pihak mendakwa saya sudah meninggal dan ia tersebar luas di twitter. Ia sangat melucukan tetapi ingin ditegaskan bahawa sehingga kini saya masih bernyawa, Alhamdulillah,” katanya. - METRO
Baca Lagi

15 Jun 2012

ANDY ESTRANGED KENA ROMPAK DI RUMAH DIA



Lagi kes rompak  ni mesti rumah tak pasang grill ni , kali ni rumah Andy Estranged pula nasib baik IC dan Kad Kredit dipulangkan balik ...

Pemain dram kumpulan Estranged iaitu Andy, 28, berhadapan dengan maut apabila diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk rumah didiaminya bersama keluarga di Kota Damansara dekat sini pada Ahad lalu.

Andy atau nama sebenarnya Azwin Andy Malik berkata, perompak-perompak yang menutup wajah dengan topeng itu telah mengugut untuk membunuh jika dia atau ahli keluarga lain cuba untuk melawan.

"Mereka muncul dengan membawa wayar, batang besi dan kayu. Malang sekali abang saya (Azlan Rudy) dipukul teruk sehingga meninggalkan kesan lebam pada badannya ketika cuba melawan.

"Saya beritahu mereka untuk ambil apa sahaja barang yang diinginkan dan jangan mencederakan kami sekeluarga," katanya.

Kejadian rompakan tersebut berlaku pada Ahad lalu, pukul 3.45 pagi sewaktu Andy baru sahaja pulang ke rumah. Menyedari pintu utama rumahnya tidak ditutup, dia terus ke tingkat atas.

"Pada mulanya, saya sangka nenek saya datang ke rumah dan berborak bersama ahli keluarga yang lain apabila mendengar bunyi orang sedang bercakap.

"Ketika mahu naik ke tangga, terdapat dua lelaki memakai baju hitam turun dan masa itu saya tidak dapat berbuat apa-apa.

"Habis semua barang-barang berharga diambil. Mereka juga bertanya sama ada kami menyimpan peti besi atau tidak? Mujurlah perompak tersebut memenuhi permintaan saya supaya memulangkan kad pengenalan dan kad kredit," ujarnya.

Antara barang-barang yang dirompak ialah sebuah komputer riba, iPad, sejumlah wang tunai, barangan kemas serta beberapa barang lain.

Sejurus selepas kejadian tersebut, mereka sekeluarga membuat laporan polis.

Estranged popular dengan lagu Aurora.-mstar
Baca Lagi

EDISI ARTIS !! REMY ISHAK MASUK WAD KERANA JANGKITAN PARU-PARU



Hero Malaya Remy Ishak dimasukkan ke wad kerana jangkitan paru-paru . Ini berlaku kerana tak cukup rehat  dan batuk berpanjangan. Rehat lah sama Remy oooi!!

Gara-gara kurang rehat serta tidak cukup tidur, pelakon Remy Ishak, 30, menerima nasib malang apabila paru-parunya dijangkiti virus atau pneumonia sehingga terpaksa di tahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang dekat sini.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak berkata, hal tersebut membuatkan dia terpaksa ditahan di hospital berkenaan sejak Isnin lalu dan perlu mendapatkan pemantauan daripada pihak doktor setiap masa.

"Saya perlu membuat pemeriksaan secara terperinci dan berehat secukupnya sebelum dibenarkan pulang.

"Mujur saya buat pemeriksaan doktor apabila berasa tidak sedap badan. Penyakit ini menyedarkan saya, sesibuk mana sekalipun, saya perlu meluangkan sedikit masa untuk berehat.

"Doktor kata, ini semua berpunca daripada tidak cukup tidur, kurang rehat dan terlalu bekerja keras sehingga membuatkan antibodi saya menjadi lemah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Pneumonia merupakan penyakit yang disebabkan jangkitan virus, kuman atau bakteria ke bahagian paru-paru dan seseorang akan mengalami simptom-simptom seperti batuk serta selesema sebelum ia merebak ke dalam sistem pernafasan dan seterusnya menyerang paru-paru.

Bagaimanapun tambah Remy, penyakit itu perlu dirawat secepat mungkin bagi mengelakkan menjadi lebih serius yang mungkin boleh meragut nyawa jika dibiarkan.

"Ini satu pengajaran buat saya dan ingin menasihatkan kepada semua supaya jagalah kesihatan sebaik mungkin. Terlalu kuat bekerja membuatkan kita lebih mudah untuk dapat penyakit.

"Saya tidak kesal dengan apa yang telah berlaku pada diri ini kerana ia sebenarnya memberi peringatan kepada saya supaya menjaga diri dengan baik," ujarnya.

Beritahu Remy lagi, dia juga sedikit ralat apabila gagal hadir ke pelancaran filem Aku,Kau dan Dia yang diadakan pada Rabu lalu serta beberapa promosi filem Jiwa Taiko sepanjang tempoh ditahan dalam wad.

Sementara itu, ditanya mengenai status Twitter Remy yang merajuk apabila tidak diberi perhatian oleh kekasihnya, Tiz Zaqyah,ketika dia terlantar sakit, pelakon itu enggan memberi komen tentang hal berkenaan.

"Tak ada apa yang perlu dinyatakan tentang hal itu, saya tak mahu komen," ujarnya.-mstar
Baca Lagi

14 Jun 2012

IRMA HASMIE KAHWIN 29 JUN , GAMBAR KAD KAHWIN DIEDAR



Terkini berita pasal seorang artis ni Irma Hasmie yang dulunya di gossipkan dengan Nabil , kini akan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya .

Irma Hasmie bertunang pada 27 mac 2012 yang lalu ini, . Dan, beliau bakal berkahwin dengan pasangan pilihan Reza Syah Azmeer pada 29 Jun 2012 ini. Menurut Murai.com, kad jemputan perkahwinan Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer telah pun diedarkan.

Majlis pernikahan Irma Hasmie akan diadakan pada 29 Jun di Dewan Persidangan Putrajaya jam 3.00 petang dan resepsi berlangsung di MAEPS, Serdang hari sama jam 8.00 malam.

Irma Hasmie kini sedang mengerjakan umrah, kini dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah dan dijangka pulang ke tanah air pada 20 Jun ini. Pelakon dan pengacara ini berkata aktiviti seninya ketika ini diberhentikan seketika untuk memberi laluan beliau mengerjakan umrah dan membuat persiapan terakhir perkahwinan.-nescafeais.com



Baca Lagi

CANTIK TAK #NEELOFA PAKAI TUDUNG MACAM NI ? KAN ELOK MACAM NI !!


Salam semua , kan elok Neelofa pakai tudung macam ni !! Kalau semua artis ikut pakai macam dia kan bagus . AB cuma nak kongsi cerita terbaru pasal Neelofa iaitu kes kntroversi dia dengan Nur Anzalna ...teruskan baca..

Pelakon Noor Neelofa Mohd. Noor memberi tempoh seminggu kepada Nur Anzalna Md. Nasir untuk memberikan penjelasan berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dilemparkan terhadapnya menerusi laporan sebuah akhbar pada Ahad lalu.

Neelofa, 23, menyatakan, Anzalna, 24, dalam laporan akhbar itu telah menuduhnya memburuk-burukkan pelakon drama bersiri Indera Joned itu sewaktu mereka sama-sama bersaing dalam pertandingan Dewi Remaja 2010/2011 dua tahun lalu.

Dalam laporan itu, Anzalna antara lain mendakwa, Neelofa telah menghina keluarganya dengan perkataan tidak elok melalui laman sosial Facebook.

“Ingin saya tegaskan bahawa segala kenyataan dan tuduhan yang telah dilemparkan oleh Anzalna dalam akhbar itu 100 peratus tidak benar dan sudah tentu ia boleh menjejaskan kredibiliti saya sebagai seorang pelakon.

“Jadi saya telah melantik dua orang peguam, Ahmad Hidayat Md. Noor dan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak untuk mengendalikan kes ini dan satu notis tuntutan telah dihantar kepadanya,” kata Neelofa yang dikenali menerusi filem Azura 2012 pada sidang akhbar di sini semalam.-kosmo

Baca Lagi

PELIK !! GAMBIT BERJUDI UNTUK ASAH MINDA ?



Pelik !! Tak ada cara lain ke nak asah minda, main chess ke , main game ke , ini main judi , insaflah Gambit !!
 
Tindakan pelakon Gambit bermain daun terup di sebuah lokasi hiburan di Australia baru-baru dikatakan bertujuan untuk mengasah minda psikologi melalui permainan itu.

Gambit berkata, permainan daun terup yang disertainya itu hanyalah secara kebetulan bagi memenuhi masa terluang sewaktu bercuti dan bukannya semata-mata atas tujuan berjudi.

“Saya menyertai permainan itu sebenarnya secara kebetulan sahaja dan menganggap ia satu permainan psikologi.

“Biarlah orang nak buat macam-macam tuduhan terhadap saya kerana saya bermain daun terup bukan kerana mahu mendapatkan duit, tetapi sekadar ingin menguji pengetahuan.

“Cakap pun tak guna, kerana orang akan tetap mengkritik. Asalkan saya dan Tuhan tahu niat sebenar, itu sudah cukup,” katanya.

Gambit baru-baru ini telah menulis mesej melalui Twitter miliknya yang mengharapkan tuah dalam permainan daun terup yang disertainya pada 5 Jun lalu.

Gara-gara mesej tersebut, pengikut laman sosial milik Gambit turut menghantar kritikan selain menganggap pelakon itu tidak peka tentang halal dan haram menyertai permainan tersebut.

Gambit mendakwa terkilan apabila kebanyakan masyarakat tempatan terlalu cepat membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat dengan membuat tuduhan yang tidak benar selepas membaca entri berkenaan.

“Saya seorang yang sangat sayangkan Malaysia, bangsa dan agama, tetapi kenapa kebanyakan masyarakat kita mempunyai mentaliti iaitu terlalu cepat menilai keburukan seseorang individu itu?

“Diakui, salah saya juga meletakkan entri yang boleh menimbulkan persoalan kepada semua tetapi dengan menyebarkan maklumat dan membuat spekulasi sendiri, tidakkah ia berbau fitnah? Dan bukankah fitnah itu haram?

“Sebelum mengata tentang orang, cerminlah diri sendiri,” tegasnya.





Sementara itu pendakwah dan pengacara program Semanis Kurma, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata:-

Pemahaman seseorang yang ingin menimba pengetahuan daripada permainan daun terup adalah salah mengikut syariat Islam. Menurutnya, seseorang itu tidak sepatutnya menyertai permainan daun terup atau apa-apa juga aktiviti seumpamanya kerana ia boleh mempengaruhi mereka untuk berjudi.

“Saya tidak setuju dengan pendapat individu yang terlibat dengan judi semata-mata atas alasan untuk memahami permainan itu.

“Daripada segi hukum, ia sudah pun dikira haram kerana di dalam Al-Quran ada menyebut Allah melarang umat Islam menghampiri perkara-perkara yang haram.

“Contohnya, Allah berfirman jangan sesekali menghampiri zina iaitu seperti pergaulan bebas atau majlis tari menari. Sama juga dengan isu perjudian.

“Banyak lagi cara lain untuk mendapatkan pengetahuan. Matlamat baik tapi caranya itu sebenarnya salah,” tegasnya.-nescafeais.com

AB-kisah ni bukan nak aibkan sapa-sapa cuma nak jadikan iktibar atas apa yang berlaku , ingat!! sebagai orang Islam kita ada banyak pantang larang dalam agama kita !! 

Baca Lagi

BERITA ARTIS !! SHARNAAZ DATING DENGAN SHILA AMZAH DITEMANI IBU



Salam semua  nak cerita pasal artis sikit .....hero drama ni .....Sharnaaz Ahmad tak kisah dating dengan Shila ditemani ibu Shila , potong stim betul ..apa pun Sharnaaz tak kisah.....sebab lagi percaya family Shila pada dia .........maksudnya ibunya prihatin pasal hubungan mereka bukan main-main  .......
   
Tindakan Fauziah Sarman atau Kak Zie iaitu ibu kepada penyanyi Shila Amzah yang sering menemani anaknya untuk bertemu dengan pelakon Sharnaaz Ahmad sedikit pun tidak menggagu hubungan pasangan tersebut.

Sharnaaz berkata, dia berasa selesa apabila setiap kali bertemu dengan Shila, ibu wanita berkenaan sering bersama yang secara tidak langsung dapat meningkatkan kepercayaan keluarga terhadap hubungan tersebut.

"Saya tidak pernah rasa terganggu ditemani oleh ibu Shila setiap kali kami ingin keluar malah menganggap kehadiran ibunya cukup menyenangkan.

"Tambahan pula elok juga ada orang yang lebih berusia menemani kami dan sedikit sebanyak ibunya boleh bagi nasihat jika ada benda-benda yang tak manis berlaku semasa kami keluar bersama.

"Macam pernah sekali, saya tanpa sedar telah memegang tangan Shila dan ibunya menegur perbuatan itu dan ia adalah sesuatu yang baik," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Sharnaaz, dia tidak faham mengapa ada segelintir pihak yang sentiasa memandang serong apabila Shila membawa ibunya ketika bertemu saya.

Dalam pada itu, Sharnaaz memberitahu setakat ini dia belum pernah meminta izin daripada ibu Shila untuk keluar berdua-duaan dengan kekasihnya itu dan juga tidak pernah terfikir mengenainya.

Ia disebabkan dia cukup selesa dengan situasi tersebut serta berasa selesa dengan kehadiran orang yang lebih dewasa dalam hubungan mereka.

Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia memang memasang impian untuk memperisterikan Shila dan membina keluarga dengannya suatu hari nanti.

Bagaimanapun perkara itu mungkin akan terjadi dalam masa dua hingga tiga tahun selepas kedudukan kewangannya benar-benar stabil.

"Kahwin bukan perkara mudah dan sebagai lelaki yang akan bertanggungjawab terhadap seorang wanita, saya perlu memastikan semua perkara tersedia untuk kesenangan bersama nanti.

"Tetapi Shila adalah pilihan saya untuk hidup bersama dan membina keluarga dengannya nanti," ujarnya.-mstar
Baca Lagi

13 Jun 2012

ZAIN SAIDIN TAK KISAH CHE TA RAPAT DENGAN BEEGO




Tahun lepas tahun 2011 saya terserempak Zain Saidin , Che Ta , Azza Elite  kat pasar malam Arau , depa tengah shooting drama Kiah Pekasam, dengan hkabar ada berita terbaru pasal mereka kat bawah ni ....teruskan membaca...

Pelakon Zain Saidin tidak mempunyai sebarang sebab untuk berasa kecewa apabila artis yang sering dikaitkan dengannya iaitu Rozita Che Wan dikaitkan pula dengan pelakon Beego.

Zain sebaliknya memberitahu, jika benar gosip tersebut, ia adalah satu berita baik dan dia tumpang gembira untuk Rozita.

"Kalau itu pilihan Che Ta (Rozita) saya doakan dia bahagia dan gembira dengan pilihannya dan saya yakin dia tahu apa yang terbaik buat dirinya.

"Saya langsung tiada masalah dengan perkara itu kerana itu adalah urusan peribadi Cik Ta," ujarnya selepas ditemui pada majlis pelancaran drama Naziha dan Bukan Bidadari di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Zain berkata, perkhabaran terbaru itu sekali gus telah melenyapkan semua khabar angin mengaitkan dirinya dengan pelakon jelita itu.

Zain memberitahu, dia sudah penat menjelaskan kepada media mengenai statusnya dengan ibu tunggal beranak dua itu dan berharap ia tidak dibangkitkan lagi selepas ini.

"Penat dah asyik nak jelaskan perkara sama, jadi harap-harap jika benar apa yang dikatakan mengenai hubungan Che Ta dengan Beego, kuranglah sikit orang kaitkan saya dengan dia," katanya.

Sementara itu, Zain berkata, dia kini masih solo dan tidak terlalu memikirkan mengenai soal cinta kerana ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya sebagai pelakon.

Menurut Zain, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk bercinta tambahan pula dia sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti lakonan.

"Sekarang masa untuk kumpul wang dan aset untuk masa depan namun tidak dinafikan saya banyak berkawan dengan orang tetapi bukan untuk bercinta," ujarnya.

Zain bakal muncul dalam drama bersiri berjudul Naziha menerusi slot Zehra bermula pada 15 Jun, setiap hari Jumaat pukul 9 malam.

Selain Zain, drama arahan Along Kamaruddin itu turut menampilkan pelakon seperti Izara Aishah, Erry Putra, Amar Baharin dan Ryzal Jaafar.-mstar
Baca Lagi

SYUKUR !! SORANG LAGI ARTIS TERBUKA HATI BERTUDUNG PENUH.. TAHNIAH KEPADA #FAZURINA !!




Alhamdulillah !! Sorang lagi artis pelakon iaitu Fazurina yang popular menerusi lakonannya dalam Trilogi Cinta jadi isteri kedua Rosyam tu . Bila bertudung ni bukat bermakna rezeki tertutup , Allah yang bagi rezeki tu , harap dengan bertudung ni rezeki yang diterima tu diberkati Allah. Ikuti kisah ni ...  
Pelakon yang pernah popular menerusi siri Dunia Anita dan Trilogi Cintaiaitu Fazurina mengambil keputusan untuk mengenakan hijab selepas menyambut ulang tahunnya yang ke 30, pada 9 Jun lalu.
Fazurina berkata, keputusan itu tidak dipaksa oleh sesiapa sebaliknya ia datang ikhlas daripada hatinya sendiri dan telah lama berniat untuk berbuat demikian.
"Saya tiada apa-apa alasan kenapa saya mengambil keputusan untuk bertudung tetapi ia datang daripada hati saya sendiri selepas menyambut hari lahir yang ke 30 pada 9 Jun lalu.
"Insya-Allah, imej ini akan kekal selamanya kerana ia adalah satu perkara yang dituntut oleh agama," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Fazurina berkata, walaupun sedar tawaran berlakon akan berkurangan selepas ini, dia tetap optimis dan menganggap setiap rezeki itu datang daripada Allah.
Fazurina berkata, sebagai seorang Islam dia percaya dengan qada dan qadar dan menganggap jika perkara itu terjadi pasti mempunyai hikmah di sebaliknya.
"Kalau saya tidak bertudung pun kalau kata rezeki itu bukan milik saya tetap tidak akan menjadi hak saya.
"Saya reda dengan semua ketentuan tetapi itu bukan alasan untuk saya tidak berbuat-buat apa mengenainya. Apa yang penting usaha," katanya.
Tambah Fazurina, dia ada mendapat tawaran berlakon dari sebuah produksi sebagai watak utama untuk siaran TV3 baru-baru ini namun terpaksa menolak kerana pengarah mahu dia membuka tudung.
"Saya boleh terima kerana ia watak utama dan akan ditayangkan di TV3 tetapi terpaksa menolak kerana saya mengenakan hijab bukan suka-suka. Tidak mengapa kerana ia bukan rezeki saya buat masa ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, dia sangat teruja apabila bakal muncul dengan projek pertama di bawah syarikat produksi miliknya iaitu Tripix Studios Sdn Bhd yang telah beroperasi sejak beberapa bulan yang lalu.
Fazurina berkata, jika segalanya berjalan lancar, syarikat produksinya akan memulakan penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Hana yang akan diarahkan oleh Zulkifli M. Osman.
"Alhamdulillah, setelah beberapa tahun berlakon ini adalah perkara paling terbesar yang bakal saya lakukan. Insya-Allah, harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar," ujarnya.
Fazurina juga turut membawa peranan utama dalam drama bersiri itu selain bertindak sebagai penerbit.
Bercakap lanjut mengenai kerjaya seninya, Fazurina baru sahaja selesai menjalani penggambaran musim terbaru drama Trilogi Cinta untuk RTM sebanyak 40 episod yang akan ditayangkan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Selain itu, filem Baik Giler gandingannya bersama Zizan Razak dan Awie bakal menjengah pawagam pada 28 Jun manakala filem Hantu Bukit Cina bakal ditayangkan pada akhir tahun ini.-mstar
Baca Lagi

JIMMY SHANLEY BUNTU KES JAGA ANAK




Perbincangan hak penjagaan anak kepada pengacara, Jimmy Shanley dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy menemui jalan buntu apabila kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan syarat dan tawaran yang diberikan antara satu sama lain.

Perkembangan terbaharu itu akhirnya membuatkan Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 28 Ogos depan bagi perbicaraan tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) terhadap anak tunggal pasangan suami isteri itu, Zahrah Shanley, 11 bulan yang dituntut oleh Nursuhaila.

Pada prosiding semalam, peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus yang mewakili Jimmy berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan tawaran plaintif (Nursuhaila) pada Jumaat lepas apabila mencadangkan Jimmy hanya boleh melawat anak perempuan mereka tetapi tidak boleh bermalam.

Malah, Jimmy katanya tidak bersetuju dengan cadangan agar lawatan itu pula hanya boleh dilakukan di rumah Nursuhaila dan anak mereka tidak boleh dibawa keluar dari kawasan rumah tersebut.

"Pada prosiding yang lepas bersetuju untuk menjaga anak secara bersama bergilir setiap minggu tetapi apabila kami tunggu surat, dia kata mahu bincang dengan ahli keluarga lain.

"Namun selepas puas menunggu, 22 Mei lalu kita hantar surat memberi cadangan supaya seminggu itu pecah kepada dua iaitu Isnin Selasa, Rabu atau Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad tetapi baru menerima cadangan baharu tadi pada Jumaat lepas," katanya di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man di sini semalam.-kosmo
Baca Lagi

1 Jun 2012

HAZAMA JADI PELAKON PULA



Penyanyi Hazama memberanikan diri pertaruhkan bakat sebagai pelakon menerusi filem Cinta Atas Tar, arahan pengarah Ahmad Idham.

Hazama, 28, berkata selepas enam tahun bergelar penyanyi sudah tiba masa untuk dia memberanikan diri bergelar pelakon setelah merasakan dirinya juga perlu mencuba sesuatu yang baru.

"Dah alang-alang saya berada dalam bidang seni, apa salahnya kalau saya kembangkan bakat dalam lakonan mahupun tarian. Lagipun ia merupakan satu proses pembelajaran sebagai seorang anak seni.

"Dan pada masa sama, saya boleh melihat sejauh manakah kemampuan bakat yang boleh ditonjolkan. Bagaimanapun, tak sangka Idham berani mengambil saya sebagai pelakonnya dalam 'Cinta Atas Tar'," katanya.

Tambah juara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) ini, dia sebenarnya agak gementar untuk berlakon dalam filem yang telah pun selesai penggambarannya pada Mac lalu dan risau jika lakonan yang dibawakan gagal memikat hati penonton.

"Jujur saya katakan, walaupun menerima tawaran Idham dengan hati terbuka, jauh di sudut hati, saya risau dengan persembahan lakonan yang diberikan, adakah ia mencapai tahap keinginan penonton atau tidak," ujarnya.

Bercerita mengenai pengalamannya yang pertama kali berlakon bersama-sama dengan Intan Ladyana, Taiyuddin Bakar, Shenthy Feliziana dan Azad Jazmin, Hazama menganggap lakonan dan nyanyian ternyata sebuah bidang yang agak jauh berbeza.

"Walaupun banyak masa dihabiskan dengan menunggu, banyak juga ilmu yang saya peroleh daripada para pelakon serta kru-kru di belakang tabir.

"Saya mahu menjadi seorang pelakon profesional dan tidak kisah diberikan apa saja watak asalkan ia dapat mengasah bakat lakonannya," tuturnya.

Mengenai perkembangan nyanyian pula, single lagu terbaru Hazama berjudul Majnun , berkonsepkan balada, kini sudah pun dimainkan di radio dan mendapat sambutan yang bagus daripada para pendengar.

Beritahu Hazama, buat masa ini, dia akan mencuba pelbagai genre muzik bagi melihat sejauh mana kemampuannya bagi sesebuah genre muzik itu.

"Sekarang ini, saya masih lagi tercari-cari muzik yang benar selesa dengan jiwa saya.

"Namun, melihatkan respons daripada peminat, mereka sukakan Majnun dan mungkin balada ada muzik 'cari makan' saya," tuturnya.-MSTAR
Baca Lagi

27 May 2012

JOHAN RAJA LAWAK ' DIBOIKOT ' ANGKARA BERSIH 3.0




Nama, Johan Raja Lawak bukan lagi asing dalam industri hiburan.Tidak hairanlah jika dia mampu menyandang gelaran Pelakon Komedi Popular menerusi Anugerah Bintang Popular (ABP) baru-baru ini.

Namun, dalam kerancakan mengejar kerjaya seninya, timbul pula pelbagai kontroversi yang membabitkan pelawak kegemaran ramai ini.

Johan atau nama sebenarnya, Mohd Yazid Lim Mohd Aziz, 28, dikecam hebat apabila lakonannya sebagai profesor dalam sebuah video bersama Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, membangkit kemarahan penyokong perhimpunan Bersih.

Isu ini turut dipanjangkan menerusi satu akaun, Facebook, 'Kami Boikot Johan Raja Lawak', sebagai tanda tidak puas hati segelintir pihak terhadap pelawak tersohor ini.

Rata-rata membuat permohonan agar Johan tampil memohon maaf di atas tindakannya yang dianggap menyentuh isu sensitiviti masyarakat. Zass cuba mendapatkan Johan, namun gagal. Bagaimanapun, isterinya Ozlyn, sedia memberikan kerjasama.

Terkejut dengan berita itu, Ozlyn yang juga merupakan pelakon, memohon agar perkara ini tidak diperbesarkan.

“Kami tidak tahu apa-apa pun kerana kami baru sahaja pulang bercuti daripada Australia. Johan tidak pernah bagi tahu apa-apa mengenai perkara ini.

“Kemungkinan besar, dia tidak mengetahui isu ini. Jadi, saya tidak berani untuk memberikan sebarang kenyataan. Lagipun kami tak tengok lagi video itu.

“Kami tidak memerlukan sebarang kontroversi, namun, jika ada ketelanjuran dan silap yang Johan lakukan semasa ‘on air’, itu tidak disengajakan,” katanya yang juga bertindak sebagai pengurus Johan.

Ozyln berkata, dia sering menasihati Johan agar tidak keterlaluan ketika membuat persembahan. Namun ada kalanya, suaminya gagal mengawal keadaan apabila membuat persembahan secara langsung. Namun dia yakin, Johan tidak mempunyai agenda lain melainkan hanya untuk menghiburkan peminat.

Berhent i berlako n?

Tidak berkesempatan untuk menguruskan pelbagai perkara dalam satu masa, Johan terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti berlakon untuk sementara waktu.

Menurut Ozlyn, Johan masih terikat dengan banyak perkara yang memerlukan dia menolak sebarang tawaran untuk berlakon buat sementara waktu.

“Johan tengah sibuk dengan Super Spontan dan juga stesen radio, Era FM. Jadi, jadualnya sangat padat buat ketika ini. “Selain itu, kami juga bakal menghasilkan program komedi sendiri yang bakal disiarkan di televisyen.

Namun, ia masih di peringkat perbincangan lagi. “Kami tidak boleh menguar-uarkan perkara itu kerana masih di peringkat awal,” katanya.-SINAR
Baca Lagi

23 May 2012

( EDISI CERAI !! ) ADI PUTRA NI KEJAP NAK CERAI KEJAP TAK NAK !! IKUTI KUPASAN PENUH




Pelakon Adi Putra menyifatkan masalah rumah tangga yang melanda dalam kehidupannya dengan isteri, Zuhaida Yusof (Aida), 37, seperti sebuah drama yang sering dilakonkan tetapi ia adalah realiti kehidupan sebenar.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 31, berkata, dia bersyukur kerana cepat menyedari tentang kesan yang akan berlaku sekiranya tidak menarik balik kes cerai yang difailkan pada 11 Mei lalu.

"Saya anggap keputusan menarik balik kes cerai terhadap isteri adalah satu keajaiban. Alhamdulillah kami sedar bahawa rumah tangga yang dibina perlu diteruskan dan kami masih memerlukan di antara satu sama lain.

"Terasa macam drama pula, tapi inilah realiti yang perlu dilalui. Dan jika ada pihak menganggap kami main-main dengan perkara ini, terpulanglah," katanya.

Adi dan Zuhaida mengadakan sidang media di sebuah kafe, Hotel Park Royal di sini, kira-kira pukul 9 malam Selasa bagi menjelaskan mengenai status mereka selepas timbul kontroversi kedua-dua mereka dikatakan sudah lagi tidak sehaluan.

Kira-kira 50 media hadir untuk bertanya pelbagai persoalan dan ia berjaya dijawab oleh mereka dengan tenang.

Adi yang memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah di sini pada 11 Mei lalu telah membuat keputusan menarik balik kes tersebut kira-kira pukul 8 pagi, Isnin lalu.
Tambah Adi, peluang selama sembilan hari yang diberikan pihak mahkamah sebelum meneruskan kes benar-benar membantu dirinya dan isteri untuk berfikir kembali mengenai hubungan mereka.

"Sepanjang sembilan hari diberi tempoh berdamai, kami tenangkan dan kemudian masing-masing meluahkan perasaan dan rasa tak puas hati. Alhamdulillah, akhirnya kami mencapai keputusan yang kami masih lagi memerlukan antara satu sama lain.

"Bagaimanapun saya tidak menyesal memfailkan penceraian itu, namun ia satu pengajaran berguna buat saya," ujarnya.

Sementara itu, Zuhaida yang kelihatan tenang berkata, dia dan suami telah mengambil iktibar terhadap masalah rumah tangga mereka dan berharap perkara sebegitu tidak lagi berulang.

"Memang macam-macam spekulasi timbul di luar sana mengenai rumah tangga kami.Cuma apa yang kami ingin tegaskan di sini, ia tiada kaitan dengan orang ketiga, mahupun hal anak," ujarnya.

Pasangan berkenaan yang pulang dari Tanah Suci, Mekah pada 8 Mei lalu telah bernikah pada 14 April 2006 tetapi masih lagi belum dikurniakan anak.

Aida sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Zul (Handy Black).-MSTAR

Baca Lagi

22 May 2012

CHEF WAN BUKA RESTORAN DI SINGAPURA


Tahniah Chef Wan sebab akan buka restoran pertama di Singapura atas desakan kawan2.!!

Restoran tersebut yang diberi nama Chef Wan In Style bakal dibuka di Plaza Singapura, Orchard Road, September depan. Premis itu boleh memuatkan 400 orang pada satu masa.

Makanan yang akan disediakan bukan makanan Melayu saja tapi 100 jenis makanan dari Asia Tenggara.

Yang penting makan tu halal semuanya. Chef Riz , anaknya trut terlibat menguruskan restoran ini. Tak lama lagi dia akan buka restoran di Indonesia dan KL pula - mstar
Baca Lagi