Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

1 Jun 2012

HAZAMA JADI PELAKON PULA


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Penyanyi Hazama memberanikan diri pertaruhkan bakat sebagai pelakon menerusi filem Cinta Atas Tar, arahan pengarah Ahmad Idham.

Hazama, 28, berkata selepas enam tahun bergelar penyanyi sudah tiba masa untuk dia memberanikan diri bergelar pelakon setelah merasakan dirinya juga perlu mencuba sesuatu yang baru.

"Dah alang-alang saya berada dalam bidang seni, apa salahnya kalau saya kembangkan bakat dalam lakonan mahupun tarian. Lagipun ia merupakan satu proses pembelajaran sebagai seorang anak seni.

"Dan pada masa sama, saya boleh melihat sejauh manakah kemampuan bakat yang boleh ditonjolkan. Bagaimanapun, tak sangka Idham berani mengambil saya sebagai pelakonnya dalam 'Cinta Atas Tar'," katanya.

Tambah juara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) ini, dia sebenarnya agak gementar untuk berlakon dalam filem yang telah pun selesai penggambarannya pada Mac lalu dan risau jika lakonan yang dibawakan gagal memikat hati penonton.

"Jujur saya katakan, walaupun menerima tawaran Idham dengan hati terbuka, jauh di sudut hati, saya risau dengan persembahan lakonan yang diberikan, adakah ia mencapai tahap keinginan penonton atau tidak," ujarnya.

Bercerita mengenai pengalamannya yang pertama kali berlakon bersama-sama dengan Intan Ladyana, Taiyuddin Bakar, Shenthy Feliziana dan Azad Jazmin, Hazama menganggap lakonan dan nyanyian ternyata sebuah bidang yang agak jauh berbeza.

"Walaupun banyak masa dihabiskan dengan menunggu, banyak juga ilmu yang saya peroleh daripada para pelakon serta kru-kru di belakang tabir.

"Saya mahu menjadi seorang pelakon profesional dan tidak kisah diberikan apa saja watak asalkan ia dapat mengasah bakat lakonannya," tuturnya.

Mengenai perkembangan nyanyian pula, single lagu terbaru Hazama berjudul Majnun , berkonsepkan balada, kini sudah pun dimainkan di radio dan mendapat sambutan yang bagus daripada para pendengar.

Beritahu Hazama, buat masa ini, dia akan mencuba pelbagai genre muzik bagi melihat sejauh mana kemampuannya bagi sesebuah genre muzik itu.

"Sekarang ini, saya masih lagi tercari-cari muzik yang benar selesa dengan jiwa saya.

"Namun, melihatkan respons daripada peminat, mereka sukakan Majnun dan mungkin balada ada muzik 'cari makan' saya," tuturnya.-MSTAR
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Unknown said...

whoa..okay gak tuh kalau dah melebarkan sayap

Post a Comment