Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

15 Jun 2012

TINGGI KOLESTROL DAN GULA ? NI CARA NAK TURUNKAN


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Salam ...pagi tadi pergi  ambil result darah kat Klinik Kesihatan Arau . Kolestrol saya 5.7  dan gula saya 4.8 , ok lah tu . Paras yang elok bagi kolestrol adalah  antara 3.6-5.2, ahaaa kalau terkeluar dari range tu dapatkan nasihat dr yea. Paras gula yang elok pula adalah antara 4.0-6.0  lebih kurang macam tu lah. Ok lah tu aku ingatkan kolestrol dah naik sampai sepuluh , sebab tahun 2012 ni adalah aku banyak makan sebelah malam . Makan bererti  tambah kolestrol .  Saya terkejut juga bila doktor kata orang kuat sukan pun boleh kena kencing manis, aku tanya camna ? Doktor tu kata , lepas sukan minum berkarbonat 100 PLUS lepas tu balik rumah , jadi gula yang diminum tu tersimpan dalam badan , itu pasal le kena kencing manis. Bukan nak boikot 100 plus  kurangkan je ...



KEPADA ANDA SEKALIAN KURANGKAN MINUMAN BERKARBONAT !! SEBAB ADA 6 SUDU GULA DALAM SATU TIN !! BANYAKNYE !!  .

Nasib baik saya punya minuman harian air masak kosong je . Aku tanye dia lagi camne nak kurangkan kolestrol dan kurangkan berat badan ( TENGOK GAMBAR ATAS TU , AKU DAH TURUN 7 KILO !! )  sambung cerita , dia kata jangan sebarang benda berminyak , benda bergoreng tak leh makan , malam jangan makan kalau boleh , senaman selalu secara berterusan , bukan henti-henti , contohnya kalau jogging tu sejam  tapi 10 minit sekali stop, tak leh camtu. Aku kata aku dah tak makan nasi waktu malam, aku makan mee goreng je, doktor tu terkejut ,  nape makan mee , mee tu lagi banyak kalori dari nasi , aku pun kata kalau makan roti waktu malam , dia kata 2 keping roti sama macam secawan nasi , camna ni habis malam nak makan apa ?

Doktor tu kata makan buah je ...lepas tu tidor .  Aku kata kat doktor tu aku makan Quaker Oat 3 in 1 sebelah malam bolah tak ?  Dia kata ok , sebab oat tu rendah kalori dan bagus untuk buang kolestrol , saya nak kempen sikit pasal Quaker Oat 3 in 1  ni , baru sebulan saya start makan  , sakit tulang hilang dan insyaAllah paras kolestrol akan menurun . Dulu aku pernah makan buah kismis sampai sebalang !! Lepas tu makan Nesvita 3 in 1  tak leh makan tak lalu sebab dia tak da perasa. Tapi dengan Quaker Oat 3 in 1 perisa Coklat dan Vanilla ni aku dah makan habis 1 pack ada 20 sachet . Lepas ni tukar perasa coklat pula . Tengok gambar bawah ni perasa vanilla ...best ni ..


Sambung cerita, jadi kita tidor dalam keadaan perut kosong , esoknya kita senaman dan bakar lemak lagi ,
barulah tak ada pertambahan lemak , jangan makan sebelum tidor, barulah berat badan turun . ok out dulu nanti sambung cerita entri lain .....



Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

4 comments:

SP (spudinpunya) said...

bahaya tu bro ..haish

Arau Blogger said...

biasa la bro umur semakin meningkat ..pemakanan kena jaga

suesuhaimi said...

info ni bagus untuk saya. Saya baru je dpt tau tahap kolestrol saya tinggi...nak kena diet dah ni.

Tuan Kalsum Tuan Ismail said...

salam.
member opis (yang kurus) pun cakap ada kolesterol tinggi. Doktor suruh dia makan Omega-3 dan Garlic. Omega utk turunkan gliserin, Garlic utk maintain HDL.

Skrg dah ok dah.

Post a Comment