Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

24 Jun 2012

TERJATUH DARI BOT DI TASIK KENYIR MANGSA DITEMUI LEMAS


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Keriangan seorang kontraktor untuk memancing di Sungai Tetuang, Tasik Kenyir bertukar tragedi apabila mangsa terjatuh dari bot sebelum dijumpai lemas di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, mangsa, Tan Thung Foo, 40, seorang kaki pancing dari Selangor pergi ke sungai berkenaan untuk memancing bersama seorang rakannya berusia 37 tahun kira-kira 2.45 petang.

Katanya, mangsa ke tempat tersebut dengan menaiki bot yang dikemudi oleh rakannya dan apabila sampai di tempat kejadian mangsa cuba mengikat bot berkenaan pada tunggul kayu di tengah tasik tetapi Tan terjatuh kerana gagal mengimbangi badan.

"Kita dimaklumkan mangsa memakai jaket keselamatan tetapi ia hanya disangkut di badan dan tidak diikat dengan kemas menyebabkan hanya jaket tersebut dan topi mangsa timbul selepas mangsa terjatuh," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, selepas melihat mangsa tenggelam, rakannya panik dan tidak mampu berbuat apa-apa dan dia cuba mendapatkan bantuan melalui telefon namun ia agak sukar memandangkan lokasi berkenaan adalah di luar rangkaian talian.

Mohd Ismail berkata, bertindak atas laporan pihak polis dan 13 anggota jabatan bomba dan penyelamat Hulu Terengganu bersama dua buah bot tiba di tempat kejadian pada 6 petang, yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Pengkalan Gawi.

"Mayat mangsa ditemui kira-kira 7.40 pagi tadi yang terapung tidak jauh dari tempat dia terjatuh dan mayat dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat," katanya.

Sementara itu, Mohd Ismail mengingatkan orang ramai supaya menjaga keselamatan untuk melakukan sebarang aktiviti di Tasik Kenyir terutamanya perlu memakai jaket keselamatan dengan betul.

Araublogger - Tak leh seronok sangat pergi tempat macam tu yang semestinya ada makhluk Allah yang lain kat sana. Pakai jaket keselamat ikut peraturan dan ikat kuat-kuat . Takziah kepada kaluarga arwah....sedekah Al-Fatihah

Sumber   bharian

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment