Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

1 Jun 2012

SAHAM FELDA KEDUA TERBESAR DI DUNIA SELEPAS FACEBOOK, BETUL KE !!?


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) semalam melancarkan prospektus tawaran awam permulaan (IPO) yang terbesar di Asia pada tahun ini dan kedua terbesar di dunia selepas Facebook yang membabitkan 2.19 bilion saham.

Daripada jumlah itu, FGV selaku operator ladang kelapa sawit ketiga terbesar di dunia akan menawarkan 1.92 bilion saham untuk langganan pelabur institusi termasuk 1.5 bilion kepada institusi dan pelabur terpilih tempatan serta asing.

Sebanyak 419.54 juta lagi saham kategori itu diperuntukkan untuk institusi Bumiputera dan pelabur terpilih yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Pada masa yang sama, sebanyak 273.6 juta saham atau 7.5 peratus akan dikhususkan kepada pelabur awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada 273.61 juta saham untuk langganan pelabur awam itu, sebanyak 200.65 juta saham atau lebih 70 peratus bakal diagihkan kepada peneroka dan kakitangan Felda serta individu yang banyak menyumbang kepada pembangunan syarikat itu.

Menurut beliau, baki 72.96 juta saham lagi ditawarkan kepada orang awam.

Katanya, peratus agihan yang tinggi itu membuktikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab bahawa kerajaan menggunakan penyenaraian itu untuk memanipulasikan golongan peneroka sebagai tidak benar.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa apa yang kita lakukan ini adalah sebagai menepati amanah yang ditinggalkan oleh ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein.-KOSMO

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment