Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

16 Apr 2012

TUDM BAKAL TERIMA AIRBUS MILITARY A400M BERNILAI RM3.5 BILLION


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

PESAWAT pengangkut Airbus A400M yang bakal digunakan TUDM pada 2015 ketika mendarat di Pangkalan TUDM, Subang semalam.

SUBANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual menerima empat pesawat pengangkut Airbus Military A400M bernilai RM3.5 bilion secara berperingkat-peringkat dengan pesawat pertama dijangka tiba pada Januari 2015.

Panglima TUDM, Tan Sri Rodzali Daud berkata, semua pesawat pengangkut tersebut yang perjanjian pembeliannya termasuk pakej sokongan latihan dan logistik ditandatangani pada Disember 2005 itu akan tiba di negara ini sepenuhnya pada 2016.

Menurut beliau, pembelian itu menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di luar Eropah yang mempunyai pesawat pengangkut yang boleh digunakan untuk misi bantuan kemanusiaan dan bencana selepas Jerman yang menempah 53 buah Airbus A400M, Perancis (50), Sepanyol (27), United Kingdom (22), Turki (10), Belgium (7) dan Luxembourg (1).
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment