Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

20 Apr 2012

ENGKU ALEESYA SAMBUT BIRTHDAY KE 3 (GOSSIP ARTIS)


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

SEJAK bergelar isteri dan ibu kepada Engku Aleesya, pelakon terkenal Erra Fazira mengakui dia memang memperlahankan aktiviti seni untuk memberi fokus pada rumah tangganya dengan suami, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Saluran Berita Bernama TV, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Malah, pemilik nama sebenar, Fazira Wan Chek, 36, ini mengakui karier seninya juga jatuh nombor dua apabila sudah berumah tangga.

Walaupun bidang seni sudah sebati dalam dirinya, Erra tetap mengutamakan keluarganya dalam segala hal. Komitmen itu dapat dilihat apabila Erra terpaksa pulang awal dari majlis pelancaran Majalah Metro yang dihadiri, baru-baru ini kerana ingin meraikan sambutan hari jadi Aleesya yang ke-3 yang jatuh tanggal 30 Mac lalu.

Akui Erra, majlis hari jadi Aleesya hanya diraikan secara kecil-kecilan di Plaza Damas, Sri Hartamas serta dihadiri anggota keluarga dan teman rapat serta rakan artis bersama anak masing-masing iaitu sahabat baiknya, Datin Paduka Umie Aida dan Wan Khatijah.


“Saya tidak melihat kenapa kita perlu meraikan hari jadi anak secara besar-besaran kerana dia masih kecil dan tidak ingat pun apa yang berlaku ketika itu.


“Justeru, saya putuskan untuk menyambut majlis hari jadi  Aleesya di kelas gimnasiumnya saja kerana selepas habis kelas, dia boleh terus meniup lilin dan memotong kek hari jadinya  bersama kanak-kanak lain di situ.

“Apa yang penting, saya ingin buat Aleesya gembira pada hari  jadinya. Senang nak buat kanak-kanak gembira kerana yang penting ada kek hari jadi dan lilin untuk ditiup. Kalau sudah dikelilingi kawan-kawan, kanak-kanak selalunya lupa ibu bapa mereka ada di situ,” katanya sambil ketawa.

Ditanya sama ada majlis itu dihadiri suami, kata Erra, Emran tidak dapat hadir ketika dia me nyambut hari jadi Aleesya di kelas gimnasium itu.

“Emran tidak dapat hadir kerana dia terpaksa bertugas pada hari berkenaan. Tapi, Emran sudah meraikan hari jadi Aleesya dengan kawan-kawan di sekolah, sehari sebelumnya.

“Saya juga tidak memanjakan Aleesya dengan hadiah mahal kerana apabila ada duit lebih, saya akan menabung di bank untuk masa depannya,” katanya.

Sebagai ibu, pasti Erra tidak ingin melepaskan peluang keemasan untuk melihat anak perempuan tunggalnya itu membesar depan mata.

“Saya tidak ingin terlepas saat penting dalam hidup Aleesya kerana dia memang cepat besar dan semakin petah bercakap.

“Saya sudah masukkan Aleesya ke kelas ‘Play Club’ sejak usianya 2 tahun. Apabila usianya hampir 3 tahun, Aleesya belajar di kelas gimnasium supaya dia senang mendengar arahan yang diberikan.

“Saya percaya semua ibu inginkan yang terbaik untuk anak nya. Selalunya, memang sudah rutin saya yang akan menidurkan Aleesya tapi apabila saya sibuk, tugas itu diambil alih pembantu rumah pula.

“Saya akui Aleesya selalu menagih perhatian saya ketika berada di rumah dan baru kembali dari bekerja. Ayat kegemarannya apabila dengan saya di rumah ialah ‘Come, I Show You’. Selain itu, Aleesya juga suka dengar lagu Nursery Rhyme iaitu A,B,C di laman YouTube dan i-Pad. Tapi, Aleesya memang pemalu dengan budak lelaki. Perangainya memang sama ketika saya masih kecil dulu,” katanya.

Menyentuh perkembangan karier seninya, wajah eksklusif Astro ini mempertaruhkan single barunya selepas lima tahun tidak muncul dengan album bagi  mengubat kerinduan peminatnya.

“Single terbaru saya  berjudul Cinta Diam Diam yang juga  ciptaan Manusia Putih.  Sebenarnya, saya tempah lagu ini sudah lama, tapi baru sekarang ia siap dirakam kan di studio. Ia juga berentak rancak dan catchy.

“Single kedua pula akan me nyusul selepas ini dan saya jangka pada pertengahan tahun nanti. Saya juga merancang buat klip video untuk single ini nanti,” katanya.


Enggan ulas gosip rumah tangga

SEBAGAI selebriti terkenal, nampaknya aktres jelita ini tidak dapat mengelak apabila orang ramai sentiasa memperkatakan cerita rumah tangganya dengan suami. Lebih memeritkan, sampai hari ini, masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gosip rumah tangganya dikatakan berantakan ketika ini.

Namun, sebagai artis yang  sudah masak dengan asam garam dunia seni tanah air, Erra  nampaknya tidak cepat melatah dan cukup profesional menepis gosip berkaitan rumah tangganya itu.

“Saya pun tak tahu dari mana datangnya gosip itu. Sampai sekarang pun orang masih sebarkan cerita sama mengenai rumah tangga saya. Sejauh manakah kebenaran gosip itu, saya pun tidak pasti.

“Apa yang saya boleh katakan di sini, rumah tangga saya, sama saja seperti pasangan suami isteri lain di luar sana, ada naik dan turunnya, ada yang bagus dan tidak bagusnya dalam sesebuah rumah tangga yang dibina itu,” katanya.-METRO
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment