Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Showing posts with label seram. Show all posts
Showing posts with label seram. Show all posts

20 Jun 2012

ANAK AKU SELALU TERKEJUT DI TENGAH MALAM (SERAM)



Anak aku selalu terkejut sejak kebelakangan ni , kenape yea !! Dia nampak apa yea?  anak aku tu baru umur 1 setengah  tahun .

Semangat dia dah lemah sekarang ni , kalau dia main sorang-sorang tu tiba-tiba je dia tutup mata , macam dia nampak sesuatu, dan dada dia berdegup kencang. terus dia lari peluk kita ni , kenapa yea  dia nampak apa ?

Budak kecil ni macam2 dia nampak cuma dia tak tau nak bagitau je kat kita . Kadang-kadang tu ketakutan dia tu terbawa-bawa ke dalam mimpi.

 2 malam yang lepas kami sekeluarga baru lepas makan di Kuala Perlis, pergi ke rumah ayah , mula2 tu ok je dia main kat dalam rumah tu , tiba2 dia ternampak sesuatu kat penjuru dinding terus badan dia menggeletar.

Terus dia pejam mata tak nak tengok lepas tu menangis tak henti ,aku pun bacakan ayat kursi dan claitkan ke dahi dia .   aku pun terus kemas barang dan balik .

Sampai kat rumah pun pantang dengar bunyi pelik sikit terus takut. Malam tu aku bermimpi dia diculik dan puas aku cari tak jumpa , terjaga dari mimpi pukul 3.30 pagi , tengok dia menangis nak susu.

Nasib baik mimpi , ingatkan betul2 kena culik tadi. Dah 2 hari kejadian tu berlaku , tapi kejadian ni akan berlaku lagi  sebab sebelum ni pun dah banyak kali berlaku , yang aku tau baca ayat kursi , calitkan kat dahi dia tu je .

Ada sape ada pendapat lain cara nak halau iblis yang ganggu budak kecil ni !!
Baca Lagi

16 Jun 2012

KEJADIAN ANEH DI PADANG GOLF KETIKA AZAN ( SERAM )




Pelbagai pengalaman misteri uji keimanan insan sering terlalai ketika seruan azan berkumandang. Cerita di bawah adalah cerita yang agak lama juga. Tapi jika dibaca artikel ini menarik juga  berkenaan perkara-perkara pelik di padang golf kerana tidak menghormati azan.

Sebenarnya apa yang lebih penting? Solatkah atau azan itu sendiri. Apa gunanya berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada azan tetapi selepas itu permainan diteruskan tetapi tidak juga mengerjakan solat.

PERMAINAN golf bagi mereka yang ketagih dengan sukan boleh menenangkan jiwa itu, kadang-kala berdepan dengan pelbagai kejadian pelik tetapi benar-benar berlaku di padang golf di negara ini.

Pernah satu hari, seorang teman bersama tiga rakannya bermain golf hingga berlarutan pada waktu malam dan ketika menghampiri dua lubang terakhir, mereka terpaksa berhenti agak lama kerana ada orang lain sedang putting di atas green, kira-kira 100 meter di hadapan mereka.

Dalam permainan golf, pemain boleh membuat aduan kepada marsyal jika permainan pemain di hadapan terlalu lambat. Selepas menunggu begitu lama, empat pemain yang kelihatan seperti warga Korea itu, masih melakukan putting berkali-kali sehingga tempohnya tidak boleh diterima akal. Berikutan itu, lelaki yang bergelar Datuk tadi menghubungi rumah kelab dan mengadu kepada marsyal untuk menegur empat ‘warga Korea’ itu supaya bermain dengan laju.

Marsyal itu menjawab: “Datuk…. flight (sepasukan empat orang) Datuk adalah flight terakhir, tak ada orang lain dah kat fairway (padang) waktu ini.” Mendengar jawapan itu, mereka terus bergegas masuk ke dalam buggy dan segera pulang ke kelab, dengan tidak lagi meneruskan permainan.

Rupa-rupanya empat ‘warga Korea’ itu bukan manusia. Di kelab itu kemudian heboh mengenai kejadian aneh itu. Kapten kelab datang dan bertanya secara lembut, sama ada mereka berhenti menghayun kayu golf apabila terdengar azan Maghrib berkumandang dari masjid di pinggir kelab golf eksklusif itu.

Semuanya tergamam dan saling memandang antara satu sama lain. Bayangkan, jika waktu di padang golf itu, mereka menghampiri ‘pemain Korea’ di atas green, entah apa akan terjadi.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Syeikh Zamihan Al-Ghari ketika diminta mengulas berkata, kemungkinan yang dilihat itu adalah malaikat atau jin Islam kerana syaitan akan lari sejauh mungkin hingga ke hujung dunia sehingga dia tidak lagi mendengar bunyi azan.

Seruan Allah mengajak kepada kebaikan dan begitu juga dengan seruan azan yang mengingatkan kepada tanggungjawab menunaikan solat. Oleh itu kejadian pelik yang berlaku kepada kepada pemain golf ini boleh dilihat sebagai bonus daripada Allah untuk menyedarkan mereka supaya berhenti sebentar untuk mendengar azan dan solat sebelum menyambung permainan.-lamankongsi.com
Baca Lagi

10 Jun 2012

' WARIS ' SAMBUNGAN DARI ' KEKASIHKU SERU ' #SERAM




Pengarah terkenal, Kabir Bhatia mengakui sukar untuk menghasilkan drama bersiri Waris iaitu sambungan kepada drama arahannya sebelum ini iaitu Kekasih Ku Seru.

Kabir berkata, dia perlu mengambil kira pelbagai aspek supaya perjalanan cerita daripada musim pertama tidak lari dalam karya terbaru ini supaya penonton boleh mengaitkan kejadian yang berlaku semasa musim terdahulu.

"Ini adalah sekuel dan untuk menghasilkan satu kisah sambungan daripada sebelumnya bukan mudah dan saya sedar penonton mengharapkan yang terbaik.

"Atas dasar itu juga kita amat menitikberatkan jalan ceritanya supaya penonton tidak berasa 'asing' ketika menonton sambungan Kekasih Ku Seru ini," ujarnya ketika ditemui semasa pelancaran drama bersiri berkenaan.

Waris terbitan produksi Filmscape Sdn Bhd ini bakal menemui penonton bermula 14 Jun, pukul 10 malam menerusi slot Seram di TV3.

Masih mengekalkan barisan pelakon sama seperti Datin Umie Aida sebagai Mas Suri, Emelda Rosmila (Marisa), Fizz Fairuz (Rashad), Hairi Othman (Waris) dan Tengku Sariza atau Kuza (Mas Ayu).

Dalam pada itu, menjelaskan penukaran tajuk drama berkenaan, Kabir berkata ia adalah dibuat setelah berbincang dengan pihak stesen TV3 dan penulis skripnya iaitu Mira Mustafa, Tommy CT Loh dan Nik Naemah sejajar dengan kandungan cerita yang menfokuskan kepada waris-waris daripada siri sebelum ini.

"Jika ada yang mengikuti Kekasih Ku Seru pasti akan mengingati bahawa cerita itu tergantung di akhirnya dan ia sambungan itu dibawa ke sekual terbaru ini," ujarnya.

Tambah Khabir, dia mengambil masa selama dua bulan untuk menyiapkan drama tersebut dengan menitikberatkan kisah pewarisan saka yang pasti akan menarik perhatian penonton.

Waris mengisahkan Marisa dan Rashad yang kehilangan anak kembar perempuan mereka dan memberi sepenuh perhatian kepada anak lelaki, Amar. Bagaimanapun, ketika bercuti di Terengganu, Amar yang menghilangkan diri ditemui diserang penyakit sawan tiba-tiba dan keadaannya membimbangkan Marisa.

Sebaik pulih, Marisa membawa Amar bertemu dengan ibunya, Mas Suri. Ternyata, apa yang dirisaukan Mas Suri selama ini menjadi kenyataan apabila sikap Amar yang ceria, sudah berubah menjadi murung dan cepat marah. Apakah itu menandakan saka Waris sudah bangkit semula dan menghantui mereka?-MSTAR

Baca Lagi

MIMPI KAIN PUTIH BAWA PETANDA TAK ELOK ( #SERAM )




KUALA TERENGGANU: “Saya terjaga daripada tidur selepas bermimpi seorang wanita memberikan tiga helai kain putih sebelum mengerjakan solat Tahajud untuk menghilangkan rasa tidak sedap hati, minggu lalu.

“Bagaimanapun, saya tak sangka mimpi itu bagaikan petanda saya akan kehilangan tiga ahli keluarga tersayang serentak,” kata Siti Fauziah Mohamad Amin, 46, isteri kepada Abdul Razak Othman, 49, yang maut bersama anaknya, Siti Suraya Abdul Razak, 14, dan kakak ipar, Fathilah Othman, 53, dalam kemalangan di Kilometer 62, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, dekat Felda Chalok Rahmat, Setiu, kelmarin.


Dalam kejadian jam 5 petang, Abdul Razak bersama enam penumpang, termasuk Siti Fauziah, tiga anaknya dan dua kakaknya dalam perjalanan dari Taman Pauh Indah, Permatang Pauh, Seberang Perai, ke rumah anak saudaranya, Elmilia Nabila Ishak, 25, di Gong Badak, di sini, untuk melawatnya yang baru melahirkan anak sulung.

Kejadian malang itu dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Avanza dipandu Abdul Razak bergesel dengan sebuah Toyota Hilux yang datang dari arah Kuala Terengganu menuju Kota Bharu ketika melalui sebuah selekoh di tempat kejadian.


Pertembungan itu menyebabkan Abdul Razak, Siti Suraya dan Fathilah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian dalaman badan, manakala Siti Fauziah yang patah tangan kiri dan cedera di kepala dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, manakala tiga lagi penumpang, Rosidah Othman, 55, Mohamad Adam Abdul Razak, 16, dan Siti Raihana Abdul Razak, 12, dirawat di Hospital Setiu.


Bagaimanapun, pemandu Toyota Hilux terbabit yang berusia 37 tahun bersama isteri dan dua anaknya tidak cedera.

Menurut Siti Fauziah, dia tidak pasti bagaimana kemalangan berlaku kerana ketika kejadian tidur sebelum mendapati dirinya berada di hospital sebaik tersedar.


“Saya tidak dapat menahan sebak selepas dimaklumkan mengenai kematian suami, anak dan kakak ipar.

“Apabila diingatkan kembali, kain putih yang diberi seorang wanita itu mungkin membawa maksud tertentu. Sebelum ini, saya ingatkan mimpi itu membawa petanda saya akan mati, rupa-rupanya akan kehilangan tiga ahli keluarga serentak,” katanya ketika ditemui di Wad Pembedahan Wanita HSNZ, di sini, semalam.


Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia juga terkilan kerana hajat arwah suaminya untuk melawat anak saudara yang baru melahirkan anak sulung di Gong Badak, di sini, tidak kesampaian.


“Arwah sememangnya beria-ria hendak bertemu ahli keluarga baru kami itu tetapi apakan daya, Tuhan lebih menyayanginya.


“Saya masih terkejut dengan kejadian ini, apatah lagi kehilangan tiga nyawa serentak. Pemergian mereka memberi kesan besar kepada kehidupan kami. Bagaimanapun, saya tetap reda dengan pemergian mereka,” katanya sebak.


Sementara itu, suami Emilia Nabila, Shairyzal Mohamad Azizan, 30, berkata dia bergegas ke Hospital Setiu sebaik dimaklumkan mengenai kejadian menimpa ahli keluarga isterinya.


“Saya menghubungi arwah jam 4.30 petang pada hari kejadian untuk bertanyakan lokasi mereka. Ketika itu, anak arwah, Siti Raihana memberitahu mereka akan sampai tidak lama lagi.


“Namun, saya mula rasa tidak sedap hati apabila panggilan dibuat tidak dijawab sebelum seseorang menghubungi saya menggunakan telefon arwah dan memaklumkan mengenai kemalangan itu,” katanya.-METRO
Baca Lagi

3 Jun 2012

' AKU JADI AHMBA SEKS MAT AFRIKA ' SERAH SEMUA ANGKARA VOODOO #18SX @zainal732001




Amalan khurafat berunsur sihir dikenali sebagai ‘voodoo’ dipercayai digunakan warga asing, khususnya di kalangan Mat Afrika, dalam usaha ‘mencairkan’ mangsa, sekali gus memudahkan aktiviti penipuan terhadap penduduk tempatan yang kebanyakannya wanita.

Walaupun amalan itu popular di benua Afrika dan biasanya digunakan untuk pengamal atau individu yang mengupah pihak tertentu supaya menyihir musuh sehingga membawa kematian, tujuan utama amalan itu kini dipelbagaikan mengikut keperluan pengamalnya.

Akibat penangan voodoo, mangsa seolah-olah dipukau hingga mudah menurut telunjuk penjenayah seperti dialami dua mangsa, Zarina Ayu, 36, dan Rohaya Dusa, 38 (bukan nama sebenar). Berikut pengakuan eksklusif mangsa yang mengalami kerugian besar hingga mengalami trauma dalam hidup mereka.


KES 1
ZARINA AYU:


“SAYA berharap wanita tidak sesuka hati melayan perbualan atau permintaan lelaki asing yang biasanya membuat janji temu dan memberi pelbagai hadiah sebelum meminta gambar atau merakam gambar bersama, kononnya untuk kenang-kenangan.

Saya harap apa yang saya alami dua tahun lalu tidak akan berlaku kepada orang lain kerana kesengsaraan dialami membawa petaka yang sangat dikesali hinggalah kini.

Selepas terpaksa meninggalkan keluarga kerana sanggup mengikut teman lelaki bertubuh sasa yang hanya dikenali selama sebulan, kebahagiaan diharapkan hingga ke jenjang pelamin tidak ke mana apabila kehilangan pekerjaan dan disisihkan apabila wang simpanan mula kehabisan.-metro

AB- Mat Afrika ini dah melampau , nampaknya semakin menjadi2 kegiatan mereka ni !!  
Baca Lagi

1 Jun 2012

SERAM !! LELAKI INI MEMILIKI WAJAH SEPERTI GERGASI !! DIA INGIN MENCARI PASANGAN HIDUP!!




LAHORE: Seorang pemuda yang mengalami penyakit pelik apabila dia mempunyai kepala, kaki dan tangan gergasi terdesak untuk mencari penawar supaya dia boleh mendapat jodoh.

Sain Mumtaz, 22, mengalami kecacatan teruk akibat sindrom Proteus menyebabkan beberapa bahagian tubuhnya terus membesar.

Dia sudah diterima oleh penduduk setempat di kawasan kejiranannya di pinggir bandar raya Lahore, di Pakistan tetapi penyakitnya menyebabkan dia perlu menerima rawatan secara berterusan dan menyukarkannya bergerak.

Sain dikatakan mengalami sindrom Proteus - yang turut menyerang “Lelaki Gajah” Joseph Merrick berikutan kecacatan simetri pada wajah dan tengkorak kepalanya.


Sain sebelum ini percaya nasib malangnya itu adalah laknat Tuhan, menyebabkan dia kecewa dan murung.


Namun, teman dan keluarga memberinya semangat dan dia kini berazam untuk terus hidup dengan baik.

Penduduk setempat merujuk kepadanya sebagai “kawan gergasi” mereka dan berazam untuk mencari penawar buat Sain yang mengimpikan akan bertemu dengan wanita idamannya.

Sain berkata: “Saya kelihatan seperti ini sejak lahir. Wajah, lengan dan kaki saya semuanya berbeza saiz dan orang menyangka saya tidak seperti manusia biasa yang lain.

“Tetapi akal saya sihat dan memahami semuanya. Saya menjalani kehidupan seperti orang lain walaupun semua anggota keluarga saya termasuk ibu, bapa, abang dan kakak saya dilahirkan tidak dengan keadaan begini.

“Sebelum ini, orang melarikan diri daripada saya, tetapi kini mereka melayan saya secara normal dan duduk serta berbual dengan saya ketika saya berada di luar.

“Mereka memanggil saya kawan mereka. Satu hari kelak, saya harap dapat sembuh dan bertemu dengan wanita yang akan mencintai saya,” katanya.

Sain tidak pernah berjumpa doktor sejak dia kanak-kanak apabila diberitahu dia menghidap sindrom Proteus dan tiada apa dapat dilakukan untuk membantunya.

Sekiranya Proteus adalah diagnosis betul atas penyakit dialami mungkin tiada apa dapat dilakukan untuk mengurangkan berat kaki dan tangannya yang besar itu.

Namun, keluarganya masih berharap Sain menderita penyakit ketumbuhan lain dan jika ia benar mungkin ada rawatan yang dapat menyembuhkannya.

Bapanya, Wazir Ali berkata: “Kami mahu tahu apa yang tak kena dengannya dan sama ada terdapat sesuatu yang dapat dilakukan bagi memperbaiki kehidupan sehariannya.

“Dia menaruh harapan untuk masa depan, satu hari kelak dia akan menjalankan perniagaan beca dan mendapat isteri,” katanya. - DM

AB-kuasa Allah semua tu  !!
Baca Lagi

25 May 2012

KES BUDAK HILANG DI SRI AMAN DIPERCAYAI DIBAHAM BUAYA




SRI AMAN – Operasi mencari dan menyelamat seorang budak lelaki yang dipercayai diserang buaya di Sungai Linggang, Engkilili dekat sini lewat petang kelmarin terpaksa diteruskan selepas mayatnya yang timbul seketika hilang semula dihanyutkan arus.

Mayat Peter Heerema Sadan, 13, pada mulanya dilihat terapung pada pukul 6.55 petang semalam, namun gara-gara takutkan buaya yang banyak menghuni sungai itu, penduduk setempat sekadar membiarkannya sahaja sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat.

Sewaktu menunggu, mayat mangsa kembali hilang dihanyutkan arus dan gagal ditemui sehingga operasi mencari diteruskan pada pukul 8 malam.

Sumber polis memberitahu, sebelum itu mereka telah dimaklumkan mengenai penemuan mayat berkenaan oleh penduduk kampung.

“Kami akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat sehingga mayat mangsa dijumpai,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Dalam kejadian petang kelmarin, Peter Heerema dan adiknya, Clement Bayang Man, 11, pergi ke tebing sungai yang jaraknya hanya lima meter dari kawasan rumah panjang mereka untuk mandi-manda.-KOSMO

AB - bahaya betul rumah kat tepi sungai ni !!
Baca Lagi

18 May 2012

EDISI SERAM !! ' GHAIB 48 JAM ' DIJAGA TUJUH LELAKI SASA DAN HARIMAU !! IKUTI KUPASAN PENUH !! (SERAM )





MARAN - “Pak cik nampak ramai orang kampung suluh mencari dan memanggil nama pak cik tapi apabila pak cik menyahut, mereka tidak dengar.”

Demikian kata seorang warga emas berusia 82 tahun yang hilang dalam tempoh 48 jam selepas keluar memukat (menjair) ikan sendirian di sebatang anak sungai dalam kawasan ladang kelapa sawit berdekatan Kampung Orang Asli Batu 55, di sini.

Mangsa, Abdul Rahman Dauhat yang menetap di Kampung Kuala Sentul berkata, sepanjang tempoh kehilangannya, dia dijaga dengan baik oleh tujuh lelaki berbadan sasa dan ditemani seekor harimau di kawasan ladang berkenaan.

Menurutnya, dia tidak berasa mengantuk atau letih cuma dahaga, namun lelaki terbabit memberinya minum air sungai berkenaan.

“Saya minta seorang anak perempuan menghantar saya ke anak sungai ini ketika dia hendak keluar menoreh getah.

“Sudah banyak kali saya menjair ikan di anak sungai ini, cuma pada hari kejadian (kelmarin), saya ke lokasi lain tetapi masih di sungai sama,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebaik siap memasang jaring, tiba-tiba sekumpulan ikan meluru masuk ke dalam perangkapnya dan tidak sangka, dia mendapat lebih empat kilogram ikan termasuk jenis sebarau.

“Selesai mengutip ikan, saya naik ke tebing dan ketika itu, kaki saya rasa berat, sakit dan menggigil sehingga menyebabkan saya rebah kerana tidak dapat menahan kesakitan,” katanya.

Datuk kepada 35 cucu itu berkata, dia kemudian dibantu tujuh lelaki berkenaan yang didakwanya manusia biasa tetapi tidak dapat dilihat orang lain.

Katanya, seorang daripada mereka mendukungnya ke sebuah bukit dan diletakkan di pangkal sebatang pokok kelapa sawit.

“Saya masih sedar dan sedikit pun tidak rasa takut, malah pada waktu malam, tiada seekor nyamuk di kawasan ini.

“Saya nampak orang kampung membawa lampu suluh untuk mencari saya, tetapi selepas tiga kali menyahut, lelaki yang menjaga saya melarang daripada terus berbuat demikian,” katanya.

Abdul Rahman yang pernah berkahwin sebanyak lapan kali berkata, dia tidak tidur sepanjang tempoh dua hari dua malam tersebut sebelum ditemui seorang pekerja ladang kira-kira jam 8.30 pagi, semalam.

Anaknya, Siti Khadijah, 24, berkata, penduduk kampung memulakan operasi mencari apabila ayahnya tiada di sungai berkenaan ketika dia datang menjemputnya pada jam 4 dan 6 petang.

Menurutnya, ini adalah kali pertama ayahnya hilang walaupun sudah biasa keluar menjair ikan di sungai berdekatan.

Sementara itu, ketua operasi mencari dan menyelamat, Asisten Superintendan Sulaiman Hamid berkata, tiga pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Maran menyertai operasi selama dua hari itu dengan bantuan unit pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) serta penduduk kampung.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan lemah akibat keletihan oleh seorang pekerja ladang kira-kira 10 kilometer dari tempat mangsa dipercayai hilang.

“Polis menolak sebarang unsur jenayah kerana mangsa dipercayai sesat,” katanya.-SINAR

AB-agaknye orang bunian kot !!
Baca Lagi

16 May 2012

BUDAK SINDROM DOWN ' GHAIB ' SELEPAS MINTA CEKODOK (SERAM)




JOHOR BAHRU: “Saya tidak sangka Hisham menghilangkan diri selepas meminta dibekalkan sarapan cekodok dan air mineral dengan alasan mahu berjalan-jalan.

“Sudah puas kami mencarinya sejak enam hari lalu, namun hampa,” kata Saleha Rasyidi, 43, ibu seorang orang kelainan upaya (OKU) ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Rinting C, Masai di sini, semalam. Saleha berkata, dalam kejadian jam 8.30 pagi, 10 Mei lalu, dia dan suami, Sarmidi Subir, 48, keluar bekerja dan meminta seorang pengasuh menjaga anak sulung, Hisham atau nama sebenarnya Saiful Sarmidi, 21, dan anak kedua, Mohd Wahyu Sarmidi, 5.

Menurutnya, mereka mengetahui kejadian selepas dihubungi pengasuh pada jam 10 pagi yang mendakwa anak sulung daripada tiga beradik itu hilang.
“Pengasuh tidak menyedari Hisham keluar rumah kerana ketika itu dia memandikan Wahyu.

“Apabila mendapati Hisham tiada, pengasuh menyangka dia ke surau berhampiran kerana Hisham gemar meluangkan masa di situ hampir setiap pagi,” katanya.

Menurut Saleha, keluarganya semakin bimbang dengan keselamatan Hisham kerana dia yang menghidap sindrom Down, rabun serta berdepan masalah pendengaran.
Bimbang dengan keselamatan Hisham, Saleha membuat laporan di Balai Polis Masai pada hari kejadian.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan Hisham diminta menghubungi Saleha di talian 012-7513901 atau 016-7450531.

AB- aik !!tetiba je hilang ni !!!
Baca Lagi

14 May 2012

' HANTU KANAK-KANAK ' MUNCUL TIBA-TIBA MENYEBABKAN KEMALANGAN KERETA DEPAN BALAI POLIS ARAU (SERAM )




ARAU: “Anak saya mendakwa cuba mengelak tiga kanak-kanak kecil yang mahu melintas jalan di depan Istana Arau sebelum kereta dipandunya terbabas lalu merempuh pagar balai polis yang bertentangan istana.”

Begitu kata Kamarudin Hasyim, 56, apabila anak lelakinya, Kamarul Ashraf, 18, yang juga pemain bola sepak Piala Presiden Angkatan Tentera Malaysia (ATM), patah tangan kiri akibat kejadian yang berlaku jam 12 tengah malam kelmarin.


Kejadian berkenaan menyebabkan Proton Iswara dipandu Kamarul Ashraf remuk teruk kerana merempuh pagar konkrit Balai Polis Arau.

Kamarudin berkata, Kamarul yang memandu berseorangan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kodiang, Kedah, selepas pergi ke gelanggang futsal di Kangar, di sini.


Menurutnya, dia dimaklumkan anaknya cuba mengelak kanak-kanak melintas jalan di kawasan itu sebelum kenderaannya hilang kawalan lalu merempuh pagar balai polis berkenaan.


“Lebih mengelirukan, sejurus selepas kemalangan, kanak-kanak itu tidak kelihatan, malah orang ramai yang melihat kejadian berkenaan juga mendakwa tidak melihat kanak-kanak yang dimaksudkan.

“Saksi kejadian memberitahu mereka melihat kereta dipandu anak saya meluncur laju sebelum melanggar tembok dan tiang lampu di hadapan balai polis itu lalu terbalik dan tersadai di situ,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, anak keempat daripada enam beradik berkenaan baru sahaja mendapat lesen memandu dan sering menggunakan keretanya untuk ke Kangar atau kawasan berdekatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, ekoran kejadian, pagar besi dan tiang lampu balai berkenaan mengalami kerosakan, manakala kereta terbabit remuk di bahagian depan.


“Mangsa patah tangan kiri dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi rawatan lanjut, malah polis sudah mengambil sampel air kencing pemandu,” katanya.-METRO

Araublogger-memang istana adalah tempat yang ' keras ' , dalam istana meludah pun tak boleh tau !! Gambar hiasan je atas tu..
Baca Lagi

INILAH ' LINTAH BESAR IBU JARI ' YANG MASUK KE DUBUR SEMASA MENANGKAP IKAN DI SAWAH.



KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Kampung Paya Rambai, Ketereh di sini melalui pengalaman mengerikan apabila seekor lintah yang saiznya lebih besar daripada ibu jari orang dewasa memasuki duburnya ketika dia menangkap ikan di sawah berdekatan rumahnya tengah hari kelmarin.

Bagaimanapun, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, tetap bernasib baik walaupun duburnya mengalami pendarahan akibat dimasuki lintah.

Ini kerana lintah tersebut yang boleh memanjang sehingga 25 sentimeter berjaya dikeluarkan setelah mengamalkan petua orang tua iaitu dengan makan belalang.

"Saya dan tiga orang rakan pergi ke sawah (yang terletak kira-kira 500 meter) dari rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur.

"Sebaik sahaja pulang ke rumah saya dapati dubur berdarah dan keluarga saya mengesyaki mungkin lintah telah memasuki dubur, lalu nenek menyuruh makan belalang.

"Sepuluh minit kemudian saya membuang air besar dan lintah tersebut keluar," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.-KOSMO
Baca Lagi

12 May 2012

INILAH GAMBAR WANITA MUDA 28 TAHUN KELIHATAN TUA SEPERTI NENEK UMUR 70 TAHUN (SERAM)




TAIPEI - Seorang wanita muda Vietnam, Nguyen Thi Ngoc Mai yang kelihatan seperti berumur 70 tahun walaupun usianya baru 28 tahun kini menjalani rawatan perubatan di Taiwan, kata beberapa doktor semalam.

Mai mula menghidap sindrom Werner yang menyebabkan dia kelihatan tua sejak berumur 10 tahun.

Dia sebelum ini tidak mampu menjalani rawatan kerana mengalami masalah kewangan.

Menurut beberapa doktor di Hospital Universiti Perubatan China, dia sukar berjalan dan mengalami masalah kesihatan sebelum datang ke Taiwan pada April lalu.

Mai menjalani pembedahan plastik dan beberapa pembedahan lain bagi mempermudakan penampilannya, kata mereka.

Dia turut menjalani rawatan kulit dan paru-paru.

Doktor-doktor menyatakan, dia merupakan pesakit pertama sindrom tersebut di negara ini.

Wanita itu akan mengambil ubat-ubatan dan mengelak diri daripada terkena cahaya matahari.

"Saya seperti dilahirkan semula dan terdapat harapan dalam kehidupan saya," katanya menerusi jurubahasa di sini.

Semasa dia bergambar dengan adik lelakinya dan doktor pembedahan plastik, Hung-Chi Chen di sini semalam, wajahnya kelihatan semakin muda selepas dia menjalani rawatan. Kat bawah ni gambar dia selepas pembedahan- Agensi


Araublogger-seram jugak tengok muka dia sebelum pembedahan!!

Baca Lagi

10 May 2012

' AIR AJAIB ' DARI BUMBUNG RUMAH BOLEH SEMBUHKAN PENYAKIT SEBENARNYA AIR PAIP (SERAM)



BATU PAHAT – Kewujudan ‘air ajaib’ dari bumbung sebuah rumah di Taman Budiman, Parit Raja di sini yang dikatakan memiliki keistimewaan boleh menyembuhkan penyakit akhirnya terbukti hanya air paip biasa sahaja

Perkara ini didedahkan sendiri pemilik rumah setelah kediamannya diserbu Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Dia mengaku air yang mengalir dari bumbung rumahnya itu tidak mempunyai keistimewaan, tetapi berpunca akibat daripada paip bocor.

Ketua Operasi, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ser­buan dilakukan pihaknya ke atas rumah tersebut setelah menerima aduan masya­rakat setempat selain bimbang akidah penduduk akan terpesong.

Menurutnya, serbuan berkenaan dilakukan sembilan anggota termasuk pegawai dan turut disertai Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor.

“Bagi mengelakkan akidah masyarakat terus terpesong berikutan percaya kepada perkara tidak berasas, kami bertindak menyerbu premis berkenaan hari ini (semalam).

“Kes berkenaan disiasat me­ngikut Seksyen 6 (b) Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, ketika serbuan dilakukan, terdapat beberapa individu sedang menadah air dipercayai untuk dijadikan ubat.

Menurutnya, hasil keterangan pemilik kediaman, saluran paip bocor menyebabkan air keluar mencurah dari atas bumbung.

“Kesan daripada kebocoran ini, air tidak berhenti mengalir, malah bil air melambung sehingga mencecah RM300 sebulan.

“Dia juga berharap ada pihak yang dapat menyelesaikan isu kebocoran yang berlaku di kediamannya itu,” katanya.

Saiful Ariffin menasihati orang ramai supaya jangan mudah terpe­ngaruh dengan perkara tidak munasabah dan perlu menyiasat terlebih dahulu kesahihan sebelum mempercayainya.

Sebelum itu, pada 23 Mac lalu Sinar Harian menyiarkan tentang pemilik rumah ini yang mengakui ramai orang datang ke rumahnya untuk mengambil air ajaib tersebut yang dikatakan dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Baca Lagi

BATU NISAN BERSELERAKAN ATAS KUBUR ANGKARA MAKHLUK MISTERI ( SERAM )



KUCHING – Penduduk Kampung Mendu gempar apabila 20 batu nisan dan kubur di tanah perkuburan Islam Jalan Mendu di sini dirosakkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Amat menyedihkan apabila batu nisan dan binaan sekeliling kubur rosak serta berselerakan di atas tanah.

Kejadian tersebut disedari pada Ahad lalu oleh seorang penduduk yang datang untuk menziarah kubur kakaknya sebelum membuat laporan di Balai Polis Simpang Tiga di sini malam kelmarin.

Tanah perkuburan seluas 60 meter persegi itu menempatkan hampir 100 pusara.

Seorang tukang kebun, Ahmad Sontol, 63, yang dalam perjalanan ke tempat kerja terkejut melihat batu-batu nisan, dinding kubur dan longgokan tanah berselerakan.

“Perkara pertama terlintas di fikiran saya ialah kubur arwah nenek saya.

“Nasib baiklah tidak berlaku apa-apa tetapi saya kecewa dengan kejadian ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Araublogger-agaknya ada orang nak buat taman perumahan  atas kubur kot !!
Baca Lagi

5 May 2012

BUAYA INI LAH TERBESAR YANG DITANGKAP DI AUSTRALIA ( SERAM )





SYDNEY, Australia - Seekor buaya air masin sepanjang 4.4 meter yang membaham sembilan ekor anjing peliharaan ditangkap di sebatang sungai di utara Australia, menurut satu laporan semalam.

Laporan akhbar Northern Territory News menyatakan, buaya ganas itu ditangkap di penempatan penduduk Sungai Daly, sekitar 225 kilometer ke selatan bandar raya Darwin selepas reptilia itu menakutkan penduduk setempat.

Seorang pegawai polis, Mark Casey memberitahu, pejabatnya menerima sembilan aduan tentang anjing peliharaan penduduk dibaham haiwan itu dalam tempoh sebulan.

"Buaya adalah bahaya yang menanti kerana anda menyangka ia batang kayu terapung di permukaan sungai," kata Casey.

Menurutnya, selain haiwan itu, terdapat dua lagi buaya besar dan seekor buaya kecil yang masih berkeliaran di kawasan berkenaan.

Buaya air masin yang boleh membesar hingga sepanjang 7 meter dan mencapai berat satu tan, kerap ditemui di bahagian utara Australia.

Sebanyak dua orang mati akibat serangan haiwan itu di Australia pada setiap tahun. - AFP

PS- Inilah buaya paling besar pernah saya tengok

Baca Lagi

4 May 2012

' LALUAN HANTU ' INI TERLETAK DI BEHRANG TELAH MENGORBANKAN RAMAI KORBAN ( SERAM )




BEHRANG: Kemalangan maut yang meragut dua nyawa di laluan ‘berhantu’ di Kilometer 114, Jalan Behrang-Tanjung Malim di sini, 19 April lalu, menyebabkan penduduk sekitar semakin bimbang keselamatan mereka.

Kerisauan itu turut dikongsi penuntut Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), yang berulang-alik antara politeknik itu dan Bandar Behrang 2020 iaitu tempat rumah sewa mereka.


Difahamkan, beberapa kemalangan serius turut berlaku sebelum ini di laluan berkenaan yang hanya berada kira-kira 100 meter dari PSAS.

Tinjauan mendapati laluan maut itu lebih berbahaya bagi pemandu yang datang dari arah Behrang terutama pada waktu malam kerana tiada lampu jalan.


Justeru, penduduk dan pengguna berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera menangani laluan maut itu termasuk mencadangkan supaya PBT meluruskan jalan berkenaan.


Jika kerja meluruskan jalan memerlukan kos besar, mereka berharap PBT memasang lampu dan membuat papan tanda amaran kepada pengguna jalan raya.

Seorang penduduk yang berulang-alik dari Tanjung Malim ke Slim River, Mohd Rozaidi Ramli, 34, berkata, laluan berdekatan PSAS itu memang berbahaya terutama pada ketika hujan dan malam.


Katanya, ketiadaan lampu pada waktu malam di selekoh itu boleh mengundang kemalangan terutama pemandu yang pertama kali melalui laluan itu kerana mereka tidak sedar keadaan sebenar laluan itu.

“Ini kerana laluan itu agak bercerun dan kebimbangan lebih terasa setiap kali berselisih dengan kenderaan terutama lori besar yang dipandu laju,” katanya.


Beliau berkata, PBT juga perlu memasang papan tanda amaran sebagai ingatan kepada pengguna jalan raya sebelum laluan itu supaya pengguna berhati-hati dengan memperlahankan kenderaan ketika melalui laluan itu.


Katanya, rimbunan pokok di tepi jalan di sepanjang selekoh itu juga perlu ditebang dan diselenggara supaya pemandu yang datang dari arah Tanjung Malim dapat melihat dengan jelas kenderaan yang datang dari arah bertentangan.-METRO

PS-Seramnye tengok papan tanda ni, gambar hiasa  je tu..

Baca Lagi

3 May 2012

GADIS INILAH YANG MENANGIS DAN TERJUN KE DALAM SUNGAI TERKAPAI-KAPAI LEMAS DAN TENGGELAM ( SERAM )




KOTA TINGGI: “Saya terkejut melihat gadis itu terjun dan saya menjerit memintanya kembali ke tebing sungai.

“Namun, tidak lama kemudian, saya dan beberapa penduduk melihatnya terkapai-kapai dan tenggelam timbul sebelum hilang dari pemandangan,” kata pekerja pasar raya, Osman Abdullah, 54, semalam.


Osman berkata, kejadian itu berlaku jam 2.35 petang di Sungai Johor apabila dia yang berehat di sebuah astaka di situ terlihat seorang gadis berkulit cerah berjalan di air cetek sungai berkenaan seorang diri.

Menurutnya, pada awalnya dia dan beberapa penduduk menyangka gadis itu mahu mandi sungai, namun terkejut melihatnya terus berjalan di air cetek.


“Saya difahamkan beberapa penduduk melihat gadis itu menangis berlari ke sungai sebelum terjun di situ.


“Namun, air surut ketika itu, gadis yang berbaju berwarna putih dan berseluar pendek berjalan di air cetek sebelum hilang,” katanya yang menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

Sementara itu, seorang lelaki mengesyaki mangsa yang hilang di sungai itu anak perempuannya berusia 16 tahun tampil ke tempat kejadian bersama isterinya.


Lelaki itu, Liew Yoon Seng, 40, berkata anak perempuannya, Lee Man Ling yang belajar di tingkatan tiga didapati menghilangkan diri dari rumah.

Menurutnya, anak perempuannya itu juga gagal hadir ke sekolah, semalam.


“Saya bimbang dengan keselamatan anak sekiranya mangsa yang dikatakan terjun itu Man Ling.


“Kami berdoa supaya dia selamat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Mahazan Che Aik mengesahkan kejadian terbabit.


Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan gerakan mengesan mangsa dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat petang semalam.


Menurutnya, bagaimanapun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada mangsa terjun ke sungai terbabit mahu pun terdapat apa-apa unsur jenayah.


“Kami akan terus menjalankan usaha mengesan mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.-METRO

PS: Gambar atas sekali tu tak de kena mengena dengan cerita, sekadar hiasan je nak tarik traffik !! 

Baca Lagi

27 Apr 2012

' USTAZ INDON ' PUKAU WARGA EMAS SAPU LESAP RM8,000 (SERAM)



ALOR GAJAH: Niat murni seorang warga emas membantu warga asing menumpang tidur di rumahnya dibalas tuba apabila lelaki itu lesap bersama wang tunai mangsa berjumlah RM8,000 dalam kejadian di Kuala Sungai Baru, di sini.

Mangsa, Abd Rashid Jamal, 67, berkata, dia mengenali lelaki berusia 50-an itu pada Februari lalu melalui seorang rakannya.

“Saya mengenali lelaki itu yang mendakwa dirinya bomoh ketika menghadiri satu majlis kenduri di sebuah kampung. Dia meminta kebenaran menumpang tidur di rumah saya satu atau dua malam dan saya membenarkannya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sepanjang lelaki itu menginap di rumahnya, dia berasa pelik dengan kelakuan tetamunya itu.


“Pada malam pertama, saya terhidu bau kemenyan, namun tidak mengesyaki sesuatu. Seminggu selepas itu, saya terhidu lagi bau kemenyan dan mengintip perlakuannya.

“Saya melihat dia menjampi sesuatu dengan hanya berkain pelikat dan badannya dipenuhi tatu. Malah, dia turut menghiris jari manisnya hingga luka dan darah dititiskan di atas bara itu,” katanya. -METRO
Baca Lagi

23 Apr 2012

' BISIKAN MISTERI ' PUNCA PELAJAR UPSI BUNUH DIRI ( SERAM )



ANAK panah menunjukkan lokasi Fatimah terjatuh dari tingkat lima bangunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada Sabtu lalu. 

TANJUNG MALIM - Seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mendakwa diganggu bisikan misteri ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan E-Learning, kampus terbabit di sini kelmarin.

Kejadian menimpa Fatimah Mina Md. Juferi, 22, dipercayai atas dorongan suara bisikan misteri yang dialami pelajar terbabit sejak beberapa tahun lepas.

Dalam kejadian pukul 5.40 pagi hingga 6 petang itu, pelajar semester empat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di kaki lima bangunan yang terletak tidak jauh dari Pintu Masuk Timur UPSI.

Seorang rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali berkata, Allahyarham Fatimah sebelum ini dilihat mengalami kemurungan kerana mendakwa diganggu makhluk halus.

"Fatimah mengadu bisikan dan gangguan tersebut semakin kerap sejak beberapa bulan lalu," katanya ketika ditemui di UPSI di sini semalam.-kosmo
Baca Lagi

21 Apr 2012

' TOYOL BETINA ' DITANGKAP SEMASA MENCURI BUAH KELAPA (SERAM)



SUBANG JAYA: Dia gadis sunti yang masih bersekolah, namun cekap melakukan jenayah pecah rumah bersendirian dan disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes di Flat Sri Kayan, di sini, membabitkan kerugian mencecah ribuan ringgit.

Aktiviti remaja berusia 14 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup selepas memecah masuk dan mencuri kelapa di sebuah rumah penduduk flat berkenaan, jam 5 petang kelmarin.

Menurut sumber, penangkapan suspek yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini, sekali gus melegakan penduduk di flat berkenaan yang sebelum ini kebimbangan apabila 10 rumah penduduk di situ dipecah masuk sepanjang enam bulan lalu.

“Suspek yang bergerak sendirian mencuri apa saja barangan milik penduduk dan antara yang dilaporkan hilang termasuk wang, barang kemas, komputer riba dan kamera yang nilai keseluruhannya mencecah ribuan ringgit,” katanya.

Sumber itu berkata, remaja terbabit memiliki kemahiran membuka tingkap atau pintu rumah yang dikunci selain licik melalui celahan besi tingkap sempit.-metro
Baca Lagi