Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Showing posts with label KESIAN. Show all posts
Showing posts with label KESIAN. Show all posts

3 May 2012

( KES CULIK )NAYATI SHAMELIN DITEMUI DI R&R SUNGAI BULOH PUKUL 7.55 PAGI (KESIAN)



Kanak-kanak warga Belanda yang dilapor hilang minggu lepas dipercayai diculik, Nayati Shamelin Moodliar, ditemui dalam keadaan selamat di Rawang hari ini.

Nayati, 12, yang dilapor dilarikan dua lelaki berhampiran Sekolah Antarabangsa Mont” Kiara ketika berjalan berseorangan ke sekolahnya Jumaat lepas, kini berada di pangkuan ibu bapanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, Nayati ditemui selamat di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan (Plus), di sini pada pukul 7.55 pagi.

Beliau berkata, Nayati ditemui oleh orang awam yang kemudian memaklumkannya kepada polis.

"Kanak-kanak itu berada dalam keadaan selamat bersama keluarganya dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata polis masih meneruskan siasatan terhadap kes itu.

Polis Kuala Lumpur akan mengadakan sidang akhbar mengenai perkara itu pada pukul 3 petang ini. - BERNAMA

PS- Penculik tu kira baik hati juga , tinggal kat R&R  PLUS , senang orang nak jumpa, kalau dia tinggal kat hutan kelapa sawit nak buat camna ?
Baca Lagi

26 Apr 2012

' SIANG HAPRAK MALAM BERGAYA ' BEGITULAH GELAGAT ' PENGEMIS ' WARGA CINA DI KL ( KESIAN )



KUALA LUMPUR: Pada siang hari berpakaian koyak rabak dan berjalan seperti orang kelainan upaya (OKU) untuk meraih simpati orang ramai menghulurkan sedekah, namun pada sebelah malam berpakaian cantik serta boleh berjalan dengan baik tanpa sebarang kecacatan.

Itulah lagak beberapa lelaki warga China dipercayai sindiket pengemis warga asing yang bergiat aktif mengemis di sekitar ibu negara.


Bagaimanapun, kegiatan penipuan itu berjaya dihidu pihak berkuasa dan hasil aduan orang ramai yang berasa curiga dengan gelagat warga asing berkenaan, tiga daripada 'pengemis tipu' itu berjaya dicekup ketika sedang leka mengira 'hasil' mereka di sebuah premis di Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, di sini, Isnin lalu.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIMWPKL) kira-kira jam 11.30 malam selepas intipan dan pemantauan selama seminggu terhadap pergerakan kumpulan pengemis warga asing terbabit.


Penolong Pengarah JIMWPKL, James Musa Singa, berkata maklumat mengenai kegiatan kumpulan pengemis warga asing itu diperoleh daripada orang awam yang mendapati kumpulan terbabit hanya berlakon menjadi orang gelandangan dan OKU ketika keluar mengemis, sedangkan ketika berada di kediaman mereka berpakaian elok serta tidak cacat.


“Ketika serbuan dijalankan di premis kediaman mereka, penjaga premis enggan membenarkan penguat kuasa Imigresen masuk dan kami terpaksa memohon bantuan polis barulah penjaga premis yang juga seorang wanita tempatan membuka pintu.

“Ketika pemeriksaan di premis terbabit dilakukan, terdapat tiga lelaki warga China berpakaian comot dan separuh bogel didapati sedang leka mengira wang syiling hasil mengemis sekitar kawasan Brickfields, seorang wanita tempatan dipercayai penjaga premis turut berada di situ, namun dia tidak ditahan tetapi diberi notis untuk hadir ke pejabat JIMWPKL untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, ketiga-tiga lelaki warga China termasuk seorang kudung tangan kiri yang berusia 31 hingga 71 tahun itu, didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial, namun sudah tamat tempoh dan tinggal lebih masa.

Katanya, kumpulan pengemis berkenaan dipercayai didalangi individu tertentu atau sindiket yang bertanggungjawab membawa masuk 'pengemis tipu' itu bagi tujuan mengemis dan mendapatkan wang mudah hingga mencecah puluhan ribu sebulan.


“Jika benar warga asing berkenaan adalah pengemis, tidak mungkin mereka mampu datang ke Malaysia. Pihak Imigresen percaya kumpulan pengemis warga asing terbabit dibawa masuk ke negara ini oleh sindiket tertentu yang mungkin terdiri dari warga tempatan dan kumpulan ini beroperasi di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang,” katanya.-METRO
Baca Lagi

16 Apr 2012

TERKINI RUMAH PUSAKA TAN SRI P RAMLEE BAKAL DISITA KERANA GAGAL BAYAR CUKAI RM10,000 (KESIAN)



KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi tempoh seminggu kepada waris Allahyarham Tan Sri P Ramlee supaya membayar tunggakan cukai taksiran berjumlah RM10,000 bagi mengelak rumah pusaka Seniman Agung itu di Taman Setapak di sini, disita.

Arahan itu berdasarkan notis yang ditampal kakitangan DBKL di hadapan rumah berkenaan, Rabu lalu.

Rumah yang dibeli Allahyarham pada lewat 60-an dan pernah menjadi lokasi penggambaran filem arahannya, Gerimis (1968), kini didiami menantunya, Suria Bakar, 43, bersama dua cucunya.

Suria, isteri anak Allahyarham, Nasir Ramlee yang meninggal dunia empat tahun lalu, terkejut apabila menerima notis berkenaan Rabu lalu yang dilekatkan di hadapan rumahnya.

“Saya terkejut dan tidak pernah berniat untuk melarikan diri daripada membayar tunggakan cukai taksiran berkenaan.

“Sebenarnya saya tidak mampu hendak bayar. Selepas kematian suami, saya bersama dua anak lelaki yang masing-masing masih belajar di institusi pengajian tinggi hidup dalam kesempitan memandangkan kami tidak bekerja,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Beliau mengakui hujung tahun lalu, anaknya pernah ke DBKL untuk menyelesaikan masalah ini dan diberikan kelonggaran membayar ansuran RM200 sebulan.

Bagaimanapun, katanya mereka tiga beranak yang kini hidup dengan hasil bantuan Baitulmal RM400 sebulan, tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan yang ditetapkan DBKL itu.

“Saya amat tertekan dengan situasi ini, bukan niat untuk meraih simpati sesiapa, tetapi kami amat sedih kerana akan kehilangan satu-satunya rumah pusaka tempat kami tiga beranak berteduh,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap DBKL dapat mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulanan itu daripada RM200 kepada lebih rendah.-BHARIAN
Baca Lagi