Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

25 May 2012

( PELIK !! ) INILAH GAMBAR TASIK YANG AIRNYA TIBA-TIBA HILANG DALAM MASA SINGKAT !!


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


SANTIAGO, Chile - Dalam tempoh kurang 24 jam Tasik Cachet II di Dataran Tinggi Patagonia, selatan Chile 'ghaib' dengan hanya meninggalkan beberapa lopak besar dan kawasan dasar yang luas.

Air tasik berkenaan berasal daripada ais cair dari Glasier Colonia yang terletak di padang ais Patagonia Utara, sekitar 2,000 kilometer ke selatan ibu kota Chile, di sini.

Glasier berkenaan bertindak sebagai empangan yang menakung air tasik tersebut tetapi peningkatan suhu menyebabkan dinding glasier itu pecah sebanyak dua kali iaitu pada 27 Januari dan 31 Mac lalu.

Menjelang 2 April lalu, tasik seluas lima kilometer persegi bertukar kontang.

Sejumlah 200 juta liter padu air Tasik Cachet II mengalir ke dalam sungai berhampiran, Sungai Baker.

"Apabila kami bangun, kami terkejut melihat lembah di bawah kami dibanjiri air dan ketulan ais," kata seorang pembantu penyelidik, Daniela Carrion.

Saintis berkenaan melakukan kajian di kawasan sekitar tasik Cachet II bersama sekumpulan penyelidik apabila tasik tersebut kering. - AFP



Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

Cik Nas :) said...

hye arau blogger :) nice info..klau nak dpatkan info baru boleh dtg sini jugak :) insyaallah bleh tkar2 pandangan..

Arau Blogger said...

hy cik nas boleh lah kita kongsiberita

Post a Comment