Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

17 May 2012

( TERKINI )CHEF WAN TERJATUH SEMASA KELAS MEMASAK SAMPAI TERKOYAK OTOT PEHA KENA GUNA TONGKAT UNTUK BERJALAN


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Chef selebriti terkenal Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mengalami kecederaan pada otot paha kanannya selepas tergelincir semasa mengendalikan kelas memasak di Malaysian Women Weekly Cookery Club pada Sabtu lalu.

Chef Wan berkata, kejadian berlaku apabila dia terpijak minyak masak yang tumpah di lantai dan lupa dilapkan oleh pembantunya.

"Kadang-kadang kejadian yang berlaku tanpa kita duga kerana terlalu sibuk fokus pada masakan sehingga terlupa tentang keselamatan.

"Alhamdulillahlah keadaan saya tidak terlalu serius cuma otot pada bahagian paha koyak sedikit akibat kejadian itu dan saya hanya perlu banyak berehat buat masa ini," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, akibat kejadian itu pahanya telah membengkak dan beliau terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan.

"Saya ni seorang yang tidak reti untuk duduk diam dan apabila perlu menggunakan tongkat untuk berjalan saya rasa kekok.

"Tetapi nasihat doktor perlu dipatuhi yang mengarahkan saya supaya perlu berehat selama enam minggu sebelum kembali bekerja," ujarnya.

Mengakui tidak mahu terlalu memanjakan diri yang sakit, Chef Wan memberitahu, dia tetap melakukan pelbagai aktiviti bagi mengelakkan dirinya bosan ketika di rumah.

"Saya banyak membuat menu baru dan beberapa aktiviti lain yang tidak perlu melibatkan pergerakan yang banyak supaya tak bosan," katanya.

Sementara itu, Chef Wan berkata, dia juga terpaksa menyusun semula jadualnya terutama sekali untuk rakaman program masakan bagi bulan Ramadan yang telah dipersetujui sejak awal dan beberapa kemunculan lain di luar negara.

Beliau bernasib baik kerana semua pihak memahami keadaannya kini dan sanggup menukar jadual tersebut sehingga dia pulih sepenuhnya.

AB-kekadang malang tidak berbau !!

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

Spudin said...

aiyooo..apa dah jadi nie chef wan ....mujur tak teruk kan..tapi kena guna tongkat jugak ..nah udang galah SP bagi ..

Arau Blogger said...

Ni kes malang tak berbau !!

Post a Comment