Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

13 May 2012

' SAYA BANGGA DENGAN SURIA FM ' KATA LINDA ONN SELEPAS TIGA TAHUN BERSAMA SURIA FM


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Penyampai radio Linda Onn mengakui dia berasa bahagia kerana dapat membawa perubahan dan peningkatan kepada stesen radio Suria FM selepas hampir tiga tahun menyertainya.

Pemilik nama sebenar Rozlindah Onn, 34, berkata peningkatan jumlah pendengar keseluruhan secara mendadak iaitu 2.9 juta pendengar berbanding 2.3 juta pada tahun lalu, membuktikan kerja keras mereka semakin membuahkan hasil.

“Saya bangga dan gembira dengan pencapaian yang dikecapi Suria FM. Segala usaha dan kerja keras kami untuk menarik lebih ramai pendengar semakin membuahkan hasil,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Keputusan liputan pertama 2012 bagi pengukuran pendengar radio Nielson yang dikeluarkan baru-baru ini, mendapati segmen Ceria Petang di Suria kendalian Linda mengungguli slot petang di kalangan stesen radio swasta dengan peningkatan sebanyak 25 peratus iaitu 1.5 juta pendengar.

Linda berkata, sejak peningkatan jumlah pendengar itu dia dapat merasai semula pengalaman ketika bertugas di stesen-stesen radio sebelum ini.

“Ketika menyertai Suria FM kira-kira tiga tahun lalu, pendengarnya tidak begitu ramai, kira-kira 690 ribu saja. Namun, ia tidak melemahkan semangat saya untuk berusaha menarik pendengar seramai yang mungkin.

“Alhamdulillah, kini kami semakin meningkat dan mencecah 1.5 juta pendengar bagi segmen petang. Saya dapat merasai semula kemeriahan berada di konti seperti di stesen-stesen radio sebelum ini,” kongsinya.

Ditanya mengenai perkembangan kerjayanya di Suria FM, Linda berkata sokongan dan kepercayaan warga kerja stesen itu membuatkan dia sudah lupa pada kisah pahit yang dialami di beberapa stesen radio sebelum ini.

“Keluarga Suria FM membuatkan saya bahagia dan gembira di sini. Saya dapat melupakan memori hitam yang saya lalui ketika berada di stesen-stesen radio sebelum ini.

“Mereka (Suria FM) sentiasa memberikan kepercayaan dan kebebasan kepada saya untuk menarik lebih ramai pendengar,” ujarnya.

Sebelum ini, pada Disember 2008 Linda pernah dipindahkan ke radio Sinar FM daripada Era FM tanpa alasan yang kukuh sehingga menyebabkan penyampai itu berasa tawar hati dan terkilan dengan pengurusan radio Airtime Management & Programming (AMP).

Susulan itu, Linda menerima lamaran Suria FM dan mula berkhidmat untuk slot petang bermula Januari 2010.-MSTAR

Araublogger-tahniah le Linda , saya pun suka Suria FM  segmen Ceria Petang   , nak jadi ' abang lori ' pulak!!

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment