Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

17 May 2012

NAHAS SUKHOI SUPERJET 100 : KOTAK HITAM TELAH DITEMUI


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


JAKARTA 16 Mei - Selepas memasuki hari ketujuh, akhirnya kotak hitam pesawat komersial Sukhoi Superjet 100 yang terhempas di Gunung Salak minggu lalu ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat, semalam.

Penemuan itu bakal membongkar ‘misteri’ bagaimana pesawat buatan Rusia yang sedang melakukan penerbangan demonstrasi itu terhempas dan mengorbankan kesemua 45 penumpangnya.

Ketua Suruhanjaya Keselamatan Kebangsaan, Tatang Kurniadi, hari ini berkata, kotak hitam itu ditemui di dalam gaung sedalam 500 meter dalam keadaan berkecai dan terbakar teruk.

Menurutnya, ia mengandungi rakaman suara dan data pesawat, namun alat kedua yang dapat membantu siasatan masih belum ditemui.

Sekumpulan pakar dari Indonesia dan Rusia sedang menganalisis rakaman suara di dalam kotak hitam itu di sebuah makmal di Jakarta, katanya.

“Kami sangat berharap mampu merungkai perbualan terakhir antara juruterbang dan pembantunya serta kawalan trafik udara," kata beliau.

Pesawat tersebut melakukan penerbangan demonstrasi dari sebuah lapangan terbang tentera di Jakarta pada Rabu minggu lalu membawa sekumpulan pembeli berpotensi dan juga wartawan, sebelum ia melanggar Gunung Salak yang terletak di kawasan pergunungan di Bogor.

Serpihan pesawat dua enjin itu bertaburan di sekitar lereng bekas gunung berapi itu dan menyukarkan kerja-kerja menyelamat berikutan keadaan hutan yang tebal dan curam. - AGENSI

AB-kotak hitam adalah peralatan penting untuk mengetahui sebab kapal terbang jatuh

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment