Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

17 May 2012

SHAH RUKH KHAN CETUS PERGADUHAN DI STADIUM KRIKET KINI DISIASAT POLIS


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


MUMBAI: Bintang filem Bollywood, Shah Rukh Khan berhadapan dengan siasatan polis ekoran kekecohan yang berlaku antaranya dengan para pengawal keselamatan di Stadium Kriket, Wankhede Mumbai, Rabu lalu.

Bintang itu juga turut diharamkan daripada menjejakkan kaki ke stadium berkenaan seumur hidup akibat kekecohan tersebut.

Shah Rukh, 46, yang merupakan pemilik bersama pasukan Liga Perdana Kriket India, Kolkata Knight Riders, didapati membawa sekumpulan remaja termasuk anak perempuannya Suhana turun ke padang Stadiumberkenaan selepas berlangsungnya satu perlawanan pada malam Rabu.

Pengawal-pengawal keselamatan cuba menghalang mereka daripada memasuki padang berkenaan menyebabkan berlakunya pertengkaran selama 10 hingga 15 minit sebelum beliau meninggalkan stadium berkenaan.

Kejadian itu turut dirakamkan oleh jurugambar agensi berita AFP.


"Pihak keselamatan stadium telah menasihatinya supaya segera meninggalkan padang tetapi Shah Rukh Khan sebaliknya cuba mencetuskan pergaduhan," kata Setiausaha Persatuan Kriket Mumbai (MCA) Nitin Dalal.

Menurut Dalal lagi, Shah Rukh Khan dan kumpulannya telah memasuki padang permainan sejam setengah selepas perlawanan tamat kerana ingin bermain kriket dengan kumpulannya itu.

"Para pegawai memaklumkan kepadanya ini bukanlah masa yang sesuai untuk berbuat demikian tetapi malangnya pelakon itu menunjukkan sikap yang tidak sepatutnya malah menggunakan perkataan yang tidak wajardidengar," katanya.

Sehubungan itu, Dalal mengesahkan bahawa pihak MCA telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan memutuskan untukmengharamkan Shah Rukh daripada menghadiri sebarang perlawanan kriket di Stadium Wankhede pada masa hadapan.

"Kami telah memutuskan untuk tidak membenarkan dia memasuki stadium ini lagi, untuk apa-apa perlawanan kriket pun," kata Bendahari MCA, Ravi Savant.-MSTAR

AB-jadi public figure ni memang susah ade-ade je masalah , kadang2 kecik punya hal pun jadi besar !!


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment