Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

13 May 2012

' DITIMBUS HIDUP-HIDUP ' DATUK DAN BAYI MAUT SELEPAS KERETA DIHAMPAP DAN DITIMBUS LORI TANAH


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


BATU PAHAT: Seorang bayi 10 bulan dan datuknya maut selepas kereta mereka dihempap dan ditimbus tanah yang dibawa sebuah lori dalam kemalangan yang turut membabitkan dua lagi kereta di persimpangan lampu isyarat Kilometer 1 Jalan Labis-Yong Peng, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, kereta yang membawa bayi, Guan Wei Sheng dan lima ahli keluarga termasuk datuknya dan dua lagi kereta itu dalam perjalanan ke Segamat.

Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata lori tanah dari arah Segamat itu seda ngmembelok ke kiri menghala Paloh setibanya di persimpangan lampu isyarat apabila pemandunya hilang kawalan dan terbabas menyebabkan tanah yang dibawa menghempap tiga kereta dari arah bertentangan.
“Semua sembilan pemandu dan penumpang tiga kereta dikejarkan ke Hospital Batu Pahat,” katanya.

Bagaimanapun, bayi yang dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru meninggal jam 11 pagi semalam manakala datuknya meninggal jam 1 pagi semalam.

Ahli keluarga bayi termasuk bapa, ibu, nenek serta abangnya berusia lima tahun masih dirawat di Hospital Batu Pahat bersama empat lagi mangsa.-BHARIAN

Araublogger-takut juga dok ikut lori bawa muatan berat ni !!



Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment