Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Showing posts with label KES CULIK. Show all posts
Showing posts with label KES CULIK. Show all posts

25 May 2012

( TERKINI ) AMBIL ANAK KAT SEKOLAH KENA TUNGGU 2 JAM SUSULAN KES NAYATI KENA CULIK




 Niat murni pengurusan sebuah sekolah antarabangsa di sini mengetatkan kawalan keselamatan demi melindungi pelajar daripada menjadi mangsa jenayah terutama penculikan bertukar sebaliknya apabila ibu bapa terpaksa menunggu dua jam untuk mengambil anak mereka.

Kawalan ketat di sekolah berkenaan bermula sejak penculikan Nayati Shamelin Moodliar, 12, penuntut sekolah antarabangsa di Bukit Kiara pada 28 April lalu.


Pihak pengurusan sekolah berkenaan mengambil langkah drastik dengan membuka satu pintu untuk mengambil dan menurunkan pelajar.

Malah, setiap ibu bapa dan penjaga yang mahu mengambil anak mereka perlu beratur untuk masuk ke sekolah dan tidak boleh lagi berjalan sebaliknya perlu menggunakan kenderaan masing-masing yang disertakan pengenalan berbentuk pelekat.


Ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk Lee, 42, berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah pengurusan sekolah yang didakwa tidak berbincang mahupun mendapatkan pandangan ibu bapa sebelum melaksanakan sistem keselamatan baru. “Kami diberitahu pengurusan menukar sistem baru ini menerusi e-mel lebih dua minggu lalu dan tiga hari kemudian mereka menukar semua laluan masuk untuk mengambil pelajar, malah kami tidak lagi dibenar mengambil secara ‘walk in’.


“Setiap ibu bapa atau penjaga perlu masuk sekolah menggunakan kenderaan dan hanya satu pintu masuk dibuka, malah kami menunggu lebih lama daripada sepatutnya.

“Sebagai bantahan, satu memorandum ditandatangani 150 ibu bapa sudah dihantar minggu lalu, tetapi pihak sekolah langsung tidak mengambil tindakan. Kami mahukan dialog bagi membincangkan perkara ini,” katanya.-metro

AB- tu dia ketatnya kawalan keselamatan sekolah !!
Baca Lagi

18 May 2012

EDISI SIASAT !! ' KES CULIK TERBARU ' BUDAK SEKOLAH BARU TURUN DARI BAS KENA CEKUP MUJUR DIA GIGIT TANGAN PENCLIK TU !!




KUALA LUMPUR: Satu lagi kejadian cubaan menculik berlaku di sekitar ibu kota kelmarin, menjadikannya kes culik keenam sepanjang tahun ini dengan dua daripada mangsa dilarikan kumpulan penculik termasuk kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar.

Dalam kebanyakan kes, kumpulan penculik menggunakan van dan empat daripada enam kes itu membabitkan van putih.

Dalam kejadian terbaru jam 3.30 petang kelmarin, seorang remaja lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Rajan, 14, lolos daripada cubaan menculiknya apabila dia nekad menggigit tangan seorang daripada enam lelaki yang ketika itu menekup mulutnya.

Kejadian berlaku ketika Rajan yang pulang dari sekolah baru turun dari bas awam di perhentian bas di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam, di sini, dan berjalan untuk ke rumahnya kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

“Sebaik turun daripada bas, saya berjalan ke rumah menggunakan lorong bahagian belakang blok bangunan kedai berdekatan rumah sebelum ternampak seorang lelaki berambut panjang berdiri berdekatan perhentian bas.


“Tidak lama kemudian, lelaki itu mengekori saya sebelum sebuah van putih yang diletakkan 200 meter dari perhentian bas bergerak menghampiri saya.

“Tiba-tiba lelaki berambut panjang itu menerpa ke arah saya dan menekup mulut dari arah belakang. Dia kemudian memegang tali beg sekolah dan menarik saya ke arah van putih,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.-metro

AB-budak besar umur 14 tahun pun kena culik !!
Baca Lagi

16 May 2012

LAGI KES CULIK !! IBU CEMAS SEKETIKA ANAKNYA DICULIK KENALAN IBU !!




BUKIT MERTAJAM - Seorang ibu mengalami detik mencemaskan apabila anak perempuannya yang berusia sembilan tahun diculik seorang kenalan wanitanya selama hampir 12 jam.
Dalam kejadian tengah hari kelmarin, V. Kareda, 32, menyedari anaknya, T. Purani tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan.
Kareda yang ditemui semalam berkata, anaknya yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Khir Johari di sini, sepatutnya pulang ke rumah menaiki sebuah van sekolah tetapi sehingga pukul 3 petang hari kejadian, Purani masih belum tiba.
"Selepas ibu saya beritahu yang Purani belum lagi pulang, saya pergi bertanya pemandu van berkenaan dan diberitahu anak saya telah dijemput seorang wanita yang menaiki kereta jenis Proton Saga berwarna hitam di hadapan sekolah.
"Saya percaya anak saya telah dilarikan oleh seorang rakan yang saya kenali," katanya dengan memberitahu Purani merupakan anak keempat daripada lima beradik.
Jelasnya, dia percaya rakannya itu melarikan anaknya disebabkan dendam kerana dia pernah memarahi wanita itu sebelum ini.

AB- lagi kes culik , tak habis2 !!
Baca Lagi

3 May 2012

NAYATI TEMUI RAKAN SETELAH DIBEBASKAN PENCULIK




Bertemu rakan sekolah dan membuat pemeriksaan perubatan adalah antara aktiviti Nayati Shamelin Moodliar dan keluarganya selepas beberapa jam dibebaskan penculik hari ini.

Biarpun enam hari trauma akibat diculik, Nayati kelihatan sudah mampu tersenyum dalam gambar bersama rakan sekolahnya yang dirakamkan oleh bapanya, Shamelin Moodliar dan disiarkan di laman Twitternya, Sham Moodliar.

Gambar Nayati diambil sedang berjalan pulang bersama rakan sekolahnya dari Sekolah Antarabangsa Mont' Kiara, yang terletak berdekatan rumahnya di Mont Kiara Ten, di sini.

Dalam gambar terbarunya, Nayati, bertopi dan memakai t-shirt berwarna hijau sambil berpegangan tangan dengan rakan-rakannya.

"Nayati memilih untuk berjalan ke rumah," kata bapanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana usaha pasukan itu membawa anaknya pulang.

Nayati, 12, dilapor hilang dipercayai diculik dua lelaki berhampiran Sekolah Antarabangsa Mont' Kiara ketika berjalan berseorangan ke sekolahnya Jumaat lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata Nayati ditemui selamat di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan (Plus), di sini pada pukul 7.55 pagi selepas keluarganya membayar wang tebusan semalam.

Polis kini sedang memburu penculik Nayati itu dengan menubuhkan satu pasukan khas untuk menanganinya.

Moodliar berkata Nayati ingin ke sekolah dengan secepat mungkin dan dalam pertemuan itu dengan rakannya, Nayati memeluk rakan dan gurunya.

"Semangat Nayati sangat kuat. Beliau meminta untuk ke sekolah dengan segera," kata ayahnya.

Terdahulu, Moodliar berkata anaknya juga telah menjalani pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada sebarang kecederaan. - Bernama

PS-Rindu dengan rakan-rakan kot
Baca Lagi

NAYATI SHAMELIN BUDAK YANG KENA CULIK TU DAH DIJUMPAI SEMULA ( KES CULIK )



Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar, warganegara Belanda yang diculik minggu lalu, ditemui selamat pagi ini di kawasan Hentian Rehat & Rawat Sungai Buloh, Rawang.

Polis mengesahkan Nayati ditemui kira-kira 7.55 pagi.

Dalam kenyataan dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook kira-kira jam 10 pagi tadi, keluarga Nayati berkata:

"Kami gembira untuk memberitahu bahawa Nayati sudah pulang ke rumah dan meskipun ia detik yang sangat traumatik bagi dirinya, dia kelihatan berada dalam keadaan baik."

Dalam pada itu, Facebook Polis Diraja Malaysia menyebut, "kanak-kanak lelaki yang dilapor hilang dipercayai diculik minggu lepas, Nayati Shamelin Moodliar, dijumpai di Rawang hari ini."

"Pengesahan berita tersebut dibuat oleh Datuk Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur," kata kenyataan ringkas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak 27 April lalu di hadapan Mount Kiara International School, telah ditemui di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh.

"Kanak-kanak tersebut kini berada dalam keadaan selamat bersama keluarganya dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Pihak polis masih lagi meneruskan siasatan lanjut berkaitan kes ini," katanya dalam satu kenyataan.

Oleh kerana penculikan Nayati tertakluk kepada siasatan yang dijalankan, keluarganya berkata, pihaknya tidak berhak untuk mendedahkan sebarang maklumat berkaitan.

Keluarganya juga berkata akan mengadakan satu sidang media khas esok.

Keluarga itu berkata, mereka gembira dan menghargai sokongan padu yang diterima daripada rakan-rakan di Kuala Lumpur dan seluruh dunia.

"Tiada kata-kata yang boleh digambarkan bagi menunjukkan tanda terima kasih dan kami tidak akan melupakan segala sokongan mereka.

"Kami juga sangat menghargai sokongan moral dan kerjasama yang diterima daripada Kedutaan Belanda melalui wakilnya iaitu Paul Bekkers," kata keluarga itu sambil menambah, "dengan bantuan yang diberi ini, kami mampu menangani sedikit masalah teknikal."

"Kami juga ingin berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia terutamanya kepada Polis Diraja Malaysia.

"Keutamaan yang mereka berikan dari mula hingga selamat kembali Nayati dan juga penjagaan yang rapi tidak memberi apa-apa yang boleh menjejaskan keselamatannya. Kami sangat gembira dan akan terus tinggal di negara yang harmoni ini," kata keluarga.-SINAR
PS: NASIB BAIK JUMPA BALIK KALAU TIDAK JADI MACAM NURIN, SHARLENE DAN DIRANG
Baca Lagi

TERKINI KES CULIK BUDAK LELAKI : NAYATI KINI SELAMAT DITEMUI (KES CULIK )



KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki yang dilapor hilang dipercayai diculik minggu lepas, Nayati Shamelin Moodliar, 12, dijumpai di Rawang hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama hari ini, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Media melaporkan kanak-kanak lelaki warga Belanda itu dilapor hilang dipercayai diculik ketika berjalan kaki berseorangan ke Sekolah Antarabangsa Mont Kiara di sini, kira-kira pukul 7 pagi Jumaat lepas.

Nayati, yang memakai pakaian seragam sekolahnya dikatakan dilarikan oleh dua lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Gen 2 berwarna hitam. - BERNAMA

PS- ini lah kes pertama mangsa culik ditemui selamat , sebelum ni semua ditemui mati.
Baca Lagi