Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

25 Sept 2012

Bajet 2013 : Sanggupkah anda kerja lebih masa kalau semua tuntutan Ceupacs dipenuhi ?


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Berikut antara 6 tuntutan Cuepacs :

1.Kerajaan harus mewajibkan pemaju membina 35 peratus rumah mampu milik bernilai antara RM60,000 hingga RM150,000. Ia bagi memastikan lebih ramai rakyat termasuk kakitangan awam dapat membeli rumah di kawasan bandar kerana jika jarak pergi balik dari kediaman ke tempat kerja lebih 100 kilometer, ia tidak relevan dan tidak praktikal.
  
2.Pemberian bonus dua bulan gaji.
   
3. Menyambung kontrak lebih 45,000 kakitangan awam yang akan tamat pada 31 Disember ini.
   
4.Mengkaji semula imbuhan tetap perumahan. Cuepacs juga menggesa kerajaan agar mengkaji imbuhan tetap perumahan serta inisiatif kakitangan awam di Sabah dan Sarawak yang disifatkan sudah tidak relevan.
   
5. Mewujudkan semula Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat Persekutuan.
   
6. Penambahbaikan sistem perkhidmatan sekarang berikutan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) baru-baru ini.

Cerita atas aku dapat dari sini , Harrazdani blog  tah betul tah tidak .

Dan terbaru aku dapat dari Facebook , tuntutan terbaru Ceupacs , gambar kat bawah ni ,

Setakat ini terdapat 80,000 pembantu tadbir yang dikelompokkan dalam kumpulan sokongan kerajaan. Boleh kami katakan angka yang cukup besar. Adakah anda juga salah seorang yang tergolong dalam kelompok ini?

    1) Mencadangkan gred minimum N17 pembantu tadbir dikaji semula sejajar perubahan tuntutan tugas dan cabaran golongan itu, selain peningkatan taraf hidup rakyat.

        Kajian semula gred minimum N17 bermakna kelompok itu akan menerima kenaikan gaji pokok yang kini dibayar RM926.60 sebulan
        Begitu juga gred (minimum) jawatan jururawat juga U19, jadi (gred bagi jawatan) pembantu tadbir kerajaan juga perlu dikaji semula

    2) Membuka ruang kenaikan pangkat golongan itu daripada gred maksimum N26 kepada gred bersepadu N42

        kenaikan gred bersepadu memberi  mereka peluang kenaikan pangkat gred bersepadu yang mengambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan kepada organisasi tanpa  perlu merujuk kepada kelulusan akademik


        Maknanya (bagi gred bersepadu) tak perlu ada ijazah atau diploma tetapi ambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan. Namun, bukan semua  boleh dapat gred ini, hanya mereka yang layak sahaja

    3) Mencadangkan gelaran jawatan itu ditukar kepada pegawai kerani atau pegawai hemat tadbir bagi melambangkan peranan kelompok itu selaku kumpulan sokongan yang melicinkan urusan pentadbiran (cadangan picisan seperti ini, bagi kami tidak perlu difikirkan tidak mengapa. Fikirkan cadangan dan tuntutan yang lebih penting daripada ini)
  petikan dari Beritasemasa.com

Dari petikan di atas , pemahaman aku , nampak gaya gred maksimum pembantu tadbir  bukan N26 lagi  tapi sekarang N42 , ha ha tak yah buat degree lah macam tue , tunggu kenaikan je dah boleh naik sampai gred 42. Marah le nanti orang yang berhempaspulas buat degree , orang keje lama pun boleh naik sampai gred degree.

Kalau  semua tuntutan Ceupacs di atas tu dipenuhi , atau 70 peratus dipenuhi , Ceupacs nak janji kita keje lebih masa . Mak aii , sekarang ni kita tak keje lebih masa ke ? kalau ada event sampai lewat petang tu tak keje lebih masa ke  , yang tue macam mana ? Tentang datang awal 15 minit tue isshhk tak tau nak cakap le , memang aku bukan jenis datang awal , kalau puch card kol 8 pagi tue , aku akan sampai 7.59 pagi ha ha , lepas tue Ceupacs kata nak kena balik lewat 15 minit , boleh ka , tadika anak kalau lewat denda seringgit macam mana tue ?  Tengok janji-janji Ceupacs kepada kerajaan kalau 70 peratus tuntutan dipenuhi bawah ni , sumber dari sini Blog Ceupacs

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata lebih 1.4 juta penjawat awam sedia bekerja lebih masa jika 70 peratus daripada enam cadangannya dilulus kerajaan dalam Belanjawan 2013.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam akan bekerja lebih masa selama 30 minit tanpa ganjaran jika tuntutan mereka termasuk penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) diterima kerajaan.


"Cuepacs akan pastikan penjawat awam akan melakukan satu perubahan drastik dari segi budaya bekerja, kalau boleh kita datang 15 minit awal dan balik lewat 15 minit yang merupakan komitmen daripada penjawat awam bagi menghargai jasa kerajaan meluluskan tuntutan tersebut," katanya kepada pemberita Rabu.


Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Cuepacs ke-9 di sini, berkata penjawat awam masih menunggu perubahan dan penambahbaikan ke atas SSM setelah diumumkan pada 8 Mac lepas, susulan pembatalan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam.


Tuntutan lain ialah penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan; projek perumahan di bawah harga RM135,000 dalam kawasan bandar; menaikkan imbuhan tetap perumahan; kedudukan status 45,000 penjawat awam berstatus kontrak; bonus dua bulan gaji dan mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat.



Apa pendapat anda ?
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment