Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

24 Sep 2012

Nenek bangga gemggam ijazah pada usia 66 tahun


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Jarang dengar warga emas sanggup nak buat ijazah lagi , waktu tu pun dah nyanyuk dah tak ingat apa dah , ingatan pun semakin lemah , tapi kali ni ada warga emas yang sanggup buat ijazah , ...

Tekad untuk menggenggam ijazah yang diimpikan sejak usia muda menjadi dorongan kuat seorang nenek, Derisah Maarof, 66, menghabiskan masa enam tahun untuk bergelar siswazah.

Lebih manis lagi, kegembiraan menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) kali ke-46 semalam, dikongsi bersama anak keduanya, Mohd. Idzuan Razali, 34, yang turut menamatkan pengajian di USM dengan menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan.

Sepanjang bergelar pelajar, Derisah berkata, dia bersama anaknya dibenarkan mengikuti pengajian secara dalam talian dan video di rumah mereka di Ampang, Kuala Lumpur sebelum menghabiskan masa selama dua minggu pada semester akhir di USM.

Ibu enam anak dan nenek kepada tiga cucu itu memberitahu, dia mendapat dorongan keluarga untuk menyambung pelajaran walaupun menghadapi pelbagai dugaan sepanjang pengajian termasuk kematian suami dua tahun lepas.

Aku ? tah bila nak buat ijazah , cukup setakat Diploma kot , tapi kalau kalau ada orang nak taja , why not ?
Sumber

nenek bangga terima ijazah pada usia 66 tahun

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

3 comments:

hainom OKje said...

Seonok tengok orang belajo ni kan!!! lagi-lagi nenek tu!! Respect betul!!!

Cik Tie@Akak said...

seronok rasanya...dulu masa hubby akak ajak sambung blaja akak tolak..alasan..kesian anak2 kecil lagi..skrng rasa menyesal pulak...
akak dah lama follow abg Cik..:))

arau blogger said...

nak sambung belajar bukan tak nak , takut jadi perhiasan je ijazah tue

Post a Comment