Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

8 Sept 2012

Al-Fatihah : Jenazah Pelajar Malaysia Maut Di Rusia Selamat Dikebumikan


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Al-Fatihah .....

Jenazah dua pelajar Malaysia iaitu Adzreen Dimyati dan Hanisah Muhd Shah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Rusia, Ahad lepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10.05 malam Jumaat dengan pesawat Emirates Airlines dari Dubai.

Salah seorang jenazah, Adzreen iaitu pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kemudiannya terus dibawa ke Surau Al-Iman Presint 9 untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20.

Manakala difahamkan jenazah seorang lagi mangsa yang menerima tajaan Mara, Hanisah dibawa ke kampungnya di Dungun, Terengganu.

Sebelum itu, suasana di Surau Al-Iman Presint 9 diselubungi hiba sebaik sahaja jenazah Adzreen tiba kira-kira pukul 12.40 tengah malam untuk disembahyangkan.

Kira-kira 200 orang ramai termasuk keluarga, jiran dan kenalan mangsa berkumpul sejak awal menunggu jenazah tiba dari Dubai.

Selepas disembahyangkan, jenazah Adzreen dibawa untuk dikebumikan dan tiba di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 pada pukul 1.34 pagi Sabtu.

Kira-kira pukul 1.50 pagi, jenazah Adzreen selamat dikebumikan.

Sementara itu, ibu saudara mangsa, Datuk Rebe'ahtul A. Abbas ketika ditemui selepas upacara pengebumian selesai mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan dan semua yang terlibat dalam mengendalikan urusan membawa pulang kedua-dua jenazah dari Russia.

"Saya mewakili ibu bapa arwah Adzreen mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat.

"Maaf, kedua ibu bapa mangsa masih belum bersedia untuk bertemu media. Mereka menerima kejadian ini dengan redha, tapi masih terkejut mengenainya," katanya ringkas.

Dalam kemalangan Ahad lepas, Adzreen dan Hanisah maut manakala lima lagi pelajar cedera apabila van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van lain.

Adzreen meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala Hanisah maut di tempat kejadian.

Lima lagi pelajar Malaysia yang menaiki van bersama Adzreen dan Hanisah, cedera dan menerima rawatan di sebuah hospital di Vladimirskaya.

Mereka ialah Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd. Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza Abdul Raza.

Kesemua mereka adalah pelajar Tahun 5 di Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod dan sedang dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny selepas pulang bercuti di Malaysia ketika kemalangan maut itu berlaku.

Mari kita ramai-ramai sedekah Al-Fatihah untuk mereka ....
Petikan dari mstar.com.my

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment