Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

27 Sept 2012

Sepandai tupai melompat , suspek kes tempak pengawal keselamatan diberkas


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Persembunyian seorang lelaki yang disyaki menembak mati rakan setugasnya sebelum merompak wang sebanyak RM1.23 juta tidak ke mana apabila dia akhirnya diberkas selepas lebih tujuh hari hidup bagaikan pelarian di Thailand.

Pengawal keselamatan berusia 25 tahun yang sebelum ini diburu bagi membantu siasatan kes itu diberkas pada pukul 11 pagi kelmarin di kawasan bukit di Kampung Syed Omar, Kangar, Perlis dalam keadaan letih dan tidak bermaya kerana kebuluran.
sebahagian duit 1.23 juta yang ditemui semula


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, sebelum ditangkap, suspek dipercayai merancang untuk melarikan diri ke Thailand buat kali kedua melalui Perlis.

Katanya, dengan tertangkapnya suspek utama itu, pihaknya menganggap kes seorang pemandu van keselamatan, Hasnol Hafiz Saad, 28, yang ditemui mati dengan empat kesan tembakan di dada di Jalan Tekah-Aulong di sini pada 18 September lalu sebagai selesai.
sumber
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment