Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

7 Sep 2012

Nelayan disangka lemas rupanya selamat , buat layar pada bot ..


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Di Melaka, nelayan disangka lemas rupanya selamat ...

Dua nelayan yang disangka lemas selepas hilang sembilan jam di tengah laut, tiba-tiba muncul di Pantai Puteri, Tanjung Minyak di sini, tengah malam semalam.

Tekong bot, Ramli Mahadi, 48, dari Pantai Rombang dan awak-awaknya, Supian Kadir, 32, dari Pantai Kundor, pulang ke pantai jam 12.10 tengah malam menggunakan layar diperbuat daripada kanvas.


Ramli berkata, dia terpaksa menggunakan alternatif itu selepas botnya kehabisan minyak dan terkandas pada jam 3 petang ketika dalam perjalanan pulang selepas menangkap ikan, 25 batu nautika dari pantai.

“Ketika bot kehabisan minyak, saya cuba mengambil minyak simpanan dalam tong yang biasanya diletakkan di bahagian bawah, namun tiada kerana tertinggal di tepi pantai.


“Dengan keadaan ribut sederhana di laut dan tiupan angin yang agak kuat, saya menggunakan kanvas untuk membuat layar untuk membolehkan bot ini bergerak ke pantai,” katanya.



Menurutnya, dia keluar ke laut bersama Supian pada jam 6.30 pagi dan kebiasaannya pulang pada jam 4 petang.

Katanya, layar itu dibuat berdasarkan pengalamannya lebih 30 tahun sebagai nelayan dan sudah beberapa kali tersangkut di tengah laut kerana mengalami masalah kerosakan enjin.

“Kami tidak panik dan takut kerana sebagai nelayan perlu berani serta menggunakan akal mengatasi sebarang masalah. “Ini kali ketiga saya tersangkut di tengah laut dan dua daripadanya kerana kerosakan enjin,” katanya.

Kehilangan mereka disedari peraih, Baharudin Masaah, 45, yang setiap hari menunggu hasil tangkapan mereka.

Baharudian berkata, kebiasaannya Ramli dan Supian pulang ke pantai membawa hasil tangkapan kira-kira jam 4 petang.

“Petang tadi (kelmarin) saya tunggu mereka tidak pulang dan kira-kira jam 4 petang saya menghubungi telefon bimbit Ramli, namun isterinya yang menjawab kerana telefon itu ditinggalkan di rumah,” katanya.

Menurutnya, kebimbangannya mengenai keselamatan tekong dan awak-awak itu bertambah selepas melihat tong minyak diletakkan di tepi pantai.

Katanya, dia meminta bantuan nelayan lain mencari mangsa di tengah laut.

“Bagaimanapun pada jam 8 malam nelayan yang mencari pulang kerana tidak menjumpai mereka.

“Saya membuat laporan polis dan sekali lagi nelayan menggunakan bot besar mencari mereka pada jam 9 malam namun hampa, katanya. Keluarga mangsa dan nelayan memenuhi kawasan berkenaan manakala kepulangan mangsa dengan selamat disambut dengan rasa syukur.

Pentingnya buat pemeriksaan rapi sebelum turun ke laut , jangan tertinggal apa-apa sebelum ke laut , akibatnya macam kisah di atas , tertinggal minyak petrol , enjin mati di tengah laut .... -metro
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment