Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

19 Sept 2012

' Wartawan ' tipu peniaga restoran , kononnya untuk pengiklanan ' Anugerah Restoran Terbaik Malaysia '


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Hati-hati wahai peniaga restoran , banyak kes tipu sekarang ni , ada orang menyamar sebagai ' wartawan '  tipu peniaga kononnya nak menang ' Anugerah Restoran Terbaik '

Isu dua lelaki yang giat menipu pengusaha restoran dengan menyamar wartawan masih belum selesai apabila 11 lagi pengusaha restoran di Lembah Klang mendakwa menjadi mangsa.

Wakil pengusaha restoran tersebut, Leong Man Fai, 43, berkata, mereka hanya menyedari kejadian itu selepas kes itu disiarkan di akhbar akhir bulan lalu.

“Jumlah wang yang ditipu kali ini melibatkan RM31,000 yang mana kesemua mangsa diminta membayar antara RM1,800 hingga RM5,000 kononnya untuk tujuan pengiklanan bagi memenangi anugerah restoran terbaik di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Kosmo! pada 29 Ogos lalu melaporkan 10 pengusaha restoran menjadi mangsa kepada dua lelaki yang mendakwa wartawan majalah dalam talian dikenali Jonathan dan Edmund yang memperdaya pengusaha restoran membayar sejumlah wang supaya berpeluang memenangi anugerah berkenaan.

Kedua-dua lelaki itu mendakwa, program tersebut mendapat sokongan media tempatan terkemuka dan meyakinkan mangsa membayar wang yang keseluruhannya berjumlah lebih RM30,000.

Jelas Man Fai, sehubungan itu, mereka mahu kedua-dua lelaki terbabit mengembalikan semula wang kepada semua pengusaha terlibat.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, siasatan pihaknya mendapati, media yang sebelum ini didakwa penganjur program anugerah restoran terbaik mengaku tidak tahu menahu apa yang berlaku dan tidak terlibat dalam program berkenaan.-kosmo




Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment