Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

26 Sept 2012

Bomoh boleh rawat pesakit di hospital , mereka wajib didaftar dengan Kementerian Kesihatan


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Nampaknya , kerjaya bomoh maju setapak lagi apabila diiktiraf oleh kementerian kesihatan , dengan syarat mesti didaftarkan , lepas ni ramai lah bomoh yang datang merawat pesakit di hospital .

Kementerian Kesihatan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) bagi membenarkan pesakit menerima rawatan perubatan tradisional dan komplementari selaras dengan perubatan moden di hospital.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, berdasarkan peraturan sedia ada, pengamal perubatan terbabit tidak dibenarkan masuk ke dalam hospital untuk memberikan rawatan.

"Sebelum ini, kita tidak tahu kualiti pengamal perubatan tradisional. Saya yakin dengan adanya akta baharu ini, kualiti perkhidmatan akan lebih teratur dan penerimaan lebih baik daripada pengamal perubatan moden," katanya.

Beliau menggulung perbahasan rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 di Dewan Rakyat semalam.

Dalam pada itu, Tiong Lai mengesahkan syarikat insurans telah menyatakan persetujuan untuk membolehkan pesakit membuat tuntutan sekiranya mereka mendapatkan rawatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, pesakit tidak boleh membuat tuntutan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) manakala pengamal perubatan terbabit tidak dibenar mengeluarkan sijil cuti sakit.

"Pemberian sijil cuti sakit tidak boleh diberikan kerana ia tertakluk kepada akta yang lain," ujar beliau.

Sementara itu, Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia yakin akta baharu ini mampu memberi perlindungan kepada masyarakat dalam mendapatkan khidmat pengamal perubatan tradisional.

Presidennya, Prof. Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dan tertipu dengan tukang-tukang urut dan pengamal perubatan Melayu.

"Dengan adanya pindaan seperti ini, kita harap mereka (pengamal) dapat mempraktikkan cara amalan yang betul," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau juga meminta kerajaan menyediakan satu pelan menyeluruh bagi mengkaji kadar bayaran yang wajar dikenakan kepada pelanggan ketika mendapatkan khidmat pengamal perubatan tradisional.

Kosmo! semalam melaporkan semua pengamal perubatan Islam termasuk tukang urut dan bidan di negara ini akan diwajibkan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan apabila Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 dikuatkuasakan. sumber

gambar hiasan  ashraf muslim rawat pesakit


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment