Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

19 Sep 2012

Lupus kereta berperingkat bagi kereta berumur lebih 15 tahun.


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Nampaknya bagi pemilik kereta berusia 15 tahun ke atas kena beringat-ingat lah kerana kereta anda kemungkinan akan dilupus dan diganti dengan kereta baru . Tapi perkara ini masih dalam peringkat perbincangan , perlaksanaan belum lagi .

Perusahaan  Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) memohon kepada kerajaan untuk mengkaji secara menyeluruh polisi akhir hayat kenderaan lama sebelum diperkenalkan kepada orang ramai di bawah Dasar Automotif Negara (NAP).

Ketika ini, kerajaan masih di peringkat perbincangan mengenai polisi berkenaan menerusi NAP yang menetapkan kereta berusia lebih daripada 15 tahun perlu dilupuskan bagi memastikan keselamatan kenderaan dan pengguna.


Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, sekiranya polisi berkenaan ingin diteruskan, kerajaan dicadangkan melaksanakannya secara berperingkat bermula dengan pemilik kenderaan melakukannya secara sukarela.

Katanya, keputusan pelaksanaan polisi itu akan membabitkan kemampuan pelbagai peringkat masyarakat terutama dalam aspek kemampuan membeli kenderaan baru.


“Ini kerana ada pemilik kenderaan terutama penduduk luar bandar masih menggunakan kereta berusia lebih daripada 15 tahun dan bukan semuanya mampu membeli kereta baru selepas tempoh itu.


“Namun, pelaksanaannya juga ada kebaikannya, contohnya keselamatan pengguna kenderaan lebih terjamin dan tidak berlaku perkara tidak diingini disebabkan kenderaan lama mereka,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama perniagaan antara Perodua dan Lubetech Sdn Bhd (Lubetech) di Shah Alam, semalam.

Menerusi perjanjian itu, Lubetech menjadi pembekal minyak enjin, brek, penyejuk radiator dan air bateri kepada Perodua Sales Sdn Bhd dengan nilai potensi jualan dianggarkan RM60 juta dalam tempoh lima tahun akan datang.


Beliau berkata, Perodua mula menerima bekalan daripada Lubetech sejak April lalu dan dijangka menjana RM8.3 juta jualan sehingga akhir tahun ini.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya negara eksport terbaru Perodua beliau berkata, syarikatnya menyasar Afrika Selatan untuk mengedar model Myvi tahun depan dan ketika ini Sri Lanka penerima pasaran eksport terbesar Perodua.-metro

kereta lama nak lupus -gambar hiasan


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

10 comments:

Anonymous said...

poda la.. kete malaysia harga brape.. gaji kt malaysia nie brape? ape da,, bende cm nie pn rakyat nk pk ke? adoi..

arau blogger said...

aku rasa tak perlu lupus lah , guna je kereta tu sampai hancur, yang dok eksiden kat jalan raya bukannya kereta lama , semua kereta baru , sbb bawa laju , adoi !

Anonymous said...

untuk ape aku berhutang utk aset yg susut nilai???
kereta buruk aku dah 18tahun ok je lg..besa pn besa,best pn best,dgn income yg xbrapa nk ade nih,xde pluang la aku nk pki keta baru yg sepadan mcm yg aku ade skrg!!
hutang rumah pn terlingkup nk bayar...
ni kan pulak nk berhutang utk keta yg bakal bermasalah slepas 5 thn pki...
keta baru pn ada problem gak woi, dh byk dh aku tgk tersadai tepi jalan...jgn kn proton,bmw pn byk yg breakdown jgk!!! klu maintanance xikut jdual pn sma gak barainye...
tau la negara ni nak maju...
tp pikir la rakyat yg bermasalah termasuk gak mcm aku ni...
tgk laa harga keta kat M,sia skrg???
mcm x berbaloi jer utk menambah hutang...
xpatut sungguh!!!

hang tuah said...

Gua baru dari kedAi kete second,dah bagi dokumen untuk approve ,setakat kemampuan orang muda macam sy ne manela mampu nak beli keta baru.kerajaan kena fikirlah kemampuan orang baru berkerjaya,nak tampungm,m

hang tuah said...

Adik2 bersekolah,pastu nak kahwin,lain lagi nak beli rumah...ayah saya pun pakai kete taun 92 ulang alik pegi keje dalam 45 km,tapi takdela org kata bahaya la,janji

hang tuah said...

Pakai kete mainten,servis ikut waktu,walaupun kete lama nampak elok jelah kalo kita jaga engin ,body kasi elok,tukar cat kalo dah mati,haa,daripada member sy beli kete baru pastu lenjan kat hightway

hang tuah said...

Nampak selekoh cantik men drift konon nak menikmati kete barulah,silap ari bulan eksiden,nampak x kat hightway kete ape yg paling banyak eksiden kalo bukan kete baru

hang tuah said...

org muda baru berkerjaya sebenarnya x mampu nak tampung habis harga kete baru ne,tu sebab kete second org mampu beli sebab banyak bajet benda lain yang org kena fikir, lagi si mangkuk tokey perodua tu sebenarnya dorang takut biz nes dy tak laku,sebab ramai lagi org nak bekereta second,sebab taula ekonomi tengah merosot tambah lagi minyak mahal sebab tulah lagi ramai orang takkan beli kereta baru

arau blogger said...

hrmmm.... bagus info ini , adik aku pun guna kereta second hand , repaire sikit dak ok , janji tak de hutang, beli cash !!

shay lern said...

ooohh korang xmo lupus keta lama ya. Ok, aku up insuran mana2 keta lama :D

Post a Comment