Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

19 Sept 2012

Gangnam Style cecah 200 juta penonton di Youtube


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Penyanyi pop sensasi Korea Selatan, Park Jae-Sang menjadikan negara itu lebih popular apabila video Gangnam Style mencecah 200 juta penonton di YouTube, beberapa hari selepas mendapat tempat pertama dalam carta iTunes Amerika Syarikat.

“Dapat 200 juta tontonan!! Terima kasih semua!” kata Park atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Psy di akaun Twitternya @psy-oppa.

Video yang memaparkan Psy membuat tarian “tunggang kuda”, menjadi popular tidak lama selepas dimuat naik dalam laman perkongsian video pada pertengahan Julai lalu, menjadikan penyanyi bertubuh gempal dan berusia 34 tahun itu terkenal di peringkat antarabangsa.

Dia turut muncul di acara Anugerah MTV di Los Angeles baru-baru ini dan beberapa rancangan bual bicara AS dan ini membuatkan dia lebih terkenal dan melonjakkan lagu Gangnam Style di carta iTunes AS, Sabtu lalu

Kalau macam ni , nak popular , buat video klik upload ke Youtube je , macam Najwa Latiff dulu , mula dari orang tak kenal dia , sampai lah masuk Juara Lagu  -metro



Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment