Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

25 Jun 2013

Wah !! PM nak bagi bonus lagi tahun ni , jom baca !!


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memutuskan isu pemberian bonus kepada penjawat awam sempena pembentangan Bajet 2014 nanti.

Beliau berkata, cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) itu perlu diserahkan sepenuhnya kepada Najib yang juga Menteri Kewangan.

''Itu permintaan CUEPACS dan saya rasa kerajaan akan membuat keputusan bila kerajaan buat bajet(Pembentangan Bajet 2014).

''(Selepas itu) Perdana Menteri sendiri akan umumkan keputusan itu bila masa yang sesuai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Perdana Menteri 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Seramai 1,374 pegawai dari 42 jabatan, agensi serta bahagian di bawah JPM menerima anugerah tersebut.

Semalam, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman menyarankan kerajaan agar bonus melebihi sebulan setengah gaji atau sekurang-kurangnya sebulan setengah gaji diberikan kepada kakitangan awam. Dalam saranan itu, CUEPACS mencadangkan pembayaran setengah bulan gaji dibuat sebelum perayaan Aidilfitri nanti.

Tahun lalu, penjawat awam menerima bonus sebulan setengah gaji yang pembayarannya dibuat sebanyak tiga kali iaitu sebelum perayaan Aidilfitri, Disember lalu dan pada Januari tahun ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Ali yang genap setahun menjalankan tugas sebagai KSN menyeru penjawat awam supaya lebih peka dan mendekati nadi rakyat dengan mengambil langkah proaktif melalui Program Jejak Mesra Perkhidmatan Awam (Search and Assist).

"Penjawat awam akan turun untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan membawa perkhidmatan kepada mereka.

"Ini adalah satu pendekatan baharu. Kita tidak boleh menunggu untuk rakyat datang kepada kita dengan masalah mereka, tetapi sebaliknya kita mendekati mereka," katanya. -Utusan


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

4 comments:

hainom OKje said...

Wah seronok le org keje kerajaan ye... dapat bonos hehe

Mizz Aiza said...

tahniah la kepada penjawat awam.. untung kerja dengan kerajaan..

duniafana said...

nyum2 delicious

Ieta Mat Saad said...

nak baca dr petang td lg. Jeling2 je kat sidebar blog sy nak jenguk sini, tiba2, scroll ke bwh, nampak duniafana komen cam kat atas tu..hehe, tergelak sambil tersengih sy taip komen ni. Kalo dpt skali deghap yg sbulan stgh gaji tu, mcm2 bleh buat. Dpt 3 kali sikit2 le berbelanja. Syukur Alhamdulillah.... mudah2an termakbul, ada la gak utk anak2 beraya thn ni... :( sedih bila kenangkan, naik gaji, hrg barang tak gak pernah turun2...

Post a Comment