Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

11 Jun 2013

Blogger Beautifulnara disamun, kereta dilarikan , takziah !!


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Seorang blogger portal hiburan BeautifulNara atau nama sebenar Nazuwan Ahmad kerugian kira-kira RM350,000 apabila kereta BMW miliknya dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri, di sini petang semalam.

Nazuwan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.10 petang, dia bersama isteri, Fadzlin Zulkiflee dan seorang anak mereka sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di kawasan berkenaan.

Katanya, tiba-tiba datang kereta jenis Perodua MyVi hitam, meluru ke arah mereka sekeluarga dan tiga lelaki bertopeng mengeluarkan parang.

“Penjenayah mengugut saya dengan parang, mengambil duit RM30 di dalam beg duit dan melarikan kereta BMW 3 Siri berwarna putih berplat WWM 7040.

“Saya sangat gementar dan bimbang dicederakan oleh lelaki itu. Saya tergamam dan terus memberikan apa sahaja yang diminta oleh mereka. Saya rasa, mereka memang dah jadikan kereta itu sebagai sasaran,” katanya.

Beliau berkata, mereka sekeluarga selamat dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelong, Kuang.

Katanya, sesiapa yang terlihat atau mempunyai maklumat berhubung keretanya, boleh menghubungi beliau di talian 017-2678341. – SinarHarian


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

4 comments:

Noor Mala Shahar said...

kalau dah pakai parang memang menakutkan....nak lawan pun tak guna...terpaksalah serahkan semua yang diminta...semoga polis dapat menangkap penyamun tu secepatnya...

abg cik said...

itulah 'kelebihan' banyak duit pakai kereta besar , nampak sangat orang kaya , kalau banyak duit diam2 dah le

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

hooo tak aman sungguh

Mizz Aiza said...

takziah kepada abang nara..

Post a Comment