Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

20 Jun 2013

Sian ! Rugi RM46,400 ditipu ' PEGAWAI ' Bank Negara !!


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Sabak Bernam: Seorang guru berusia 34 tahun terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM46,400 apabila ditipu seorang individu yang mengaku ‘pegawai’ dari Bank Negara kerana mendakwa mangsa mempunyai tunggakan kad kredit, 14 Jun lalu.

Seperti kes yang dilaporkan media sebelum ini, mangsa juga dihubungi ‘pegawai’ bank berkenaan yang menyatakan dia perlu membayar tunggakan kad kredit berjumlah RM4,630 sekiranya tidak mahu akaun banknya dibekukan.


Tanpa berfikir panjang selain bimbang akaunnya benar-benar dibekukan, mangsa kemudian mengeluarkan semua wang simpanan miliknya di dua bank berjumlah RM42,000.

Suspek yang dipercayai sudah berpengalaman menjalankan penipuan menggunakan modus operandi sama hanya memberi arahan melalui telefon dan meminta mangsa mendepositkan wang simpanannya ke dalam sebuah akaun sementara.


Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, sebelum memasukkan wangnya ke dalam satu akaun, mangsa dihubungi seorang wanita dan lelaki yang kedua-duanya mengaku daripada sebuah bank terkemuka.


Menurutnya, wanita dan lelaki terbabit mendakwa mangsa mempunyai tunggakan bayaran kad kredit dengan bank berkenaan sebelum mangsa dihubungi seorang lagi lelaki yang mengaku sebagai ‘pegawai’ daripada Jabatan Siasatan Pusat Pengurusan Kad Palsu Bank Negara Malaysia.

“Mangsa pada mulanya curiga selepas didakwa mempunyai tunggakan bayaran kad kredit kerana mangsa tidak pernah memohon kad kredit,” katanya. -Metro

Gambar hiasan
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

3 comments:

Mizz Aiza said...

kena siasat terlebih dahulu sebelum bertindak secara melulu.. diri sendiri yang rugi..

KURSUS TEKNIK MEMBAIKI LAPTOP said...

tulah.. mengelabah sangat.. kan terkono

Nour Ain - Cahaya Keanggunan Sejati said...

“Mangsa pada mulanya curiga selepas didakwa mempunyai tunggakan bayaran kad kredit kerana mangsa tidak pernah memohon kad kredit,” Aduhai.. Mangsa nie masuk air kot

Post a Comment